Monday, June 17, 2013

Tips: Claim, Redeem Air Asia BIG VISA points

Assalamualaikum wbt...
Saya yakin ramai yg ingin tahu bagaimana nak claim atau redeem points. Claim ni maksudnya bila kita beli dari partners Big Card ni, kita akan dapat extra points. Tp kita kena claim points ni, bukan automatik. Redeem pulak kalau kita nak beli baucer Air Asia dll menggunakan Big points ni.

Claim BIG points
Secara amnya kita akan dapat 1 Big point untuk setiap RM2 yang dibelanjakan. tak kisah la di mana2 kedai pun. cuma nak isi minyak tak valid pulak kat ni kat mesin pam tu kan. shopping lah di mana2, mydin ke, jusco ke, tesco ke, ikea ke.. yang mana boleh pakai mesin debit insyaAllah boleh pakai kad ni. dengan syarat kenalah cukup duit dalam kad.
Tp kita juga berpeluang untuk dapat lebih point dengan BIG card ni. caranya kita shopping dengan BIG partners.
WARNING: Streetdeal pun BIG partners tau....... bolehla beli deal dgn murah+collect banyak BIG points.
BIG partners

BIG partners
saya tak adalah banyak kali sangat claim BIG points ni. Baru 2x. kali pertama berkenaan SOGO. Di SOGO kita akan dapat 5 BIG points untuk setiap RM2 yang dibelanjakan. RESIT SIMPAN TAU!!! Saya pun pada mulanya tak tahu jugak pasal claim ni. Lepas 2-3 hari shopping, baru keluar dalam statement. So saya hairan lah kenapa bukan 5X BIG points seperti yg dijanjikan. Saya emel pada pihak BIG, dan rupa2nya kena isi borang claim.
1. Sign In
2. Klik BIG Points
3. Klik Claim BIG points macam kat bawah ni.
klik CLAIM BIG POINTS
4. Isi lah detail2 yang berkenaan. sekali lagi, JANGAN BUANG RESIT.
isi jangan tak isi...
5. Nanti BIG akan email la pada kita nombor kes, dan juga akan minta resit.
contoh email saya dari BIG
6. Tunggu jelah sampai points masuk... kurang dari 3 bulan rasanya.

points sebelum
points selepas
 baru2 ni saya claim points untuk streetdeal pulak. tapi belum masuk lagi.

Redeem BIG points
Selepas kumpul points banyak berjuta2 lemon, sampailah masanya untuk redeem points. Saya dah pernah cerita sikit pasal ni dalam entry ini.

1. Kalau nak CLAIM tadi klik button CLAIM, so untuk REDEEM haruslah klik button REDEEM kan.... lepas tu pilihlah nak redeem apa. saya semestinya e-Gift Voucher la kan. voucher ni boleh guna untuk bayar tiket flight, atau bayar makanan atas flight dll. Tp untuk bayar hotel tak boleh rasanya. saya pernah cuba book hotel saja dari web AA, tak ada button untuk pay dengan e-voucher.
saya suka e-GIFT VOUCHERS


Pilihlah ikut keperluan dan kemampuan points masing2
2. tunggu lah email dari BIG
contoh baucer saya dari BIG
3. Bila dah dapat baucer, tak perlu print. yang penting nombor baucer dan expired date tu. guna masa nak buat payment nanti. Katakanlah kita beli food RM60, tp baucer RM50 je, boleh juga. bayar dulu guna baucer, balance RM10 tu boleh bayar guna online banking/debit card/credit card. tak ada masalah insyaAllah.
pilihlah nak bayar dengan apa. kalau e-gift, klikla tab e-gift voucher tu

masukkan nombor dan expired date. settle.....

PERHATIAN:
Baucer ni ada expired date. Tarikh saya dapat emel baucer ni 1 Disember 2012. Expired date pada baucer tu 1 Mac 2013. so lebih kurang 3 bulan saja validity baucer ni.
Saya guna baucer ni untuk bayar makanan atas flight. Mula2 beli tiket saja dulu sebab na rebut harga promotion. seat booking dan food boleh buat kemudian. so baucer ni guna untuk food saja. Mula2 ingat nak claim RM100, tp takut tak beli makanan/seat sampai RM100 pulak kan. so claim redeem RM50 saja dulu.
untuk cukupkan syarat, saya letaklah jugak terms & condition e-Gift Voucher ni ye.



Saya pun masih giat mengumpul BIG points saya. Kalau anda semua perasan dalam gambar ke-tiga dari atas ada summary total BIG points saya. sedang mengumpul2 untuk FLY again with Air Asia of course...
p/s: ini bukan sponsored entry. saya menulis atas pengalaman dan ingin membantu kawan2 yang ingin tahu berkenaan BIG card ini. terima kasih sudi membaca.

5 comments:

  1. As salam,
    kenapa bila saya buka id Big saya takde e-gift voucer. cuma ada 3 icon tu aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni big card dah tukar webpage baru. bigprepaid.com. saya belum pernah redeem pada webpage baru ni.

      Delete
  2. Tq atas perkongsian, banyak rupanya miss point terutama sogo. Kalau tak senang2 dah boleh beli promo rate dgn big point huhu

    ReplyDelete
  3. Tq atas perkongsian, banyak rupanya miss point terutama sogo. Kalau tak senang2 dah boleh beli promo rate dgn big point huhu

    ReplyDelete
  4. An interesting dialogue is value comment. I believe that it is best to write more on this matter, it may not be a taboo subject but typically persons are not enough to speak on such topics. To the next. Cheers Visumvereistes vir Turkye

    ReplyDelete