Monday, March 30, 2020

Travel: Umrah DIY Madinah - Kedai Makan dan Shopping

Assalamualaikum wbt..

Tujuan utama ke Madinah tentulah untuk menunaikan umrah. Tetapi naluri manusia memerlukan makanan bukan? haaa gitu intro.. haha. Jadi saya ni tidaklah begitu explore kedai-kedai makan. Adalah beberapa yang kami singgah, dan saya nak berkongsi sebagai panduan insyaAllah.

Kami di Madinah ni 12 - 15 Disember sahaja, 4 hari 3 Malam. Itu pun 15hb tu dah bertolak ke Makkah. Cerita Madinah saya boleh dibaca di sini. Jadi di manakah kami makan sepanjang berada di Madinah?

Pertama sekali, hotel kami ialah Ramada Al-Qibla, di pintu 5 Masjid Nabawi. Boleh klik di sini.
Di sekeliling masjid Nabawi ni ada beberapa kedai makan. Yang paling banyak dijual ialah kebab. Di bawah hotel kami juga ada 1 kedai kebab. Tetapi memang tiada kerusi meja untuk makan di situ, take away saja. Banyak kedai menjual kebab ni. Kami selalu beli kopi saja di kedai2 ni.

antara kedai kebab
Selain dari itu, ada juga kedai2 runcit. Jadi kami ada juga membeli roti dan air  minuman dari kedai2 runcit ni.

air coklat dari kedai runcit

Kedai makan lain yang kami sempat singgah
1. Kedai Ayam Mandy

Kedai ni dekat dengan hotel. Keluar pintu hotel, pusing kiri. Nak ke kedai ni kena masuk lorong kiri sekali lagi. Di hujung simpang kalau tak silap. Kedai ni tak ada jual kambing, ayam saja. Kami beli 1 set dengan harga 20 riyal. Dapat setengah ekor ayam. Nak sekor pun ada, 40 riyal.


set nasi kami
Kami balik makan di hotel saja. Sistem di sana, dia bagi plastik besar untuk alas makan.

2. KFC

Ada 2 KFC. satu di pintu 7 (atau antara pintu 5 - 7) berdekatan Masjid Saidina Abu Bakar. Tetapi kami hanya lalu pada selepas subuh, jadi selalunya tutup saja. 



1 lagi adalah di dalam mall di pintu 21 (atau antara 21 - 25). Di dalam mall apa tak ingat pulak. Tapi kami tapau saja dan makan di dalam kawasan masjid. Kalau tak silap, ada 4 meja saja di sini.

pilihlah KFC mu
Berkelah di dalam masjid
Total harga KFC ni dalam RM70 juga untuk 2 orang. Masa beli KFC ni stress sebab ada orang Malaysia tu potong Q saya nak duduk. So kami tapau dan makan dalam masjid je. Malas nak gaduh dekat tempat ibadah ni haha.

3. Alfaris Restaurant

Lokasi di pintu 25. Misi nak makan kambing, kambing habis. Adehhh

kedai di tingkat atas
1 set, share 2 orang


tambah kari ayam, share juga
Total harga makanan tak ingat la pulak. Tapi masih masuk akal.

Untuk shopping pula, ada lah beberapa mall di sini. Tapi kedai emas punya lah banyak. Sesudah subuh dah buka. Nasib baik tak banyak duit nak beli hihi.

Kedai moden pun ada, contohnya H&M. Tapi H&M ni rileks je jual baju ta tutup aurat dekat area masjid Nabawi. Tapi yelah kot, orang cakap wanita arab ni pakai baju cantik2 dalam jubah tu sebenarnya.


Untuk souvenir macam jubah, tasbih dll tu pun banyak je di area hotel. Ada kedai 2 riyal juga. Tapi di Makkah lebih banyak la, cuma sana dah jadi 3 riyal.



Untuk mall pula, ada beberapa mall besar. Jangan bayangkan KLCC pulak ya. Ni macam bazar lah. Jual gift juga. Antara yang popular ialah Souq Alsaha. Ini di pintu 25. Jauh jugak lah kena berjalan untuk kami yang duduk di pintu 5 ni.


Selain dari kedai2 di area masjid Nabawi, ada banyak juga gerai di Jabal Uhud dan Masjid Quba. Bolehla nak beli kurma muda di sini, coklat dan souvenir yang lain. Harga kurma ajwa, coklat2 dan kekacang adalah lebih murah di Madinah berbanding di Makkah.

gerai di Masjid Quba
Gerai di Jabal Uhud
Setakat itu sajalah perkongsian saya pada kali ini berkenaan tempat makan dan shopping di Madinah. Tidak lah banyak sangat kami explore, cukup2 lah nak isi perut dan souvenir untuk keluarga dan rakan2. InsyaAllah next entry saya akan share perjalananan kami dari Madinah ke Makkah dengan Saptco bas.

Diharap entry ini membantu. Terima kasih sudi baca.

No comments:

Post a Comment