Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, July 10, 2015

Tips: Tebus Penerbangan dengan BIG Points Air Asia

Assalamualaikum wbt...
Dah lama tak share pasa BIG points AA ni. Sebab saya jarang redeem. Untuk cerita redeem sebelum ni boleh refer di sini. Tapi tu entry lama sangat. Dah banyak perubahan AA buat termasuklah tukar website.
- dulu VISA, sekarang MASTERCARD
- dulu RM2 = 1 point, sekarang RM5 = 1 points. Sedihnya.... kena berbelanja pada member2 AA baru dapat lebih point

Saya pun tak master lagi web AA yang baru ni. Masih lagi exploring.

Kalau sebelum ni saya redeem 5000 points untuk dapatkan RM50 baucer, kali ni saya redeem 23,000 points untuk dapatkan tiket penerbangan ke Sabah. Boleh baca entry Sabah di sini.

1. Check baki 


Saya rasa di web ni tak boleh cek baki points. Ada tertulis di web tu untuk check baki points di web http://www.airasiabig.com/my/en/. 
Redeem flight pun di website ini.


2. Redeem Flight
Alkisahnya points saya ada yang akan expired on May 2015. So rugila kalau tak redeem. Nak dijadikan rezeki, kebetulan AA buat promo redeem points ke Kota Kinabalu hanyalah 1500 points/pax/way. Inilah peluang yang terbaik sbb saya pun teringin nak ke Sabah. Jumlah points yang saya redeem macam ni:


Saya ke sana berlima. So dikira 3000 points la seorang untuk pergi dan balik KL-KK. Luggage tu pulak memang selalu bawa 1 beg saja. Quantity 2 sebab pergi dan balik. Total saya redeem 23000 points saja. 
Meal semua boleh redeem. Tapi rasa rugi points la pulak kalau redeem meal. So meal bayar guna duit saja. Luggage tu pun rasa menyesal bayar guna points. Nak kumpul points bukannya senang sekarang ni.

3. Airport Tax
Flight redemption tu tak termasuk airport tax. Saya hanya perlu bayar RM75 untuk airport tax kelima2 orang. Murahlah tu kan. Total belanja 23000 points + RM75.

4. Processing Fee
Ok, ini pun penting ye. Pastikan dalam BIG card tu ada duit untuk settlekan airport tax tadi. Sebab kalau guna BIG card ni, processing Fee is RM0 !!!. Tapi kalau guna kad lain, kena RM80 okeyyyyy... Rugi bukan? haha. 
Saya pun panik jugak masa nak membayar. Sebab dalam senarai kad masa bayaran tu tak ada BIG Mastercard. Yang ada hanyalah BIG Visa Card. Tak faham betulla. 
Jadi saya bayar kemudian la. Maknanya ada baki tertunggak di website AA. Nasib baik dapat flight tu, Bila bayar kemudian ni, ada pulak choice untuk BIG Mastercard.
Bila settle semua bayaran, akan keluarlah penyata. 


Ada 1 payment saya RM75 declined sebab guna BIG Visa. Yang Confirmed tu guna BIG Mastercard.

Total RM419.48 tu sebab dah masuk meal dan seat booking. Mula2 saya terkejut dapat penyata RM305. Sebab saya bayar RM75 saja. Ingatkan diorang potong lebih. Rupa2nya 23,000 points tu dalam RM ialah RM230. Jadi dalam bentuk RM beginilah perbelanjaannya:



Seat dan meal ada 6% GST ye kawan2...Tapi masa saya beli atas flight KK-KL dia tak caj pulak GST tu. Masa KL-KK atas flight ada caj GST.

Akhirnya berjayalah kami terbang ke KK dengan senang hati sebab jimat RM230 tiket penerbangan. Saya pun tak check masa saya redeem tu berapa harga tiket biasa. Diharap entry ini membantu. Saya tak berapa ingat secara detail macam mana proses saya redeem tu. Sebab panik, so klik je apa yang patut hehe..

Terima kasih sudi baca!!!




Friday, June 21, 2013

Tips: Microsoft Word - Grouping Picture and Text Box

Assalamualaikum wbt...
Hari nisaya nak berkongsi teknik bagaimana nak groupkan "picture" dan "text box" dalam MW 2007. Kes ni selalu saya hadapi bila nak label gambar. tapi gambar dan text box tak boleg di GROUP macam tu saja.

GROUPING TEXT BOX
Grouping sesama TEXT BOX tak ada masalah sebab formatnya sama. contohnya kita buat flowchart, senang nak copy paste ke tempat lain.
Create la textbox dulu

Katakanlah flowchart macam ni kan.. 
select setiap box, then FORMAT->GROUP. lepas GROUP boleh UNGROUP in case nak ubah position, dan boleh REGROUP balik tanpa perlu select semua.

Kelebihan GROUP, kita boleh drag or change position flowchart tu serentak tanpa perlu select one-by-one

GROUPING TEXT BOX WITH PICTURE
Text box dan picture formatnya berbeza. so memang tak boleh guna function FORMAT->GROUP tadi. jom tengok macam mana pulak teknik untuk groupkan textbox dan picture,

Letaklah picture dulu kan...

tukar format picture kepada SQUARE atau mana2 pilihan selain IN LINE WITH TEXT

INSERT->SHAPE->NEW DRAWING CANVAS untuk meletakkan picture dan flowchart dalam kanvas yg sama

copy picture tadi, paste kan dalam box canvas

copy paste jugak flowchart tadi. position boleh diubah2

kecikkan kanvas mengikut saiz yang sepatutnya. boleh drag sendiri atau klik FIT saja untuk automatik

ok, dah boleh drag sama2 dah picture dan textbox ni. 

saya selalu hadapi problem ni bila saya ENTER, picture je bergerak tapi labelnya tertinggal. label ni susah sikit nak copy paste ke page lain.

dengan drawing canvas ni, masalah saya dah selesai... harap membantu ye.
terima kasih sudi membaca...

Monday, June 17, 2013

Tips: Claim, Redeem Air Asia BIG VISA points

Assalamualaikum wbt...
Saya yakin ramai yg ingin tahu bagaimana nak claim atau redeem points. Claim ni maksudnya bila kita beli dari partners Big Card ni, kita akan dapat extra points. Tp kita kena claim points ni, bukan automatik. Redeem pulak kalau kita nak beli baucer Air Asia dll menggunakan Big points ni.

Claim BIG points
Secara amnya kita akan dapat 1 Big point untuk setiap RM2 yang dibelanjakan. tak kisah la di mana2 kedai pun. cuma nak isi minyak tak valid pulak kat ni kat mesin pam tu kan. shopping lah di mana2, mydin ke, jusco ke, tesco ke, ikea ke.. yang mana boleh pakai mesin debit insyaAllah boleh pakai kad ni. dengan syarat kenalah cukup duit dalam kad.
Tp kita juga berpeluang untuk dapat lebih point dengan BIG card ni. caranya kita shopping dengan BIG partners.
WARNING: Streetdeal pun BIG partners tau....... bolehla beli deal dgn murah+collect banyak BIG points.
BIG partners

BIG partners
saya tak adalah banyak kali sangat claim BIG points ni. Baru 2x. kali pertama berkenaan SOGO. Di SOGO kita akan dapat 5 BIG points untuk setiap RM2 yang dibelanjakan. RESIT SIMPAN TAU!!! Saya pun pada mulanya tak tahu jugak pasal claim ni. Lepas 2-3 hari shopping, baru keluar dalam statement. So saya hairan lah kenapa bukan 5X BIG points seperti yg dijanjikan. Saya emel pada pihak BIG, dan rupa2nya kena isi borang claim.
1. Sign In
2. Klik BIG Points
3. Klik Claim BIG points macam kat bawah ni.
klik CLAIM BIG POINTS
4. Isi lah detail2 yang berkenaan. sekali lagi, JANGAN BUANG RESIT.
isi jangan tak isi...
5. Nanti BIG akan email la pada kita nombor kes, dan juga akan minta resit.
contoh email saya dari BIG
6. Tunggu jelah sampai points masuk... kurang dari 3 bulan rasanya.

points sebelum
points selepas
 baru2 ni saya claim points untuk streetdeal pulak. tapi belum masuk lagi.

Redeem BIG points
Selepas kumpul points banyak berjuta2 lemon, sampailah masanya untuk redeem points. Saya dah pernah cerita sikit pasal ni dalam entry ini.

1. Kalau nak CLAIM tadi klik button CLAIM, so untuk REDEEM haruslah klik button REDEEM kan.... lepas tu pilihlah nak redeem apa. saya semestinya e-Gift Voucher la kan. voucher ni boleh guna untuk bayar tiket flight, atau bayar makanan atas flight dll. Tp untuk bayar hotel tak boleh rasanya. saya pernah cuba book hotel saja dari web AA, tak ada button untuk pay dengan e-voucher.
saya suka e-GIFT VOUCHERS


Pilihlah ikut keperluan dan kemampuan points masing2
2. tunggu lah email dari BIG
contoh baucer saya dari BIG
3. Bila dah dapat baucer, tak perlu print. yang penting nombor baucer dan expired date tu. guna masa nak buat payment nanti. Katakanlah kita beli food RM60, tp baucer RM50 je, boleh juga. bayar dulu guna baucer, balance RM10 tu boleh bayar guna online banking/debit card/credit card. tak ada masalah insyaAllah.
pilihlah nak bayar dengan apa. kalau e-gift, klikla tab e-gift voucher tu

masukkan nombor dan expired date. settle.....

PERHATIAN:
Baucer ni ada expired date. Tarikh saya dapat emel baucer ni 1 Disember 2012. Expired date pada baucer tu 1 Mac 2013. so lebih kurang 3 bulan saja validity baucer ni.
Saya guna baucer ni untuk bayar makanan atas flight. Mula2 beli tiket saja dulu sebab na rebut harga promotion. seat booking dan food boleh buat kemudian. so baucer ni guna untuk food saja. Mula2 ingat nak claim RM100, tp takut tak beli makanan/seat sampai RM100 pulak kan. so claim redeem RM50 saja dulu.
untuk cukupkan syarat, saya letaklah jugak terms & condition e-Gift Voucher ni ye.



Saya pun masih giat mengumpul BIG points saya. Kalau anda semua perasan dalam gambar ke-tiga dari atas ada summary total BIG points saya. sedang mengumpul2 untuk FLY again with Air Asia of course...
p/s: ini bukan sponsored entry. saya menulis atas pengalaman dan ingin membantu kawan2 yang ingin tahu berkenaan BIG card ini. terima kasih sudi membaca.

Saturday, June 15, 2013

Tips: Online Deals - Groupon, Streetdeal, Dealmates, Livingssocial

Assalamualaikum wbt...
Saya selalu kata pada kawan saya, "kita di nampak macam khusyuk bekerja. menghadap PC je... tp rupa2nya dok shopping online" hehe.. sekarang ni dah tak perlu nak ke mall kalau rasa nak shopping. banyak benda boleh beli online. ada sesetengah benda tu mmg tak jumpa kat mall, online je ada. 1 lagi, online ni ada banyak deal. ada Groupon, Streetdeal, Dealmates dan Livingsocial. Ada banyak lg sebenarnya. Tp yg 4 ni saya selalu bukalah.
Ada beberapa deals yg sama dalam setiap company ni. ada jugak deal yg sama tp harga berbeza. yg paling penting, ada deals yg tak sama. so rajin2lah buka banyak2 deal company untuk tgk apa yg menarik. sini saya nak share apa yg saya pernah beli dari deal2 ni.

1. Laman Grill (Livingsocial)
Laman Grill ni restoran kepunyaan Chef Zubir masterchef tu. lokasi di seksyen 13 shah alam. deal yg saya dapat masa tu ialah baucer makan RM50, tp dibeli dengan harga RM25 saja. macam dalam 50% diskaun untuk RM50 makan. so kami pergi dalam 10 orang, total harga makanan RM500. Kami guna 10 baucer tu. maknanya, total bayaran kami dikira untuk baucer jela iaitu RM250. best deal ni. tp sekali tu je ada...huhu.
deal dah over.so gambar pun dah hilang warna

2. Power Bank (Dealmates)
Power bank ni gabak saya beli ok. Berat pulak tu. Tp harga RM55 je. dah purchase baru perasan warranty 7 hari je. cehhh! tp sampai sekarang ok lg la. baru 2x kot guna hehe.


3. Periuk Kukus (Dealmates)
Periuk ni antara barang yg saya suka. beli ni masa nak ke HK. konsep dia kukus. boleh masak nasik dan panaskan lauk. sekarang kan banyak lauk dalam tin je. so panaskan je. periuk ni kecik dan ringan pulak tu. serius best. Harga RM68.

4. Baucer Kenny Rogers (Groupon)
Lebih kurang kes Laman Grill td la. Tp kali ni menu tak boleh pilih, memang ikut apa yg tertulis di baucer. RM19.


5. Blue Coral Aquarium+Animal zone (Groupon)
Waktu entry ni ditulis, saya belum guna lagi baucer ni. insyaAllah 2 minggu lagi. dah pergi nanti saya buat entry pasal tempat ni. saya beli baucer ni sebab tak pernah pergi dua tempat ni di KL tower. harga yg ditawarkan pun menarik. saya beli pakej 3 orang untuk masuk 2 tempat ni untuk harga RM42 saja.


6. Pointer Kit (Streetdeal)
Pointer kit ni boleh scroll slide kita atas, bawah, next slide, previous slide dan ada "Pointer " la a.k.a lampu merah tu. RM59.


7. Gold Coast Morib (Streetdeal)
Baucer ni pun belum guna lagi. Tp dah book tarikh sempena 6th anniversary. Dulu2 GCM ni deal lagi murah. RM150 je untuk weekend/day. Tp sekarang ni RM150 tu valid weekday je. Kalau di web GCM ni, weekend tak ada buffet dinner. Tp sempena deal ni, harga termasuk juga dinner buffet walaupun weekend. Deal ni RM290 termasuk bilik+breakfast for 2+dinner for 2+water themepark for 2. Kalau beli di web GCM RM250+tax=RM290 jugak. lepas tu tak ada dinner buffet.


8. Earpick (Dealhunt)
Haaa,,, pengorek telinga pun saya beli. Masa posmen sampai saya tak ada kat rumah, so isnin depan baru boleh collect. Anak2 saya berlainan jenis tahi telinga. Adik kembar tahi telinga cair, so pakai cotton bud saja. Tp si kakak tahi telinga keras. sebab tu lah saya beli earpick ni. ada flashlight lg... Nak kata berpuas hati belum tahu lah sebab tak guna lagi. Harga pun murah RM18 je untuk 3 jenis.


9. Sport Watch (Livingsocial)
Ini untuk memudahkan saya pantau heart beat bila bersenam. Selalunya lepas jogging saya letak jari kat leher, kita heart beat. dah macam doktor tak bertauliah. dengan adanya jam ni, saya letak jari pada jam je. Jam ni baru je sampai 2-3 hari lepas. belum sempat guna untuk bersenam. Harga RM48 je.

Setakat ni, ini sajalah barang2 yg saya beli dari online deals ni. deals ni ada duration dia. kalau sempat dapatlah. kalau tak, tunggu la sampai keluar lagi deal tu. saya paling suka deals berkenaan restoran. tp tak banyak la yg halal. yg pork-free memang ada, tp itu tak menjamin halal kan... 
okla, harap entry ini membantu. terima kasih sudi membaca.


Thursday, June 13, 2013

Travel: London & Paris Tips and Cost

Assalamualaikum wbt...
Tak adalah banyak mana pun tips2nya. Saya cuma berkongsi pengalaman saya di London dan Paris untuk 4 hari di sana. 4 hari je.... cerita macam 4 tahun dok sana kan....

Cost
Kos ni sebagai guide saja. of course banyak transaksi dalam EURO dan GBP. tp nilai dalam RM tu saya ambil dari statement credit/debit card saya. setiap bank berlainan currency. saya pun tak pasti berapa caj yg bank saya kenakan. tapi secara generalnya masa saya ke sana:

1 GBP = RM4.71
1 EURO = RM3.99

nilai atas ni yg saya tukar di SACC Mall Shah Alam. Saya call dulu beberapa money changer yg terdekat tanya rate dan tanya jugak ada stok ke tak. sebab sebelum tu saya pergi yg di Plaza Alam Sentral tak ada stok euro dan GBP. so buang karan bayar parking nak pi tukar duit kan.... Lately ni saya tengok currency naik sikitla. 1GBP = RM4.85 mcm tu. euro pun naik sikit. secara kesimpulan, kos saya dan suami berdua je macam ni:
kos kasar
- Tiket flight tu boleh dapat lagi  murah kalau book lebih awal. Masa Matta Fair, return tiket MAS KL-Paris RM2500/pax saja. Tapi saya silap tak beli masa tu sedangkan dah buka web MAS, tinggal nak purchase je huhu.
- eurostar pun sama, lagi awal lagi murahlah harganya.
- travelcard & mobilis card tu bergantung pada zone yg kita nak pergi. saya dah ceritakan dalam entry yg sepatutnya.
- kami tak masuk attractions macam madamme tussauds, museum dll. So tak adalah kosnya di sini.

London Tips
1. Guna travelcard untuk memudahkan perjalanan. Oyster card pun ada, tp cashier tu suggest saya ambil travelcard.
2. Print london tube map dengan warna sekali. sebab setiap train line warna berbeza. senang sikit nak trace perjalanan kita kalau print dengan warna sekali.
3. London banyak makanan halal. lagi banyak berbanding Paris kot.
4. souvenir London mcm fridge magnet, keychain, baju boleh didapatkan di bayswater dan queensway.
5. beli tiket attractions online. Macam madamme tussauds, jimat 25% kalau purchase online. kalau beli untuk masuk lepas pukul2 kot, dapat lagi banyak diskaun. tapi bergantung pada kekosongan.

Paris Tips
1. Guna mobilis card untuk 1 day unlimited travel. Ada juga Paris Visite Pass yang berbaloi kalau kita plan nak merasai macam2 attractions.
2. Awas Awang Hitam. ooo, yang ni saya banyak baca pasal trick awang2 hitam ni nak pow kita. salah satunya dia buat magic ikat tangan kita dgn tali, then nak buka ikatan tu kena charge EURO50. saya jumpa geng2 ni di montmarte. tp sebab dah baca pasal warning ni, memang tak lalu pun dekat dgn awang2 hitam ni.
3. keychain Eiffel tower murah. yg ni kelebihan awang2 hitam ni. dia jual keychain eiffel tower murah2 kat eiffel tower tu. saya dapat 5 keychain = 1 EURO. tapi saya bodek untuk 6 keychain = 1EURO. dapat.....hehe. ada blogger lain yg dapat lagi banyak. 1 lagi replika ET yg agak besar, tinggi dalam 10cm kot. yg tu 1 = 3Euro.
4. untuk souvenir2 FM, bag dll boleh ke area montmarte, notre dame dan muse de louvre. area2 lain pun mungkin ada tp saya tak sempat ke sana.

Ini saja tips yg saya sempat fikir buat masa ni. Kalau teringat nanti saya tambah ye....
terima kasih sudi membaca.

Monday, May 6, 2013

Tips: Demam Denggi

Salam semua.... buat pertama kalinya saya kena demam denggi. so saya rasa nak share pengalaman saya. sebelum tu ada beberapa fakta yg saya nak nyatakan dulu.
1. penghidap denggi akan lebih terdedah untuk dijangkiti denggi lagi
2. penghidap denggi tak semestinya warded
3. denggi tiada ubat (katanya....). tp ada lah ikhtiar yg boleh dilakukan.
4. denggi dan kena ambil darah ada bagai irama dan lagu
5. bila demam berterusan, silalah ke klinik dengan kadar segera. sbb bila badan dah sihat tu sebenarnya platlet dah turun tanpa sedar.

saya dapat kesan demam denggi ni awal. so tak sempat nak keluar tanda bintik2 merah tu. sakit2 sendi pun tak ada. tanda2 yg saya dapat:
1. demam 5hari. tapi suhu tak sampai 40C. makan panadol rasa kebah, tp sebenarnya tak sbb suhu tetap 38C.
2. saya demam sahaja tanpa batuk dan selsema. so Dr kata itu tanda2 virus, bukan bakteria.
so pada awalnya saya memang malas nak ke klinik. saya jarang demam. kalau demam rawat sendiri je mcm minum air masak, air asam jawa. panadol pun mmg xmakan. tapi kali ni Allah bukakan hati saya untuk ke klinik. Alhamdulillah....
seperti manusia normal yg lain, saya juga takut jarum walaupun dah beranak tiga. tapi demi kesihatan diri, saya relakan darah diambil. ini result darah saya
result darah untuk 5 hari berlainan
Dr akan tengok pada platlet (PLT) dan HCT tu. tak tahulah HCT utk apa. tp PLT tu menunjukkan sel untuk bekukan darah merah. bacaan normal adalah 150+. so pada first day tu bacaan saya 161. Dr dah syak virus tp belum confirm denggi. so keesokannya saya perlu ambil darah lagi utk tgk PLT turun ke tak. first day ni bukan first day demam ye... dah hari ke-4 or ke-5 demam mcm tu. ni first day jumpa Dr.

Hari ke2 jumpa Dr tu demam dah kebah. dalam hati 50-50 nak pergi ambil darah (DEGIL!). tapi pergilah jugak. sbb virus tak semestinya denggi. so PLT utk 2nd day dah 138, dah below 150. ok, sila datang ambil darah lagi esok ye.......

hari ke3 PLT 100 saja. kalau ikutkan below 100 kena warded. so saya atas pagar. balik tu terus ke giant beli ketam nak buat sup. tp dah petang, tinggal ketam yg tak ada isi. saya beli ketam bunga masa ni. rebus dengan air yg banyak dan hirup sup sambil gigit2 kulit ketam (isi tak hado maaaaaa...). ketam ni saya beli 1kg=RM6.79 je.

hari ke4 pergi cek darah dgn redhoooo.. kalau warded terpaksa la kan. sbb saya baca kalau hosp gov, PLT 50 baru warded. kalau swasta 150 dah bleh warded kot. selagi tak sampai limit tu, silalah ambil darah setiap hari. so berkat sup ketam PLT naik 114. sebenarnya selain sup ketam, saya minum air masak dengan banyak+100plus. kalau 100plus saja takut kena kencing manis pulak. so selang seli dengan air masak. mungkin 1L 100plus, 1.5L air masak kot. lebih kurang la.... Alhamdulillah PLT naik. Dr tanya nak warded tak. confirm la taknak.... anak sapa  nak jaga huhu. tp hari ke4 ni jugakla saya disahkan DENGGI.... cuma tak warded sbb PLT improved.Dr suruh datang cek darah 2hari lagi. operasi mencari ketam diteruskan. beli ketam nipah 1kg=RM22. mmg tak lalu tengok ketam. kalau masak lemak cili api sedap la. tp sup ketam susah diterima tekak.

hari ke6 PLT melonjak ke 183. alhamdulillah syukur sangat2.... Dr kata ini dah considered recovered dah. so berakhirlah sesi denggi saya. bintik2 merah mmg tak ada sbb PLT cepat naik. cuma gusi berdarah tu adalah wpun dah naik 114 (still bawah 150). tetiba je darah keluar dari gusi2 geraham. so jadi la raja bersiong untuk 2 hari, asyik telan darah je.

1 lagi bacaan adalah HCT. Dr kata untuk perempuan, normally bawah 40. penerangan Dr saya tak berapa ingat. tp nak turunkan bacaan HCT ni kenalah minum air banyak2....

itu saja perkongsian pengalaman saya berkenaan denggi ni. wpun org kata denggi tak ada ubat, tp langkah awal dan cepat perlu diambil utk elak denggi menjadi teruk. wallahu a'lam..

terima kasih kerana sudi baca,

Saturday, February 16, 2013

Hong Kong: Disneyland Cost & Shopping

Perjalanan di HK ni ada lagi. kami ada ke Ocean Park. Tp akan diceritakan kemudian. Habiskan story disneyland dulu.

Kos Disneyland:
harga ni mungkin berubah2 mengikut promotion, musim dll. jadi ini harga yg saya bayar untuk tarikh 30/1/2013 - 31/1/2013. rate kita kira mudah HKD1=RM0.40. masa saya tukar duit di Plaza Alam Sentral tu, HKD1=RM0.398.
1. Teksi Airport-Hotel: HKD 116.50 ~ RM46.60
saya naik teksi hijau. beg besar ada 1 je + 1 backpack + 1 beg kecik anak saya
2. Hollywood Hotel (garden view)
1 malam HKD1980 ~ RM792
ada kisah frust sikit pasal bayaran hotel ni yg saya dah ceritakan. so kalau bernasib baik dapatlah diskaun 15% or 20%.
3. 2days pass:
HKD499/adult ~ RM199.60/adult , HKD355/child ~
4. Character breakfast:
yg ini ada promotion.
HKD294/adult ~ RM117.60, HKD195/child ~ RM78/child

so untuk saya 2 adults, 3 children (3y+), lebih kurang mcm ni lah harganya
Hong Kong Disneyland Cost
Ini tak termasuk tiket flight. Kami naik AirAsia. book 15/5/2012 untuk fly 30/1/2013, 8 bulan awal ooooooooooo....murah la sikit.
tiket+booked seats (5orang)+meal (pergi dan balik) = RM1792

Shopping
Sebelum pergi saya survey2 la jugak harga souvenir kat sana, tp tak banyak yg update. so saya nak ceritalah sikit barang2 yg saya ingat harganya
Kedai di Terminal 2 HKIA
 kedai di airport tak banyak sangatlah barang2nya. baju i love disneyland pun tak ada. frust la jugak...huhu. Terminal 1 ada kedai jugak, tp restricted area. Terminal 2 ni unrestricted area. Surau pun area tu jugak.

Kedai di Disneyland Hotel
 Rasa2nya tu kedai di Disneyland Hotel. Sempatlah shopping sikit sbb lepas tu nak ke park pulak.

saya tak ingat harga jam ni

tak tengok pulak harga keychain ni

botol air buzz, belle ~ RM24. murah!!!!!!!!!!!

patung2 princess ~ RM120 kot. ke RM140 ntah... mcm tu la lebih kurang

yg ni kat malaysia pun ada. so tak tengok harga

yg ni je sempat beli di disneyland. FRUST!!!
-cinderella crown: RM40. material dia manik dan dalam dia dawai rasanya sbb tak patah. tp bengkok2 la bila kena lanyak. boleh betulkan balik.
-buzz water bottle: RM24/piece. takde tali pemegang.
-patung princess kecil2: lupa la pulak harga. dalam RM60 kot.
-fridge magnet princess: RM25 mcm tu rasanya
-fridge magnet mickey mouse: lebih kurang RM25 jugak

FM sana range dalam RM16-RM25. yg RM16 tu semata2 FM la. yg saya beli ni FM+picture frame jugak.


Saya tak shopping langsung dlm disney park. tak sempat. frust sangat2. tp simpan impian nak pergi lagi. intai2 tokyo disneyland pulak... hehe. tgk AirAsia Tokyo untuk 5 org ~ RM3700 je. best2... tp simpan dulu niat ye. kerja kuat2.
kesimpulannya barang2 di disneyland ni murah berbanding malaysia. kalau mainan woody yg ada tali belakang tu kat jusco malaysia RM169, kat disneyland RM80 je!!! murah kan??
mainan2 di disneyland pun unik. mcm buzz bottle tu, tak jumpa kat malaysia ni. RM24 saja. standard la harga mcm tu.
ada lagi barang kecil2 kami beli mcm beg disneyland, dancing princess dll. tp tak ambil gambar pulak. dah ambil nanti saya buat entry ni PART II pulak kot.
nak update pasal harga makanan tp rasa mcm panjang pulak. nanti la  kot.
bersambung.... (ntah bila)