Monday, February 2, 2015

Travel: Universal Studio Singapore

Assalamualaikum wbt...
Ini adalah kali pertama saya ke USS. Ini pun kebetulan ada kenduri sepupu di Singapore.
So dipendekkan cerita, kami ke sana dengan 2 biji kereta. Tips untuk menaiki kereta ke Singapore  ni insyaAllah akan dikongsi kemudian.
Kami menginap di Homestay di Nusajaya, dalam 15 minit ke Tuas checkpoint.

1. Tarikh
Kami ke USS pada 28 Dis 2014 (Ahad). 
Keadaan pengunjung masa tu masyaAllah.... tapi kami pakai Universal Express (UE). 

2. Tiket
Tiket dibeli secara online. Berkira2 jugak nak beli UE ke tak. Setelah dipertimbangkan sepenuh2nya, kami beli UE untuk semua. Total kami ada 10 orang. Tiket pun pakej lain2. 
Kebetulan masa ni ada promosi Mastercard.
2 x $68  - Entrance (Adult) + $5 meal + $5 retail + FREE parking
5 x $63 - Entrance (Adult) + $5 meal
3 x $49 - Entrance (Kid)
10 x $50 - Universal Express (LImited)

Yang $68 tu saya ambil 2 sebab kami naik dua kereta. So ada 2 tiket free parking. Kalau tak, $28/car/day.
UE tu yg limited, maknanya boleh guna 1x saja untuk 1 ride. Nak naik banyak kali boleh, tapi beratur macam biasa.
Total dalam RM lebih kurang RM3000 untuk 10 orang. Saya share 50-50 dengan adik saya. Sebab ni family vacation.

Tiket akan diemel kepada kita (ada barcode). So tak perlu beratur untuk collect tiket. Tp since saya salah taip emel address, saya kenala collect jugak. Tp barisan lain dari org yg beli tiket. Kosong je barisan. 
Kat kaunter, UE harga $60.
ini tiket yg saya punya. pakej $68
ps: saya upload dari dropbox. memang pening bab rotate2 gambar ni.

3. Makan
Dalam USS  ni banyak halal food. Dalam map USS tu ada cop HALAL untuk outlet yg halal la. 
Dari homestay saya keluar dalam 6.30am. Ke RnR Gelang Patah dulu, beli sarapan untuk semua dan tukar duit. 
Money changer sini beroperasi 6am - 11pm.

Isi perut dulu

Lebih kurang 7am kami bertolak ke USS. Gelang Patah ke Tuas  ni selangkah je. Kami bertolak awal sebab sehari sebelum tu (Sabtu), jammed ya amat. Tapi hari Ahad ni kosong pulak. Saya pun terkejut tengok Sabtu jammed. Sebelum ni pernah lalu Tuas ni, kosong... mungkin Sabtu kot yang jammed.

4. Perjalanan
Lebih kurang setengah jam je dari Tuas ke USS. Masuk je sentosa island, keep left. Terus ke parking. Ikutla signboard.

sampai sentosa dah

parking

dari parking ke USS tu naik escalator, dekat je. Tapi kami sampai punyala awal. So lepak2 dulu depan globe USS.
Untuk free parking tu, claim masa nak keluar. Kat kaunter masuk. Kena bawa passport (2 orang sebab 2 tiket), dan voucher tu.


sarapan sepuasnya dulu sebelum masuk
 Sebelum entrance ni pun banyak tempat2 boleh bergambar, habiskan kodak. Kaunter tiket buka dalam 9am. Antara pose2 yg boleh dibuat adalah di depan kedai candy.



5. Dalam USS
saya rasa macam saya dah naik semua ride je. Tp tengok kat kad UE tu, ada banyak ride lg yg belum naik. Ish3.... Antara ride yang saya sempat naik:

a. Transformers Ride
Semua sedia maklum, favourite ride USS ni adalah Transformers ride. So silalah berlari2 ke sana untuk beratur. Kami ni sbb pakai UE, lenggang kangkung la sikit. 
Ini ride pertama kami. Sampai2 je manusia beratur panjang ya amat... Masa kami keluar, dah tak nampak barisan kat luar building tu. Tapi rupa2nya kat dalam 1jam jugak beratur.

barisan biasa. Lane paling kiri yang kosong tu, untuk UE

lane UE yg kosong. **sila rotate kepala anda. Masalah dropbox huhu
itula keretanya.
  
Serius best ride ni.... Husband dan ayah saya naik kali kedua, kenala beratur 40minit. Tp effect dia tu sampai anak saya menangis sebab takut, hihi.... 1 kereta dalam 12 orang naik.

b. Accelerator

boring la. mcm cawan pusing2 je. **masalah rotation lagi huhu

c. Revenge of Mummy 
roller coaster **sakit hati pulak aku dengan dropbox ni
Kalau ikutkan ibu mengandung tak boleh naik banyak ride kat sini. Tp perut saya tak nampak lagi, so belasah je. Alhamdulillah ok... ride ni sekejap je, 3minit. Tp gelap la. Anak saya yg 6 tahun tu naik ok je. 
Bile keluar dari ride ni, nampak la gambar muka2 hodoh kita masa naik ride tu. Sakit perut gelak. Lawak gila muka! sekeping $25 kot. tak beli la oiiii....

 d. Jurrasic Park
Kat area ni ada beberapa ride. Waiting time lagi lama dari Transformers. So silalah beli UE.
mainan ni untuk kanak2. Itupun waiting time 75minit.
skyflyer. 75mint jugak waiting. UE boleh potong Q ye.

Ingatkan skyflyer ni slow je, ala2 tgk view USS dari langit. tp laju ya amat.. terkejut den! Konon2 nak ambil gambar dari atas. mmg tak hado la ye.... Kalau pakai slipper, tanggal siap2 sebelum naik. Letak kat almari tepi dinding tu.

**masalah rotation paling melampau ni!!!!!
Tak ingat nama boat ride ni. Tp si kembar tak lepas ketinggian. Kami yg pakai UE ni pun beratur dalam 30minit. Yg tak pakai UE beratur dekat 2jam ooooo... sampai diorang tutup lane untuk single rider.
Best jugak ride ni. cuma mood tak berapa ada, teringat kembar saya yang memang minat dino. mesti diorang seronok dapat naik ni. kurang tinggi dalam 2-3cm je... huhu

Memang ada warming pakaian akan basah. tak boleh nak agak siapa yg akan basah sebab boat ni berpusing2, dipukul ombak gitu... ditakdirkan anak saya yg 6 tahun tu basah lencun sbb dia pendek hehe

Pengering pun ada, $5, boleh naik 4-5 orang. Tp tak kering pun baju.
pengering baju

satu lagi permainan di jurrasic park. boleh potong Q jugak dengan UE.
e. Far Far Away
 

Kat sini kami tgk Shrek 4D dan lunch di Goldilocks. Halal. Ala2 KFC makanan dia. Since kami ada 7 baucer makan bernilai $35, kami guna la. Beli set family, boleh guna semua baucer serentak.

luncheon
 Shrek 4D ni banyak effect jugak. Tapi saya rasa saya duduk salah seat, sebab ada beberapa effect saya tak rasa. Yg saya dapat, asyik kena sembur air ja... cissss

tengah lunch, nampak puss in boots dan kitty soft paws menari
Ada 1 lagi ride, enchanted airway. Ala2 roller coaster bentuk naga. Tp masa nak naik tu hujan. so tak berani nak naik, takut licin.

f. Transformers show
 Masa mula2 masuk USS, silalah ambil map dan juga flyers yg menunjukkan waktu2 persembahan. Transformers ni pukul2, dekat dengan transformers ride tadi. Show dari maskot optimus prime dan bumble bee.
Kena beratur untuk bergambar.
bumble bee

optimus prime. ada orang ye dalam tu. kurusnye org yg pakau sarung tu

 g. Parade

 Sepatutnya ada parade pukul 3pm. Tapi tepat jam 2.59, hujan pun turun. dan parade pun dibatalkan.... adoyyaiiiiiiiiii. Tak ada rezekila kali ni

 h. Madagascar
 Ini ride terakhir kami. Boat jugak.

rombongan cik kiah
Syok jugak ride ni. sesiapa yg layan madagascar, haruslah lebih faham dan lebih teruja, termasuk la saya ni.


rumah shrek depan madagascar
sepatutnya ada show 7pm. tp sebab hujan, bgambar aje le....
  
extra: ada snow setiap 1 jam sempena christmas

i. Ride2 lain
Kami ada jua masuk Light, Camera, Action dan Space Chaser. 
Light, Camera, Action ni boleh masuk sekali ramai2. Tak ramai orang pun masa tu. 
Space Chaser ni macam ride kanak2. Comel!!! 

6. Surau
Ada surau disediakan dalam ni. Kalau dari Transformers ride, akan lalu roller coaster Battlestar of Galactica. So surau lepas roller coaster, sebelum masuk ke Mummy. Dari luar nampak 1 pintu je. Bila masuk dalam, ada pecah 2 pintu Lelaki dan Perempuan. Masa saya pergi tu dalam 2.30 pm. Tak ada org. Telekung pun sepasang je. surau bersih dan tempat wudhu di dalam surau.

7. Shopping apa...
Kalau tak convert duit, tak adalah mahal mana pun barang2 USS ni. Tp sebab rate masa ni 1 SGD = RM2.66, maka mahallah jadinya.

fridge magnet dalam $8.90

SGD 10.90


SGD 12.90


botol air transformers SGD26.90 sebijik. Patung Fiona SGD 29.90
Ada banyak lagi dibeli. T-shirt dalam SGD 26. 
Botol air transformers tu dapat isi air percuma sekali. Kami isi lemon tea. Seharian tak habis pun lemon tea tu diminum.

Setakat ini saja perkongsian berkenaan cuti kami di USS. Kami masuk dalam 9.30am. Keluar dalam 8.15pm, terus balik ke Gelang Patah. Bayangkanlah pakai Universal Express pun tak dapat cover semua, apatah lagi kalau kena beratur berjam2...
Kalau diminta saya senaraikan ride mengikut BEST, macam ni la kot:
1. Transformers Ride
2. Revenge of Mummy
3. Jurrasic Park (Boat)
4. Madagascar (Boat)
5. Light, Camera, Action

Semoga entry ni membantu....

No comments:

Post a Comment