Thursday, July 9, 2020

Travel: Umrah DIY - Perjalanan Madinah ke Makkah dengan Bas SAPTCO

Assalamualaikum wbt..

Saya ke Saudi Arabia atas urusan kerja di Riyadh. Jadi saya ke sana dengan visa 'government'. Visa tersebut juga saya dapat gunakan untuk mengerjakan umrah di Mekah dan Madinah. Trip saya ini berdua sahaja bersama suami. Sebenarnya ada juga seorang lagi kawan saya bersama suami dia. Tetapi kami perjalanan semua asing, dan urusan sendiri2 saja. Boleh baca kisah saya di Saudi Arabia di sini.

Dari Riyadh ke Madinah kami menaiki Flynas (boleh dibaca di sini). Setelah 4 hari 3 malam di Madinah, kami pun bertolak ke Makkah. Kali ini kami memilih Saptco Bus (VIP).

Website Saptco : https://www.saptco.com.sa/Buses/vip.aspx#3752
Brosur Saptco: https://www.saptco.com.sa/Images/PDF/VIP-Express.aspx

Kami beli tiket ni di Madinah. Kebetulan hotel yang kami menginap iaitu Ramada Al-Qibla (klik di sini) berdekatan dengan tempat jualan tiket iaitu di Crown Hotel. Tapi bukan di dalam hotel, di luar.
Boleh google saja nanti. Tapi di sini hanya tiket VIP saja. Kalau bukan VIP, tiket dijual di area pintu 26 kalau tak silap.


tempat jualan tiket di Crown Hotel


announcement berkenaan 1 lagi tempat jualan tiket


Harga tiket pula saya agak terlupa sikit. Saya cuba check balik di website, tetapi sebab sekarang tengah PKP jadi tak dapat harga sebenar. Kalau tak silap lah ya harga VIP SAR116 ~ RM133 per pax. Jadi bagi saya agak murahlah sebab berdua saja kan.

Perlu bawa passport sahaja. Saya tolong belikan untuk kawan saya dan suami dia, jadi cukup sekadar dia whatsapp gambar passport mereka berdua.

Kalau tak silap lah ya, kedai tu buka pukul 9. Jadi kami dalam 9.10 macam tu dah ada di depan kedai. Tetapi tak buka lagi sebab diorang tengah sarapan. adoiiii... haha. Jadi kami pun pergi la makan juga.

sarapan tepi jalan berlatarbelakangkan masjid nabawi

Saya cari gambar tiket tak jumpa pulak. Kalau jumpa nanti saya update insyaAllah. Jadi kita teruskan sahaja pada hari kejadian.


Kami ambil waktu bertolak 15 Disember 2019, antara 10.00 -  11.00am. Tak ingat sangat waktu sebenar. Setengah jam sebelum bertolak, kami dah perlu berkumpul di depan Crown Hotel. So heret lah beg beramai2 haha. Selepas subuh tu boleh lah berziarah wida dahulu.

Kta akan diberi tag untuk dilekat pada bag, macam naik flight lah. Beg akan disusun di perut bas.


Pemeriksaan Tiket dan passport agaknya

Bas akan berhenti sekali saja iaitu di tempat miqat, 30 minit. Perjalanan dari hotel ke tempat miqat pula dalam 15 minit sahaja.

Jom tengok apa ada di dalam pakej VIP ni.

1. Entertainment dan Wifi

entertainment

Seat di dalam bas ni adalah 2 + 1. Kami suami isteri duduk seat sebelah2. Setiap seat disediakan sekali skrin untuk entertainment. Antara yang ada ialah bacaan alquran. Kami tak tengok guna sangat skrin ni. Dalam bus ni ada wifi, jadi kami spend masa dengan menonton ceramah berkenaan umrah di youtube saja, dan video call dengan anak2 di rumah.

2. Makan dan Minum

Bayaran tiket ni termasuk makan dan minum. Makanan diletakkan dalam kotak, dan minuman pulak boleh refill.




Dalam box ada air mineral, air kotak dan cookies.



Air apa ni ya, coffee rasanya. Ada tempat letak cawan di tepi seat, tak perlu risau akan tumpah.

3. Tandas

Bas ini juga dilengkapi dengan tandas ya. Tandas terletak di tepi tangga. Gambar agak blur sebab bas bergerak dan malu snap gambar dalam bas hihi.

Tandas ala-ala dalam flight.

 
Dalam perjalanan, kiri kanan kebanyakkannya adalah bukit pasir. Kadang2 nampak lah unta, dan haiwan2 lain sedang meragut rumput.










Ada satu peristiwa agak kurang menarik berlaku ketika kami dah nak masuk kota Makkah. Tiba-tiba kami ditahan oleh kereta polis. Ada la juga saya nampak bas lain kena tahan. Pegawai polis tu naik atas bas dan check passport kami semua. Kami tunggu dalam 30 min - 1 jam jugakla sebelum dapat teruskan perjalanan. Tapi alhamdulillah lepas semuanya.

Bas ni akan park di satu kawasan seperti dalam gambar di bawah. Dari situ, bolehlah ambil teksi.


Kami sampai tu masuk waktu asar, jadi memang kawasan ditutup. So kena tunggu lah dulu dalam teksi. Kami di caj 40 riyal. Masa ni tak mahir sangat jalan di sini, tapi sekarang dah tahu lah yang boleh jalan saja ke hotel tu (800m maybe).






Sampai saja di hotel, kami terus solat jamak ta'khir dan ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah. InsyaAllah next entry saya akan share berkenaan hotel kami, hotel Elaf Kinda dan umrah pertama kami.

Diharap entry ini membantu. Terima kasih sudi baca.










No comments:

Post a Comment