Wednesday, October 31, 2018

Travel: Johor - Legoland Theme Park

Assalamualaikum wbt

Sebenarnya ni kali kedua masuk Legoland Johor ni. Kali pertama setahun lepas. Masih tersimpan rapi di dalam draf haha....  So kita cerita yang kali ni punya lah. Yang mula2 dulu tunggu dapat hidayah untuk edit hihi.

Tarikh masuk: 29 September 2018 (Sabtu)
Jenis Tiket: Premium Annual Pass (waterpark + themepark)
(Peringatan: Budak 3 tahun ke atas kena bayar sama saja macam dewasa. tapi banyak ride diorang tak boleh naik pun. apakah???)

gittewwwww

1. Premium Annual Pass

Kenapakah saya memilih ini? sebab sekarang ni kami sekeluarga berada di johor untuk 1 tahun, so marilah kita ambil tiket untuk 1 tahun hehe. saya memang suka bawa anak pergi themepark, so sesuai lah dengan citarasa kami.

Ada 2 jenis annual pass: awesome pass dan premium pass


Awesome pass hanya untuk themepark sahaja, RM188. Tapi tengok lah column pertama tu, ada 4 sahaja kelebihan awesome pass ni. so saya decide untuk tambah lagi sedikit duit RM188 + RM118 = RM306, dapat lah kelebihan2 seperti yang tertulis di column kedua. antaranya ialah unlimited entries ke waterpark. 
Harga asal waterpark (mykad): adult RM103, child RM82
so saya tambah RM118 dapat masuk waterpark setahun ngkoooo... gitu konsepnya.
selain daritu, dapat diskaun makanan, shopping, free parking dll.

Jadi marilah kita ambil gambar untuk kad.

ambil kat dinding kaunter je haha

Masa buat kad ni saya sorang je terlupa bawa ic (banyak handbag), so saya tunjuk lesen memandu. Alhamdulillah adik tu baik, benarkan saya buat pass juga. sekejap je proses nya. yang ambil masa ialah sebab kami 6 beranak, so 6 kali ambil gambar leeee.

weehooooo legoland!!!

Kami ke Legoland ni tak dirancang sebenarnya. So masuk pun dalam 1230 tengahari dan kelaparan. Dah tahu dah harga makanan dalam ni mencekik dan tercekik. tapi terrrrpaksalah makan.
Sebelum bincang pasal makanan, jom tengok apa yang kami main dulu.

Tahun lepas kami mulakan dari sebelah kanan, so tahun ni jom mula dari sebelah kiri

1. Technic Twister
Mohon check had tinggi di website legoland ya. Anak yang 3 tahun tu memang tak lepas lah. so silalah menangis di pinggiran saja haha


Tak lama pun pusingannya. tapi agak laju.

2. The Great Lego Race

Ini boleh pilih nak pakai VR atau tak masa naik roller coaster. saya dan anak dua2 pilih nak pakai VR. pakai VR ni kita tak nampak langsung reality, 100% suasana di alam lego. so feel jerit2 tu agak kurang lah. Lepas tu bila terhentak, tercabut sikit spec VR tu haha...


tunggu giliran. nampak orang belakang pakai spec VR?

3. Lego Technic

Ada 2 aktiviti dalam ni: main lego sampai lebam, atau belajar buat robot dll. yang kedua kena book slot. so taknak lah yg tu. kami just main lego sambil menikmati aircond haha.

jadilah bijak seperti Einstein
anak2 ku
Setiap budak akan diberi sebekas lego dan pad untuk lekatkan lego tu. lepas tu ko buat lah apa ko nak. lego habis boleh refill haha. Meja dalam ni ada tak sampai 10 rasanya. maybe tak ramai orang suka spend masa dalam ni, baik main ride kan. 

hmmm... nak gi mana ni? 
  4. Merlin's Challenge

Ni train pusing2 dan laju. so anak yang 3 tahun tu tak lepas juga. tapi, di tepi ride ni disediakan lego untuk dimain. bolehla jadi pengubat luka anakku itu


 5. Duplo Express

Akhirya jumpa ride yang sesuai untuk 3 tahun ke bawah. Kawasan ni macam mini playground lah. Hanya train yang bergerak, yang lain idok.

 


chooo chooo... abang2 pulak yang naik

Surau depan kawasan di sahaja.

6. Observation Tower

 Yang ini baby tak lepas rasanya. Anak 3 tahun lepas.

menikmati legoland dari atas

7. 4D movie

Kalau tak silap 4D lah ya. Sebelah observation tower saja. Ada beberapa movie di sini, ikut masa.


Kami sempat tengok yang atas sekali saja, 5.00pm. 4.00pm pun ada, tapi dalam bahasa cina. dah namanya 4D kena lah pakai spec 3D tu. dan of course ada effect lain. Taknak lah cerita, alami sendiri... gituuu

tunggu giliran

 8. Makan

Ada banyak restaurant/cafe dalam ni, duit je tak ada haha... mahal gila ok makanan dia.

makanan kami

Set beriani tu RM36. tak ingat pulak termasuk air ke tak. air sebotol RM6. Anak saya makan makaroni cheese set RM25. dapat air kotak dan jelly tu.

Surau ada dua: di pintu masuk dan depan duplo express.

Untuk kunjungan kali ni ini saja ride yang kami naik. Pada hari saya tulis ni, dah 2kali masuk dah. InsyaAllah akan dikongsi dalam next entry. Terima kasih sudi baca.

No comments:

Post a Comment