Showing posts with label paris. Show all posts
Showing posts with label paris. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

Travel: London & Paris Tips and Cost

Assalamualaikum wbt...
Tak adalah banyak mana pun tips2nya. Saya cuma berkongsi pengalaman saya di London dan Paris untuk 4 hari di sana. 4 hari je.... cerita macam 4 tahun dok sana kan....

Cost
Kos ni sebagai guide saja. of course banyak transaksi dalam EURO dan GBP. tp nilai dalam RM tu saya ambil dari statement credit/debit card saya. setiap bank berlainan currency. saya pun tak pasti berapa caj yg bank saya kenakan. tapi secara generalnya masa saya ke sana:

1 GBP = RM4.71
1 EURO = RM3.99

nilai atas ni yg saya tukar di SACC Mall Shah Alam. Saya call dulu beberapa money changer yg terdekat tanya rate dan tanya jugak ada stok ke tak. sebab sebelum tu saya pergi yg di Plaza Alam Sentral tak ada stok euro dan GBP. so buang karan bayar parking nak pi tukar duit kan.... Lately ni saya tengok currency naik sikitla. 1GBP = RM4.85 mcm tu. euro pun naik sikit. secara kesimpulan, kos saya dan suami berdua je macam ni:
kos kasar
- Tiket flight tu boleh dapat lagi  murah kalau book lebih awal. Masa Matta Fair, return tiket MAS KL-Paris RM2500/pax saja. Tapi saya silap tak beli masa tu sedangkan dah buka web MAS, tinggal nak purchase je huhu.
- eurostar pun sama, lagi awal lagi murahlah harganya.
- travelcard & mobilis card tu bergantung pada zone yg kita nak pergi. saya dah ceritakan dalam entry yg sepatutnya.
- kami tak masuk attractions macam madamme tussauds, museum dll. So tak adalah kosnya di sini.

London Tips
1. Guna travelcard untuk memudahkan perjalanan. Oyster card pun ada, tp cashier tu suggest saya ambil travelcard.
2. Print london tube map dengan warna sekali. sebab setiap train line warna berbeza. senang sikit nak trace perjalanan kita kalau print dengan warna sekali.
3. London banyak makanan halal. lagi banyak berbanding Paris kot.
4. souvenir London mcm fridge magnet, keychain, baju boleh didapatkan di bayswater dan queensway.
5. beli tiket attractions online. Macam madamme tussauds, jimat 25% kalau purchase online. kalau beli untuk masuk lepas pukul2 kot, dapat lagi banyak diskaun. tapi bergantung pada kekosongan.

Paris Tips
1. Guna mobilis card untuk 1 day unlimited travel. Ada juga Paris Visite Pass yang berbaloi kalau kita plan nak merasai macam2 attractions.
2. Awas Awang Hitam. ooo, yang ni saya banyak baca pasal trick awang2 hitam ni nak pow kita. salah satunya dia buat magic ikat tangan kita dgn tali, then nak buka ikatan tu kena charge EURO50. saya jumpa geng2 ni di montmarte. tp sebab dah baca pasal warning ni, memang tak lalu pun dekat dgn awang2 hitam ni.
3. keychain Eiffel tower murah. yg ni kelebihan awang2 hitam ni. dia jual keychain eiffel tower murah2 kat eiffel tower tu. saya dapat 5 keychain = 1 EURO. tapi saya bodek untuk 6 keychain = 1EURO. dapat.....hehe. ada blogger lain yg dapat lagi banyak. 1 lagi replika ET yg agak besar, tinggi dalam 10cm kot. yg tu 1 = 3Euro.
4. untuk souvenir2 FM, bag dll boleh ke area montmarte, notre dame dan muse de louvre. area2 lain pun mungkin ada tp saya tak sempat ke sana.

Ini saja tips yg saya sempat fikir buat masa ni. Kalau teringat nanti saya tambah ye....
terima kasih sudi membaca.

Travel: Paris - Fly with Qatar Airways and Doha Transit

Assalamualaikum wbt...
Tarikh: 2/6/2013 (ahad)
Kenapa kami pilih Qatar? perjalanan KL-Paris kami adalah dengan Malaysia Airlines. Kalau diikutkan hati, balik pun nak MAS jugak sebab tak ada transit. Tp Paris-KL, MAS ada 1 waktu saja iaitu 12pm. Kami plan nak balik ahad malam, so bermulalah cerita dengan Qatar Airways ni.
Pernah dengan Skyscanner? Saya selalu guna website ni untuk compare harga dan waktu flight. Boleh pilih nak transit berapa lama, di mana dll. So saya pilih Qatar  ni sbb:
1. waktu penerbangan malam, 1030pm.
2. serve HALAL food
3. transit 2 jam saja. di DOHA.
4. paling murah dalam list.
ikutlah kehendak masing2 nak kriteria mcm mana kan. ada jugak company lain yg transit di amsterdam. tp lama sangat transitnya. so untuk saya, Qatarlah yg sesuai pada masa tu.
bacaan doa naik kenderaan

makan 1

makan 2

ada in flight entertainment mcm MAS jugak

transit di Doha yg penuh dgn fadang fasir

dalam restricted area. tp banyak boleh explore dalam 2 jam tu

toilet, surau. toilet ada paip

duty free

ni pun harga duty free. mau angkat naik atas flight kah?

coklat susu unta pun ada

food court
Shopping in Doha airport
Disebabkan kami dari Paris dan London, duit kami tentulah Euro dan Pound saja. Tp di airport ni boleh shopping guna dua currency tu. currency lain tak pasti pulak. masa nak bayar nanti, cakaplah nak bayar dalam euro contohnya. cashier akan convertkan untuk kita lah.
macam2 jugak barang kat sini untuk jd souvenir. saya beli FM dan beg kecik je untuk kenangan. harga mmg expected agak mahal la kan. minum 2 air tu pun dah ~RM50. minum tak habis pulak tu. sebab dalam gambar dia cawan kecik je. sekali dia bagi besar gabak saiz pak arab punya....
Perjalanan kami lebih kurang 7jam Paris-Doha, transit 2jam, dalam sambung balik 7jam Doha-KL.

Transit in Doha
Ada 1 jela perkara yg tak best pasal transit kat sini. kami sampai sini dalam 6am waktu Doha. turun dari plane kena naik bas untuk ke terminal bas memang betul2 depan tangga plane la. tp disebabkan kiri kanan airport di pasir, so rasa berhabuk sikit la. suhu pulak 32C masa tu. almaklumlah, baru sampai dari Paris yg bersuhu 15C, 32C tu terasa la panasnya.
Masa nak naik flight kali kedua tu, sekali lagi kena naik bas tu. bas tu memang tunggu depan pintu je, tp bab berdiri dalam bas dengan handbag dan barang2 shopping di airport td tu tak berapa best la. airport ni baru lagi, tengah renovate. hopefully masa akan datang tak macam ni la kan.

Maka berakhirlah perjalanan KL-Paris-London-Paris-Doha-KL kami. sekejap je, 4 hari je. tp entry dekat 20 hahaha. itu belum termasuk entry tips2 di sana. untuk entry cost tu kena sum up dulu la kot. insyaAllah akan diusahakan nanti.
terima kasih sudi membaca...

Wednesday, June 12, 2013

Travel: Paris - Around Paris City

Assalamualaikum wbt..
Tarikh: 2/6/2013
Second day di Paris kami habiskan dengan meronda2 sekitar bandar Paris. Entry sebelum ni saya dah certiakan bagaimana nak  beli mobilis card. Untuk semalam, kami beli mobilis card dari zone1-zone5 sebab kami nak ke Disneyland dan La Valle Village. Untuk hari ni pulak, kami nak melawat bangunan2 cantik sekitar Paris ni saja. Tak seperti di London, kali ni kami tak ambil bus tour sebab tak banyak tempat yg kami rasa nak pergi.
Paris attractions and zone
Dalam gambar atas ni saya shorlistkan tempat2 yg saya plan nak pergi. semuanya dalam zone 1. tp mobilis card minimum zone1-zone2. so kami beli zone1-zone2 la dgn harga lebih kurang EURO13 untuk 2 orang. Bukan semua tempat dalam gambar tu kami sempat pergi. Saya terlepas pandang Flea Market di Porte de Clignancourt. sebelum keluar bilik pagi tu dah semangat nak pergi sana. Tp terlupa. dalam teksi nak pergi airport ternampak signboard market ni, baru teringat. sedihnya..... takde rezeki untuk kali ni. Jom tengok apa tempat2 yg kami pergi.

Champ Elysees (CE) & Arc de Triomphe (AdT)
Tempat ni sebenarnya kami pergi semalam, tp terlupa nak cerita. Untuk yg belum tahu, kebanyakan kedai2 di Paris ni tutup hari Ahad termasukla La Fayette. Kalau setakat nak tgk building bolehla kan. sbb tu kami ke CE ni hari sabtu. tp tak beli apa2 pun.. cuma CE ni walking distance dgn AdT.
Arc de Triomphe

Champ Elysees

Champ Elysees

Champ Elysees. Rent for Euro89 for 30min kot
Kisah CE ni semalam punya. untuk ahad 2/6/2013, kami mulakan dgn Montmarte. 

Montmarte
Sini tempat suci org Paris. Kami tak pergi dekat dengan building. Ambil2 gambar saja. Area ni banyak kedai souvenir. Boleh dikatakan semua kedai harga sama je. 2 fridge magnet = Euro5 kot. lupa pulak.
kedai souvenir

dah nampak bangunan montmarte

mau naik tangga ke?


tujuan panjat adalah nak tengok view Paris ni

Best ke view ni? cari ET tak jumpa pulak


nak naik/turun ke bangunan ni ada tram jugak. kena bayar la, tp tak pasti harga. Tp takdelah banyak mana sangat anak tangga ni. memanglah berpeluh sikit, tp sejuk..... sekali lagi kami tak beli apa2 pun kat  area ni. sebab lepas ni nak ke Notre Dame. Kat sana pun banyak souvenir jugak. moh kite....

Notre Dame
sudah nampak itu notre dame. area ni byk souvenir. harga sama je dgn montmarte td.


byk jugak lukisan2 mcm ni. harga dalam 2euro pun ada rasanya

Notre Dame. Kami ni asalkan ambil gambar, lepas tu chow.
Kami tak baca pun apa sejarah Notre Dame. Just nak menghargai seni ukiran org dulu2. tabik spring la pada pengukir2 bangunan. seterusnya kami ke Eiffel Tower. Smlm dah tgk night view, so kami pergi untuk day view pulak

Eiffel Tower (ET)
night or day view, dua2 cantik. nampak romantik je ET ni. kenapa ntah....
exit metro kami dari arah lain. so kena jalan jauh sikit la. sikit je....

kiri: seine rivier, kanan: ET

bahagian belakang ada park. subhanallah cantiknya....


kami jalan2 area belakang ET ni. sini tak ada metro station yg terdekat. so kena patah balik ke ET jugak.... lepas ET kami ke rumah monalisa. Muse de Louvre.

Muse de Louvre
Kami tak masuk ke dalam museum. jalan2 area museum ni saja. masa kami pergi ni, org beratur sangatlah panjang, rasa2 org belakang sekali tu kena tunggu dalam sejam lebih untuk sampai ke kaunter. itu tak kira kesesakan dalam museum tu lagi kan..pada yg nak pergi, bolehlah beli tiket online awal2 ye....





tak perlu malu. bukan kita je yg beraksi mcm ni. majority. nampak bayang2 sebelah kiri tu. that's not mine ok....

keluar pintu lain, jumpa church ni. St Michel kot namanya.
dari muse de louvre ni kami ke pont neuf. oh, on the way ke pont neuf tu banyak kedai souvenir jugak. saya beli beg untuk mak dan MIL. 

Pont Neuf
Dalam perjalanan nak ke pont neuf ni, husband tanya jugak ada apa kat sana kan... jawapannya mestilah rahsia, hehe. sebab kalau dia tahu awal2 mesti dia taknak pergi sbb pont neuf bukan ada building pun. yg ada hanyalah 1 jambatan yg dipenuhi mangga2 cinta. kan sentimental value tu..... org lelaki bukannya suka sangat pun.so saya rahsiakan je. sampai sana barula husb kagum tgk mangga yg begitu banyak.
board sebelah kanan tu ada cerita pasal mangga2 ni. rasanya berkenaan woman right. tp dah jd tempat memangga cinta pulak.


sepanjang jambatan tu penuh mangga
Sesiapa yg nak memangga cinta kat sini, bawa lah mangga dari Malaysia ye... org sana jual mangga paling murah 4euro ke 8euro ntah. nak bawa sebesar2 mangga pun boleh kot. kami pun tak memangga cinta kat sini.
lepas pont neuf ni, kami balik semula ke hotel. berehat2 sekejap sebab flight balik malaysia pukul 10.30pm. harap2 info mengenai paris ni bermakna dan membantu lah ye... insyaAllah akan diberi jugak tips2 yg berkaitan.

Tuesday, June 11, 2013

Travel: Paris - Disney Village, La Valle Village, Eiffel Tower

Assalamualaikum wbt...
Tarikh: 1/6/2013 (sabtu)
Hari pertama di Paris kami mulakan dengan keceriaan Disneyland. Tp tak masuk disneyland pun... pergi sebelah dia yg free which is Disney Village. Sebab kami baru saja ke Disneyland HK bulan 1 lepas. Dah tu kali ni tak bawa anak2 pulak. so mood nak berceria tu tak ada.
Disney Village ni terletak di zone 5 Paris. jarak 1 station je dari La Valle Village branded outlet.
keratan dari Paris RER Map
Station Disneyland adalah yg Marne-la-Valle tu, La Valle Village pulak di station Val d'Europe. So kami ke Disney Village dulu.
Train 2 tingkat ke Disneyland. Hoyyeeeee

Disney Village
Tujuan kami ke DV ni semata2 nak shopping mainan anak2. masa kat HK bln 1 lepas, tak puas shopping sbb anak2 naik menggila bila masuk gift shop. Ada banyak kedai gift kat sini. 1 je yg belum buka iaitu Disney Store. Kedai ni buka start pkl 4pm. Kami 9.30am dah terpacak kat sana kan....





Kedai ni la tutup









Beli sikit je mainan kat sini. Lepas tu terus ke La Valle Village.

La Valle Village
Untuk yg suka barangan branded, outlet mcm  ni mmg heaven la kan... Turun di Val d'Europe, kena merentasi mall dulu untuk sampai ke branded outlet.
keluar dari train station, nampak mall ni


penuh semangat waja nak membeli belah

so-so jelah. tak beli apa pun
Tengok ramai yg borong longchamp. saya ada target 1 longchamp ni, tp tak ada lah pulak... sekali jumpa longchamp yg saya nak tu di GM Klang. boleh???
nak yg macam ni.... huhu. source
Kami tak beli apa2 pun, balik dgn beg disneyland saja hehe. Balik singgah kedai pak arab untuk lunch, dan balik tidur kat hotel. plan malam tu nak ke eiffel tower sebelum maghrib, nak tunggu sampai maghrib. so dapat tgk eiffel tower sebelum dan selepas menyala lampu. unfortunately, tertidur 3 jam!!! dah terlepas first light show. tp sama je first dgn 10th light show. cuma tak dapat feel tunggu lampu la huhu.

Eiffel Tower (night view)
Nak ke eiffel tower, kami turun di station Champ de Mars Tour Eiffel. dekat saja berjalan. ikut crowd. ramai tourist je kot sbb semua berposing2 dgn ET. kami pun join....
cantiknya.....tak menyesal korbankan tidur

light show sejam sekali kot

wajib bercamwhoring kalau cuti berdua je 

river seine. sakan tgk minah2 salleh berjoget dalam cruise

nutella crepe+banana. sedap giler! makan panas2 dalam cuaca sejuk mmg kebaboommmm
lepas lawat ET, kami pun balik hotel sambung tidur......... esok ada 1 hari lg perjalanan sebelum balik ke tanah air. mmg seronok negara org, tp negara sendiri yg terbaik. tambah2 anak2 semua ditinggalkan. hati tak dapat nak enjoy 100%..
see you in the next entry. insyaAllah pasal kami round2 kota paris.