Showing posts with label madinah. Show all posts
Showing posts with label madinah. Show all posts

Monday, March 30, 2020

Travel: Umrah DIY Madinah - Kedai Makan dan Shopping

Assalamualaikum wbt..

Tujuan utama ke Madinah tentulah untuk menunaikan umrah. Tetapi naluri manusia memerlukan makanan bukan? haaa gitu intro.. haha. Jadi saya ni tidaklah begitu explore kedai-kedai makan. Adalah beberapa yang kami singgah, dan saya nak berkongsi sebagai panduan insyaAllah.

Kami di Madinah ni 12 - 15 Disember sahaja, 4 hari 3 Malam. Itu pun 15hb tu dah bertolak ke Makkah. Cerita Madinah saya boleh dibaca di sini. Jadi di manakah kami makan sepanjang berada di Madinah?

Pertama sekali, hotel kami ialah Ramada Al-Qibla, di pintu 5 Masjid Nabawi. Boleh klik di sini.
Di sekeliling masjid Nabawi ni ada beberapa kedai makan. Yang paling banyak dijual ialah kebab. Di bawah hotel kami juga ada 1 kedai kebab. Tetapi memang tiada kerusi meja untuk makan di situ, take away saja. Banyak kedai menjual kebab ni. Kami selalu beli kopi saja di kedai2 ni.

antara kedai kebab
Selain dari itu, ada juga kedai2 runcit. Jadi kami ada juga membeli roti dan air  minuman dari kedai2 runcit ni.

air coklat dari kedai runcit

Kedai makan lain yang kami sempat singgah
1. Kedai Ayam Mandy

Kedai ni dekat dengan hotel. Keluar pintu hotel, pusing kiri. Nak ke kedai ni kena masuk lorong kiri sekali lagi. Di hujung simpang kalau tak silap. Kedai ni tak ada jual kambing, ayam saja. Kami beli 1 set dengan harga 20 riyal. Dapat setengah ekor ayam. Nak sekor pun ada, 40 riyal.


set nasi kami
Kami balik makan di hotel saja. Sistem di sana, dia bagi plastik besar untuk alas makan.

2. KFC

Ada 2 KFC. satu di pintu 7 (atau antara pintu 5 - 7) berdekatan Masjid Saidina Abu Bakar. Tetapi kami hanya lalu pada selepas subuh, jadi selalunya tutup saja. 



1 lagi adalah di dalam mall di pintu 21 (atau antara 21 - 25). Di dalam mall apa tak ingat pulak. Tapi kami tapau saja dan makan di dalam kawasan masjid. Kalau tak silap, ada 4 meja saja di sini.

pilihlah KFC mu
Berkelah di dalam masjid
Total harga KFC ni dalam RM70 juga untuk 2 orang. Masa beli KFC ni stress sebab ada orang Malaysia tu potong Q saya nak duduk. So kami tapau dan makan dalam masjid je. Malas nak gaduh dekat tempat ibadah ni haha.

3. Alfaris Restaurant

Lokasi di pintu 25. Misi nak makan kambing, kambing habis. Adehhh

kedai di tingkat atas
1 set, share 2 orang


tambah kari ayam, share juga
Total harga makanan tak ingat la pulak. Tapi masih masuk akal.

Untuk shopping pula, ada lah beberapa mall di sini. Tapi kedai emas punya lah banyak. Sesudah subuh dah buka. Nasib baik tak banyak duit nak beli hihi.

Kedai moden pun ada, contohnya H&M. Tapi H&M ni rileks je jual baju ta tutup aurat dekat area masjid Nabawi. Tapi yelah kot, orang cakap wanita arab ni pakai baju cantik2 dalam jubah tu sebenarnya.


Untuk souvenir macam jubah, tasbih dll tu pun banyak je di area hotel. Ada kedai 2 riyal juga. Tapi di Makkah lebih banyak la, cuma sana dah jadi 3 riyal.



Untuk mall pula, ada beberapa mall besar. Jangan bayangkan KLCC pulak ya. Ni macam bazar lah. Jual gift juga. Antara yang popular ialah Souq Alsaha. Ini di pintu 25. Jauh jugak lah kena berjalan untuk kami yang duduk di pintu 5 ni.


Selain dari kedai2 di area masjid Nabawi, ada banyak juga gerai di Jabal Uhud dan Masjid Quba. Bolehla nak beli kurma muda di sini, coklat dan souvenir yang lain. Harga kurma ajwa, coklat2 dan kekacang adalah lebih murah di Madinah berbanding di Makkah.

gerai di Masjid Quba
Gerai di Jabal Uhud
Setakat itu sajalah perkongsian saya pada kali ini berkenaan tempat makan dan shopping di Madinah. Tidak lah banyak sangat kami explore, cukup2 lah nak isi perut dan souvenir untuk keluarga dan rakan2. InsyaAllah next entry saya akan share perjalananan kami dari Madinah ke Makkah dengan Saptco bas.

Diharap entry ini membantu. Terima kasih sudi baca.

Saturday, March 28, 2020

Travel: Umrah DIY Madinah - Ziarah dengan Medina Buses

Assalamualaikum wbt...
Seperti yang diceritakan di entry sebelum ini (klik sini), kami berziarah di Madinah menggunakan Medina buses. Boleh layari website di https://madinabuses.mda.gov.sa/.
Kami ke sana pada 14 Disember 2019 (sabtu). Medina bus ni cover beberapa tempat
1. Masjid Quba - mendapat pahala seperti umrah


Lepas subuh, kami kekalkan wudhu sebab nanti nak ke Masjid Quba dulu. Sebelum bertolak, sempat mengopi dulu di kedai berdekatan. Banyak kedai2 kopi kat sini, kerusi nak duduk je takde.

Belakang tu Masjid Saidina Abu Bakar kalau tak silap

Ok, jomlah kita naik bas.

Bas ni berwarna hijau ya. Boleh dinaiki di pintu 7 Masjid Nabawi, bersebelahan dengan Masjid Saidina Ali. Di depan bas tu ada tulis bas tu menuju ke mana.


bas hijau ni tulis Al-Salam, maknanya menuju ke pintu masjid Nabawi ni. Iaitu parking bas ni

Tiket pula ada beberapa jenis. Kalau tak silap, yang untuk 3 hari pun ada. Tapi kami ambil yang 1 hari saja berharga 10 riyal.

tiket kami

belakang tiket
Tiket tu nanti ke touch pada mesin dalam bas tu setiap kali naik. Tiket tu beli dari driver tu je.


Driver tolong touch kan untuk pertama kali

Ambil seat depan, macam kanak2 riang naik bas 

kosong je bas masa ni
boleh charge. tapi tak cuba pulak
Jadi jom tengok tempat-tempat bersejarah yang kami lawati

1. Masjid Quba

Seeloknya ke masjid Quba dulu sementara wudhu masih ada. Untuk mendapat pahala seperti umrah.
Kalau tak silap, dalam 30 minit saja perjalanan dari Masjid Nabawi tadi.

pemandangan dari dalam bas

Pemandangan dari dalam bas 
Memang tak dinafikan, ramai betul pengunjung pada masa ni. Jadi penting untuk kita dan pasangan beli sim/roaming di sana. Sebab memang akan terpisah. Disebabkan kami pergi berdua saja, jadi bolehlah menyelit sana sini, tak perlu join the crowd. Tapi memang tak ada idea mana nak tuju, ikut saja laluan orang lain, dan signboard.

Sesak tu di pintu keluar/masuk masjid saja. Dalam masjid alhamdulillah kosong sebab memang luas. Antara penyebab kesesakan ialah ramai yg solat berdekatan pintu masuk/keluar. Jadi bila dapat masuk, teruslah ke saf hadapan sebab memang banyak kosong.
 
Lepas solat intai ruang solat lelaki dari atas

berlatarbelakangkan kesesakan

Bila dah dapat keluar, misi mencari suami pulak haha. Di Masjid Quba ni ada pasar jual kurma dll. Jadi saya terus menuju ke situ dan tunggu suami di tepi tangga. Kena hati2 ya, sebab bila ramai2 memang tak nampak tangga di mana.

Alhamdulillah dah jumpa suamiku hihi
 Jom lah jalan2 tengok ada apa di sini. Seingat saya, saya beli kurma ajwa/nabi saja di sini. Tapi maaf lah memang terlupa harga. Saya ada terbaca kalau nak beli kurma ajwa, elok beli di Madinah sebab lebih murah. Dan ya memang murah. Kalau tak silap lah ya di Madinah 1kg RM45, di Makkah RM60.






Kami spend dalam 1 jam 30 minit di Masjid Quba ni. Kemudian mencari2 di mana bas hijau semula. Naik saja mana2 bas yang sama. Cuma perlu baca di depan bas tu sedang menuju ke mana.

Kami plan next stop nak ke Jabal Uhud. Agak lama juga tunggu bas hijau yang tulis Uhud.

menunggu bas ke Uhud
 2. Jabal Uhud

Perjalanan dari Masjid Quba ke Uhud dalam 10 minit saja.
Jabal Uhud
   


Ada bukit2 kecil di hadapan masjid ni. Banyak ustaz2 bagi ceramah di situ, jadi kami tumpang dengar.


Suasana di dalam masjid, kawasan wanita.


Laluan nak ke tempat solat wanita tu ada peniaga kecil2an. Banyak serbuk buah zuriat dijual di sini. Boleh dapat harga 3 kotak 5 riyal. Tapi macam tak berapa yakin nak beli.


Bila berada di Jabal Uhud ni, eloklah menziarahi makam para Syuhada di sini. Saya dan suami duduk di tangga masjid, datang 2 rombongan dari Malaysia. Kiri dan kanan kami, kedua2 nya bercerita tentang perang Uhud dan para syuhada. Rasanya kisah yang kami dapat tu sangat2 lah mendalam dari apa yang saya pernah belajar dan pernah baca. Lain benar perasaan bila mendengar pengorbanan para syuhada, betul2 di hadapan makam mereka.

Terima kasih lah kepada kedua2 ustaz yang berkongsi cerita tu. Kami bukan ahli rombongan pun, tapi kebetulan sedang duduk di situ. Diharap halalkan ilmu ustaz yang kami dengar tu, dan semoga menjadi pahala berterusan untuk ustaz. Saya ingat sangat muka ustaz yang bercerita sampai ke hati tu, Ustaz Farhan Suhut dari Feena Travel (https://www.facebook.com/feenatravel/).

Dalam pagar tu makan syuhada
Di hadapan makam ni juga ada banyak gerai. Kalau nak beli kurma, kekacang, coklat, lagi best beli di sini berbanding masjid Quba tadi. Kami beli beg juga untuk letak barang2 yang dibeli tadi.
Selain kurma ajwa yang lebih murah di Madinah ni, coklat2 di sini juga murah.

Model beg
menunggu bas ke destinasi seterusnya
 Seterusnya kami memilih untuk ke Masjid Qiblatain. Kebetulan kami sampai sana tu, dah nak masuk zohor.

3. Masjid Qiblatain

Secara ringkasnya masjid ini ada 2 qiblat. Tetapi qiblat yang digunakan sekarang adalah yang menghala ke Kaabah. Suami saya nampak lah tanda 2 qiblat tu di tempat solat lelaki. Di kawasan solat wanita saya tak nampak pulak.


Tak ramai orang pun ke sini. Saya rasa fokus utama pengunjung adalah pada Masjid Quba dan Jabal Uhud. Selepas solat zohor, kami bertolak pulak ke Masjid Khandaq.

4. Masjid Khandaq

Sebenarnya saya terkejut di sini tak ramai pengunjung. Mungkin disebabkan kawasan tinggalan perang Khandaq tu tak dibuka kepada umum. Jadi kami hanya singgah di masjid sahaja dan intai2 sedikit kawasan parit, tetapi tak nampak apa pun.

Masjid Khandaq
kawasan belakang masjid
Suami saya naik juga tangga tu, tapi katanya tak ada apa2 di situ. Wallahu a'lam. Sebab tak ada orang yg jaga disitu untuk kita bertanya.

Jadi sambil menunggu bas, jom lah makan aiskrim haha.

aiskrim sedap
Selepas makan aiskrim, kami pun balik ke Masjid Nabawi. Belum asar lagi masa tu. Jadi kami pergi mencari makan dan memilih KFC.

filih lah.. filih..
Seperti yang saya cakap sebelum ni, kedai makan di sini tak banyak kerusi meja. KFC ni ada 4 meja je kot. So saya berdiri lah menunggu giliran nak duduk sambil husband order makanan. Sekali ada orang potong saya, terus pergi duduk. Aduh.... memang pedih hati ni, tapi ku sabarkan jua. Orang Malaysia ya.... Malaysia.... hmmm... Jadi kami tapau saja dan berlalu pergi. Makan di dalam area masjid nabawi saja sementara menunggu asar.

Di dalam entri sebelum ini pun saya ada bercerita. Kami tinggalkan barang yang dibeli tadi di dalam Luggage Locker ni. 2 riryal saja kalau tak silap. Locker ni pintu kaca dan dikawal oleh penjaga dia dari dalam.


Setakat itu sahaja perkongsian saya mengenai Medina Buses ni dan tempat2 yang boleh dilawati. Total dibayar hanyalah 10 riyal ~ RM11.40 setiap orang.
Diharap entry ini membantu para pembaca yang merancang untuk menunaikan umrah. Terima kasih sudi membaca. InsyaAllah next entry saya nak share tempat2 makan kami di Madinah ni.

Sunday, January 19, 2020

Travel: Umrah DIY Madinah - Ramada Al Qibla Hotel

Assalamualaikum wbt
Dalam entry sebelum ini, saya telah berkongsi kisah Umrah DIY saya di Madinah. Boleh dibaca di sini ya. Kami berada di Madinah selama 4 hari 3 malam sahaja. Sepanjang kami di sini, kami menginap di Ramada Al-Qibla hotel.

Saya book melalui Agoda. Di Agoda, nama penuh hotel ini ialah Ramada by Wyndham Madinah Al Qibla. Harga lebih kurang RM255/malam tanpa sarapan termasuk tax Agoda.
Dari airport Madinah, kami menaiki UBER. Lebih kurang 30min sudah sampai dengan bayaran 40 riyal. Beritahu saja pada driver, pintu 5 masjid nabawi.


dah sampai depan hotel
 Kami sampai belum pukul 11 pagi, tapi tetap dibenarkan untuk check in alhamdulillah. Tapi lupa nak request view masjid nabawi. So dapat review dinding je huhu. J

Jom tengok apa ada di dalam hotel ni. 

2 katil single

kettle, mini fridge, tv
toilet dengan bath tub
Kelengkapan tandas yang basic saja. Sabun, syampu dll.

dalam almari baju ada safety box


Kelebihan hotel ini, ialah sangat dekat dengan pintu 5 Masjid Nabawi. Memang lintas jalan je sampai. Pintu 5 tu pula memang dekat dengan Makam Rasulullah dan Raudhah lelaki. Tetapi untuk perempuan, agak jauh kena berjalan ke pintu solat perempuan. Boleh pilih pintu 13 atau 25. Pintu 25 lagi jauh, tapi di situlah Raudhah perempuan. Cerita Raudhah boleh dibaca di sini. 

dari perkarangan masjid dah nampak hotel
 Kelebihan hotel ini juga ialah ada kedai makan (take away sahaja) betul2 di pintu keluar hotel. Kedai jual kebab dan snack2 arab. Untuk nasi, kena jalan sikit lah dari hotel. Keluar pintu hotel dan belok kiri.


kedai nasi
 Tapi tak ada kambing di kedai ni. Harga 20 riyal kalau tak silap, untuk separuh ayam.


juadah kami


 Kami share saja makanan tu. Makan kena dalam hotel lah sebab kedai2 di sini memang susah nak ada dine in. Ada la beberapa kedai yang saya akan share kemudian.

Secara keseluruhannya, hotel ini memuaskan lah, Keperluan asas semuanya cukup. Receptionist pun pandai berbahasa Inggeris dan handsome . Dari segi makanan saya tak dapat nak review sebab tak ambil breakfast. Hotel ini juga agak dekat dengan Crown Hotel iaitu tempat kami beli tiket bas nak ke Makkah nanti.

Cuma 1 saja kekurangan, wifi hanya di lobi huhu.... 2 hari pertama tu katanya wifi rosak. Masuk hari ke-3 wifi memang tak dapat di bilik. Jadi tak dapat lah kami nak call anak selalu sebab guna mobile data saja.

InsyaAllah kalau ada rezeki lagi next time, nak cuba hotel lain pula. Pintu 25 memang nampak ok sebab dekat dengan pintu solat dan ramai rakyat Malaysia di situ. Tabung Haji pun di situ. Tapi bila dah ramai-ramai tu sesak la sikit hehe.


Setakat ini saja perkongsian saya berkenaan hotel ini pada entry ini. Semoga bertemu di entry seterusnya. InsyaAllah saya akan berkongsi bagaimana nak ziarah di Madinah sebab kami tidak menggunakan agent. 

Terima kasih sudi baca.

Hero tak berapa nak arab hehe