Showing posts with label disneyland. Show all posts
Showing posts with label disneyland. Show all posts

Tuesday, June 11, 2013

Travel: Paris - Disney Village, La Valle Village, Eiffel Tower

Assalamualaikum wbt...
Tarikh: 1/6/2013 (sabtu)
Hari pertama di Paris kami mulakan dengan keceriaan Disneyland. Tp tak masuk disneyland pun... pergi sebelah dia yg free which is Disney Village. Sebab kami baru saja ke Disneyland HK bulan 1 lepas. Dah tu kali ni tak bawa anak2 pulak. so mood nak berceria tu tak ada.
Disney Village ni terletak di zone 5 Paris. jarak 1 station je dari La Valle Village branded outlet.
keratan dari Paris RER Map
Station Disneyland adalah yg Marne-la-Valle tu, La Valle Village pulak di station Val d'Europe. So kami ke Disney Village dulu.
Train 2 tingkat ke Disneyland. Hoyyeeeee

Disney Village
Tujuan kami ke DV ni semata2 nak shopping mainan anak2. masa kat HK bln 1 lepas, tak puas shopping sbb anak2 naik menggila bila masuk gift shop. Ada banyak kedai gift kat sini. 1 je yg belum buka iaitu Disney Store. Kedai ni buka start pkl 4pm. Kami 9.30am dah terpacak kat sana kan....





Kedai ni la tutup









Beli sikit je mainan kat sini. Lepas tu terus ke La Valle Village.

La Valle Village
Untuk yg suka barangan branded, outlet mcm  ni mmg heaven la kan... Turun di Val d'Europe, kena merentasi mall dulu untuk sampai ke branded outlet.
keluar dari train station, nampak mall ni


penuh semangat waja nak membeli belah

so-so jelah. tak beli apa pun
Tengok ramai yg borong longchamp. saya ada target 1 longchamp ni, tp tak ada lah pulak... sekali jumpa longchamp yg saya nak tu di GM Klang. boleh???
nak yg macam ni.... huhu. source
Kami tak beli apa2 pun, balik dgn beg disneyland saja hehe. Balik singgah kedai pak arab untuk lunch, dan balik tidur kat hotel. plan malam tu nak ke eiffel tower sebelum maghrib, nak tunggu sampai maghrib. so dapat tgk eiffel tower sebelum dan selepas menyala lampu. unfortunately, tertidur 3 jam!!! dah terlepas first light show. tp sama je first dgn 10th light show. cuma tak dapat feel tunggu lampu la huhu.

Eiffel Tower (night view)
Nak ke eiffel tower, kami turun di station Champ de Mars Tour Eiffel. dekat saja berjalan. ikut crowd. ramai tourist je kot sbb semua berposing2 dgn ET. kami pun join....
cantiknya.....tak menyesal korbankan tidur

light show sejam sekali kot

wajib bercamwhoring kalau cuti berdua je 

river seine. sakan tgk minah2 salleh berjoget dalam cruise

nutella crepe+banana. sedap giler! makan panas2 dalam cuaca sejuk mmg kebaboommmm
lepas lawat ET, kami pun balik hotel sambung tidur......... esok ada 1 hari lg perjalanan sebelum balik ke tanah air. mmg seronok negara org, tp negara sendiri yg terbaik. tambah2 anak2 semua ditinggalkan. hati tak dapat nak enjoy 100%..
see you in the next entry. insyaAllah pasal kami round2 kota paris.

Saturday, February 16, 2013

Hong Kong: Disneyland Cost & Shopping

Perjalanan di HK ni ada lagi. kami ada ke Ocean Park. Tp akan diceritakan kemudian. Habiskan story disneyland dulu.

Kos Disneyland:
harga ni mungkin berubah2 mengikut promotion, musim dll. jadi ini harga yg saya bayar untuk tarikh 30/1/2013 - 31/1/2013. rate kita kira mudah HKD1=RM0.40. masa saya tukar duit di Plaza Alam Sentral tu, HKD1=RM0.398.
1. Teksi Airport-Hotel: HKD 116.50 ~ RM46.60
saya naik teksi hijau. beg besar ada 1 je + 1 backpack + 1 beg kecik anak saya
2. Hollywood Hotel (garden view)
1 malam HKD1980 ~ RM792
ada kisah frust sikit pasal bayaran hotel ni yg saya dah ceritakan. so kalau bernasib baik dapatlah diskaun 15% or 20%.
3. 2days pass:
HKD499/adult ~ RM199.60/adult , HKD355/child ~
4. Character breakfast:
yg ini ada promotion.
HKD294/adult ~ RM117.60, HKD195/child ~ RM78/child

so untuk saya 2 adults, 3 children (3y+), lebih kurang mcm ni lah harganya
Hong Kong Disneyland Cost
Ini tak termasuk tiket flight. Kami naik AirAsia. book 15/5/2012 untuk fly 30/1/2013, 8 bulan awal ooooooooooo....murah la sikit.
tiket+booked seats (5orang)+meal (pergi dan balik) = RM1792

Shopping
Sebelum pergi saya survey2 la jugak harga souvenir kat sana, tp tak banyak yg update. so saya nak ceritalah sikit barang2 yg saya ingat harganya
Kedai di Terminal 2 HKIA
 kedai di airport tak banyak sangatlah barang2nya. baju i love disneyland pun tak ada. frust la jugak...huhu. Terminal 1 ada kedai jugak, tp restricted area. Terminal 2 ni unrestricted area. Surau pun area tu jugak.

Kedai di Disneyland Hotel
 Rasa2nya tu kedai di Disneyland Hotel. Sempatlah shopping sikit sbb lepas tu nak ke park pulak.

saya tak ingat harga jam ni

tak tengok pulak harga keychain ni

botol air buzz, belle ~ RM24. murah!!!!!!!!!!!

patung2 princess ~ RM120 kot. ke RM140 ntah... mcm tu la lebih kurang

yg ni kat malaysia pun ada. so tak tengok harga

yg ni je sempat beli di disneyland. FRUST!!!
-cinderella crown: RM40. material dia manik dan dalam dia dawai rasanya sbb tak patah. tp bengkok2 la bila kena lanyak. boleh betulkan balik.
-buzz water bottle: RM24/piece. takde tali pemegang.
-patung princess kecil2: lupa la pulak harga. dalam RM60 kot.
-fridge magnet princess: RM25 mcm tu rasanya
-fridge magnet mickey mouse: lebih kurang RM25 jugak

FM sana range dalam RM16-RM25. yg RM16 tu semata2 FM la. yg saya beli ni FM+picture frame jugak.


Saya tak shopping langsung dlm disney park. tak sempat. frust sangat2. tp simpan impian nak pergi lagi. intai2 tokyo disneyland pulak... hehe. tgk AirAsia Tokyo untuk 5 org ~ RM3700 je. best2... tp simpan dulu niat ye. kerja kuat2.
kesimpulannya barang2 di disneyland ni murah berbanding malaysia. kalau mainan woody yg ada tali belakang tu kat jusco malaysia RM169, kat disneyland RM80 je!!! murah kan??
mainan2 di disneyland pun unik. mcm buzz bottle tu, tak jumpa kat malaysia ni. RM24 saja. standard la harga mcm tu.
ada lagi barang kecil2 kami beli mcm beg disneyland, dancing princess dll. tp tak ambil gambar pulak. dah ambil nanti saya buat entry ni PART II pulak kot.
nak update pasal harga makanan tp rasa mcm panjang pulak. nanti la  kot.
bersambung.... (ntah bila)

Tuesday, February 12, 2013

Hong Kong: Disneyland Day 2 - Toystoryland & jungle cruise

Tarikh: 31/1/2013 (khamis)
toystoryland adalah salah satu land yg kami paling2 tak sabar nak pergi. sebab banyak layan cerita toy story kot. tiga2 cerita toy story dah recorded kat pvr rumah. mau tak selalu tengok....
this way.. this way...


woody and jessie

parachute

rc racer

rc racer
rex
Dari toystoryland kami ke jungle cruise pulak di adventureland. lebih kurang 30min kot beratur mcm kat gambar bawah ni. tp line sentiasa bgerak la. anak3 letih kita suruh je duduk.

Q-ing up
 ok la jugak naik jungle cruise ni. disebabkan saya dah pernah tgk video jungle cruise ni di youtube + banyak sangat kot baca blog pasal jungle cruise ni, saya tak terkejut la dengan apa2 SURPRISE sepanjang perjalanan cruise ni, hehe. tp bagus jugak untuk preparation. anak2 takut jugak dengan effect2 yg ada.
lepas jungle cruise, kami ke tomorrowland untuk bgambar dgn buzz lighyear. lepas tu kami tonton parade sekali lagi. habis parade kami pun decide untuk keluar sbb nak berpindah ke hotel lain. takut terkena time org balik kerja pulak nanti.


to infinity and beyond!!!!!!
dua hari di sana kami keluar awal, lebih kurang 4pm.
disney resort station

us in mickey

itu saja cerita dua hari 1 mlm di disneyland. next entry berkenaan hotel kami di kowloon pulak.....

Saturday, February 9, 2013

Hong Kong: Disneyland Day 2 - Princess & Fantasyland

Tarikh: 31/1/2013 (khamis)
selepas sarapan di enchanted garden, kami shopping sikit2 di disneyland hotel. pasal shopping ni entry lain la pulak ye. kami pun meneruskan perjalanan ke disney park. mmg berniat nak ke sana awal, nak rebut apa yg patut. first day smlm mcm blur sikit kan. so hari ni dah btekad dgn husband yg nak kejar maskot2. ride2 tu tak kisah sangat sbb sama je dengan genting highland. kami nak anak2 gembira jumpa character idaman masing2.
walaupun disneyland buka pukul 10am, tapi kita dah boleh masuk entrance dia tu. tp bkumpul bramai2 untuk tengok cinderella potong ribbon dengan satu family yg bertuah. seronoknya lah kalau anak aku yg jadi budak potong ribbon tu.
perasmian pembukaan
lepas potong ribbon tu pukul 10am, semua pengunjung serbu ke dalam disneyland. so kami semalam dah merasa autoopia, tak perlulah ke sana lagi. kami target nak bgambar dengan cinderella pagi ni. jom masuk fantasyland cari princessssssssssss.....
ada cinderella dgn snow white saja. jadilah.... sbb target cinderella je. ada la kot dalam 10 orang beratur. snow white dalam 4-5 orang je. tapi takpe, teruskan dgn cinderella dulu, then kita kita gi kejar snow white pulak ok...
beautiful cinderella

demam anak aku...hehe

snow white
rasa lega sbb target untuk cinderellah dah tercapai. jom kita round2 fantasyland. kami ke its a small world. seriously mmg best ride ni. kita naik boat diiringi lagu its a small world after all. ada patung kecil2 mnari2 mengikut tema zon. ada zon africa, asia, island dll. tak boleh cerita banyak2, tak surprise hehe. mmg tak ada org beratur pun. kami sampai terus naik bot. nila sbb utama nak masuk disneyland park pagi2 buta ni.
entrance

zon europe. ada cindeella.


habis ride ni jom kita gi tgk show2 apa yg ada. kami masuk mickey philhar magic 4D. anak sulong saya takut sikit sbb sound effectnya kuat. tp itula bukti keberkesanan 4D kan.... pada ending show ni jangan lupa pusing belakang tau sbb mickey campak donald keluar skrin, dan melekat di dinding belakang kita. ini saya kena inform la, tak boleh surprise2 sbb takut tak perasan pulak ada donald kat belakang tu.
show ni berturut2 rasanya. sbb kami tak sempat keluar, dah ada group lain serbu masuk. ikutkan hati nak duduk je tgk sekali lagi, tp takpelah kita kejar show lain pulak. so kami ke golden mickey show.
mickey philhar magic 4D

golden mickey show

golden mickey show
golden mickey show ni mcm musical theater la. ada show toy story, tarzan, beauty and the beast, mermaid, mulan dll. best tgk keprofesionallan setiap pelakon tu beraksi.
next kami ke toy storyland, jungle cruise dan parade sekali lagi. next entry la yeeee...