Thursday, October 4, 2018

Travel: Movie Animation Park Studios, Ipoh

Assalamualaikum wbt,
Kami berkunjung ke MAPS Perak ni pada 19 Jun 2018 iaitu pada raya kelima. Selalu je balik kampung akan lalu sebelah MAPS ni, tapi tak pernah singgah pun. Sebab MAPS ni  bukan 100% buka lagi. Yang ada Megamind Tower tu belum buka lagi masa saya pergi ni.

Apakah yang membuatkan saya pergi? Jeng..Jeng..Jeng... Alkisahnya malam sebelum tu saja sembang-sembang nak ke MAPS. Tengok di instagram ada offer tiket.

offer
MAPS ni memang selalu offer harga tiket. Maybe sebab sambutan kurang menggalakkan kot. Ada lagi game yang tak buka. Dan yang tak buka lagi tu yang paling best kot... Kalau dibaca komen2 di instagram MAPS ni, memang banyak yang complain je. Tapi disebabkan harga tengah offer (harga asal of course lebih RM100), kami pun redah je pergi. Perjalanan dari kampung pun tak sampai 1 jam. 

Sesampai di luar MAPS, kami makan dulu di KFC berdekatan sebab MAPS pun belum buka. Lepas perut pun dah diisi sepenuhnya (sebab tak tahu harga makanan di dalam macam mana), kami pun ke MAPS. Parking so far banyak lah.

pintu masuk

Line tiket memang tak perlu beratur sebab tak ramai orang. Masa nak beli tiket tu, adik cashier tu tanya ada PLUS MILES kad tak. Nasib baik kami ada, so dapat lagi diskaun wehhhhhh... RM45 dewasa, RM40 kanak2. Memang terlonjak2 happy lah kami ni sebab disangka jimat sikit, tapi banyak sungguh jimatnya. Kami ada 1 saja tiket PLUSMILES, tapi semua yang pergi tu dapat harga diskaun. Rombongan kami 5 dewasa, 3 kanak2, 2 baby (free).

tiket dalam bentuk kad. boleh simpan lepas touch
Lepas pintu masuk, kami pergi sewa stroller dulu untuk anak saya. Ada stroller single dan double. Kami ambil yang single, RM28. Ada juga dijual kipas bateri, RM28 juga. Lepas bayar sewa, kami pun menuju kejayaan.. eh menuju ke MAPS.

kena rentas tasik ni. stroller hijau tu yang kami sewa
Saya tak study sangat pasal MAPS ni sebelum masuk. So redah jelah apa yang ada hehe... Masuk-masuk tu saja kita terus disajikan dengan bangunan-bangunan yang cute, jadi secara automatik kamera berklik2 mengambil gambar (gituuuuu...). sampai anak saya naik fed up asyik kena posing. Jom tengok sejauh manakah ke'cute'an yang saya perkatakan itu

kaunter informasi
Jangan lupa ke kaunter informasi untuk ambil gambar skrin di luar tu. ada menunjukkan acara2 untuk hari yang kita kunjungi.

acara semasa kami pergi.
Masa kami pergi ni kan raya, so ada special acara lah. Setiap hari ada artis datang termasuklah Tokti, FBI dll. Ok jom tengok gambar bangunan-bangunan dalam ni. Bila masuk dalam ni saya terbayangkan USS lah, ala2 gini susun aturnya. Boleh baca pasal USS saya disini.

kedai candy

yeayyyy jumpa ochobot
anakku yang stress nak kena bergambar

sudah sudah lah tu bergambar... haha
Sebelum saya memulakan cerita perjalanan kami (laaaa.. belum mula cerita rupanya), marilah tengok map of MAPS dulu.

ada 6 zone

1. Boboiboy Adventure

showtime

Aktiviti pertama kami ialah boboiboy adventure, 11.30am. 3 tahun ke atas baru boleh masuk katanya. Kita kena pakai special glass, dan akan dibawa meneroka.......(rahsia... pergilah saksikan sendiri) hehe.

we are so readyyyy

Keluar sahaja dari Boboiboy Adventure ni, boleh terus masuk ke Boboiboy Hero Academy. Tapi kami masuk sesi petang punya, sebab apa ntah lupa pulak....

Hero Academy
Pada saya Hero Academy ni kurang menarik sikit lah. Yang Boboiboy Adventure tu agak best.

2. Fantasy Forest Zone

Kalau tengok map tadi, zone ni di sebelah kanan. Zone ni lebih kepada kanak-kanak lah. Dewasa pun boleh naik, tapi malu lah sikit haha.

merry go round

tak ingat nama. tapi of course bukan megamind tower
masih lagi tak sure apa nama permainan ni. naik jelah

ni macam pameran barang2 purba sikit

spot terbaik untuk bergambar
Ada 1 game yang under maintenance masa kami pergi ni. Redha jelah. Selepas berpanas-panasan meneman budak2 ni main, jom lah masuk ke Coral Kingdom di sini untuk mengambil aircond hehe. Coral Kingdom ni ada playground dan juga small cafe.


small playground di dalam coral kingdom
masih di dalam coral kingdom
Cafe di dalam ni ada jual snek, kek, air. makanan berat tak ada. 

3. Blast Off Zone

Ok, di zone ni permainan ganas sikit lah, dan ada had ketinggian. 2-3 permainan di sini dah biasa dijumpai di themepark lain, bak kata orang yg pernah datang sini, macam funfair je permainan di sini hehe... tapi ada 1 ride yg saya first time naik iaitu.....

Space Xplorer

Gambar di atas tu bukan saya lah. Gambar saya terlalu hodoh untuk dipertontonkan kih3.... Gambar2 saya di zon ini tak banyak sangat. 

dengan kartun apa ntah.. tak pernah tengok
kerusi pusing2 macam genting tu

4. Live Action Zone

Masa yang dinanti2 telah tiba, nak tengok drifting. Kami join yang 2.30pm. Masa ni baru nampak yg agak ramai pengunjung di MAPS ni.

sila beratur ye uolssss
menunggu show start
Sambil2 menunggu show start, cameraman akan shoot kita dan display di skrin depan pentas ni. Memang meriah la juga masing2 taksub tengok diri masuk TV kih3... Show ni memang de bomb ok... tapi saya tak akan repeat tengok sbb saya rasa seriau gila. kesilapan kecil boleh membahayakan banyak pihak huhu... mmg tabik spring kpd pelakon2 (stuntman? drifter?...) dalam show ni.

tunjuk sikit je... barula surprise
Akhir sekali kami ke Smurf Theater. 

5. Smurf Theater

Kena beratur nak masuk ke sini. Kami dah datang untuk show sebelum ni, tapi terlambat so dah tutup pintunya. so kami target lah untuk next show. 


selingan: face painting tu kami buat di area pintu masuk MAPS ni. Murah jugak harganya, BUY 1 FREE 1. Design ni simple je, RM15/face kalau tak silap. tapi sebab FREE 1, RM15/2 faces la.

Ok berbalik ke smurf theater ni, saya rasa tak berapa best pun. Audience kena bercakap dengan interactive screen, Dan ada pengacaranya lah. Macam banyak sangat cakapnya sampai kesian pulak saya tengok pengacara tu huhu.


Atas ni pula ride yang ada di area smurf ni. Untuk 6 tahun sebenarnya, tapi dia bagi je anak2 saya yang dah 8 tahun tu naik. Berkali-kali pulak tu.

6. Starship Restaurant

jom kita berlepas
Starship ni m maybe antara restoran yang rare untuk dicuba, Ada 3 ke 4 tingkat entah, dan ada lif. Yang seronoknya makanan tidak lah mahal. Masih dalam batas akal normal manusia kih3

1 Set RM25 sahaja termasuk air uolssss

ini menu ditingkat lain
tudia... besar dalam ni. naik tangga boleh, lift pun boleh

menu kami. kiri roasted chicken, kanan fish and chips

kami pilih seat hujunggggggg sekali. dari tingkap tu nampak blast off zone

7. Cafe Tok Aba atau Tok Aba Kokotiam

Ini cafe yang dinanti2 untuk pergi. Saya pergi dalam pukul 4 lebih sikit. Dalam ni kerusi meja tak sebanyak starship tu. 

tok aba mana?
sini pun snack saja. nampak ke tu????
menu saya, saja nak merasa gitu

Itu sahaja aktiviti kami di sana. Kalau nak berjumpa dengan maskot, ada di bahagian pentas saja. Boleh rujuk schedule di atas. Tapi kena beraturlah nak bergambar, dan masa yang diberikan pun limited. 

Selain dari tu, ada juga persembahan2 simple di depan pentas. Boleh rujuk schedule di atas juga. 
Sekian sahaja perkongsian saya pada harini, Diharap dapat membantu para pembaca. Terima kasih sudi baca.

Nota kecil:

dream zone masih dalam proses testing. so TUTUP

ada macam art museum juga. boleh leeee

4 comments:

  1. biggboss15 season is very popular Indian Tv show. The biggest salman khan television shows, Bigg Boss is back with yet another enthralling season.

    bigg boss 15 latest update

    ReplyDelete
  2. Movierulz4
    Movierulz4 or 4movierulz is like a black market of movies. The official domain is named: movierulz.com. 

    ReplyDelete
  3. Good article.Here i have got alot of information thats amazing.You are Great and i request you please Keep Posting and update to People & Thank you.

    This is the entertainment platform where you can watch and enjoy latest TV shows and series. serialshd.club don’t host the videos but from the others resources.

    Voice 4 Judgment Hour

    ReplyDelete