Assalamualaikum wbt,
Pada 11 September 2018 yg lepas jatunya cuti Awal Muharram. Jadi saya pun berfikir sejenak ke mana nak tuju. Lepas Subuh dapat idea nak ke Angry Bird Park, dan zupp zaappp zippp kami pun bertolak ke sana haha...
Saya tak buat apa2 early booking pun. Ada la survey sepintas lalu harga di 11street dll, tapi saya rasa tak berminat. Makanya, beli di kaunter je lah.
Angry Bird Park ni terletak di dalam level 3, Komtar JBCC. Tapi kami parking di dalam JB City Square. Tapi tiada masalah, sebab ada jambatan berbumbung untuk kesana. JBCC and JB City Square kedua-duanya menarik untuk di explore, banyak kedai dan tempat makan.
1. Harga Tiket dan Waktu Operasi
harga tiket |
Kalau dilihat di gambar di atas, dengan mykad boleh dapat RM60/pax. Sama je harga kanak2 dan dewasa asalkan 3 tahun ke atas. Tapi kalau nak ambil Family Pass (4 orang) dapat la murah sikit iaitu kira2 dalam RM54.50/pax. Walaubagaimanapun (haha...), kalau ada maybank card sama ada debit atau kredit, dapat lah 30% disc dari harga asal (RM75) iaitu RM52.50/pax tapi dia bundarkan dari RM53/pax. Jadi kami dapat masuk dengan disc maybank card tu lah. 6 orang kami = RM318.00.
Mahal ke idok??? Bagi saya agak berbaloi sebab kita boleh duduk dalam tu 10am - 10pm sampai lebam. Dan... boleh keluar masuk ikut suka hati berapa kali. dia akan bagi wristband (ke apa nama dia ntah..), jagalah elok2.
Kalau hari biasa memang taknak keluar langsung selama 12 jam tu ikut suka lah, tapi kalau public holiday, diarahkan keluar juga untuk tujuan pencucian. Since kami pergi masa cuti umum awal Muharram, jadi kami ke keluar pukul 1pm dan 5pm. Tapi jangan risau, boleh masuk semula pada jam 2pm dan 6pm (1 jam untuk pencucian ke penyucian? macam penyucian dosa pulak huhu...). Cuma saya harap ada tiket untuk ibu bapa yang tak main contohnya RM10 macam di District 21 (boleh baca di sini), sebab memang tak main pun..huhu.
tiket dan baucer |
Oh, setiap tiket akan dapat 1 baucer makan RM5, so kami 6 x RM5 = RM30. Tapi.... bukanlah boleh guna gitu je baucer. Nak guna 1 baucer mestilah belanja RM10. Dalam erti kata lain, beli makanan RM10, dapat disc RM5 menggunakan baucer ni. murah bukan? hehe... 4 anak pula dapat free ice cream. ice cream macam ice cream potong tu je.
1 lagi, jangan lupa bawa stokin ya sama ada dewasa mahupun kanak2. anak saya yg 3 tahun tu takde stokin, jadi kami beli lah sepasang di sini dengan harga RM7. Stokin sini jenis yang ada grip di tapaknya.
2. Jom Main
Apa barang intro panjang2, jom lah masuk main. Tapi... bergambar la dulu sebelum masuk. kenang-kenangan gitu.
luar pintu masuk |
masih di luar haha |
Ok dah, jom tengok apa di dalam. Rasanya tak tahu nak elaborate apa sangat. Hadap jelah gambar2 di sini ya
untuk bawah 5 tahun |
Permainan atas ni macam basikal tapi tak ada paddle. Budak-budak kena tolak dengan kaki sendiri, dan ada kawasan berbukit sikitlah untuk meluncur. Sesungguhnya kawasan ni paling dipandang sepi oleh pengunjung kih3.
angle 1: tak ada cerira |
go kart |
Kami antara pengujung pertama yang sampai (clapp clapp.. applauseee applauseee...), jadi tak ramai lah yang beratur nak naik benda ni. Saya tengok dalam pukul2 tu pengunjung semakin ramai lah. Maka beratur lah kome kalau nak naik. yang anak-anak saya naik ni saiz kanak2. yang saiz dewasa pun ada. dont worry..
angle 2: tak tahu nak cerita apa hehe |
Dua patung tu semata-mata patung je.
Laser Maze Space Ship |
Seindah namanya, memang dalam ni ada permainan laser lah. Kena merentas laser untuk dapatkan telur. Jangan risau, tak rasa apa pun kalau terlanggar laser tu.
mak burung dan anak burung. tak boleh lastik betul2 pun |
Space Drop Air Bag |
Giant Leap Foam Pit |
Yang ni semua anak2 dan mak bapak boleh join. Tapi tak ada dewasa yang main pun, kosserr nak beratur dengan budak2 haha.
Sebelah foam pit ni ada beberapa trampoline. Diorang dah asingkan mengikut umur. Bagus lah, supaya baby tak terpenyet dipijak budak belasan tahun.
anak burung |
Haha... dalam park ni ada slide. so bird nest ni terletak di tengah2 track tu lah.
cinemine |
Cinemine ni sentiasa ditayangkan cerita-cerita angry birds. tak pasti cerita panjang ke cerita pendek. bolehlah nak melepaskan lelah sekejap.
Sedang bergumbira, tetiba bapak burung datang. jom serang!!!!!
hi, im Bomb |
Bomb ni kadang-kadang je keluar. Dia akan keluar dari park ni untuk tarik pengunjung. Sepanjang seharian kami di sana, Bomb je yang ada.
Dah jom sambung main..
Captain Black Bird Ship |
Sesungguhnya slide atas ni sajalah yang anak saya yg 3 tahun ni enjoy main. Adik oh adik... yang lain kurang sesuai dengan dia.
Red Bird Sona |
Dipandang sepi sebab under maintenance. Ada 1 lagi pun under maintenance, Piggy Shooting Gallery.
Video Game |
Senampak saya, ada 2 TV macam ni yang ada video game. Tapi bila nak ke next level macam kena beli je...
Ok, sebenarnya park ni terbahagi dua. Gambar-gambar di atas ni dalam main park lah, tapi di sebelah kaunter tiket tu ada 1 lagi park, Red's Jungle Run. Kecil je.
run baby run |
slide yang panjang |
jom bina rumah |
4. Cafe dan Parent's Lounge
Seperti yang saya cerita sebelum ini, pukul 1 pm kena keluar untuk proses pencucian. Kami keluar awal sikit lah, untuk ke cafe. Sebelah kaunter tiket tu je. Cafe ni takde makanan berat sangat, macam pastry2 saja. Kami makan croissant, sedap weh.... dan tebus ice cream. Cafe ni lebih luas di tingkat atas.
Sementara tunggu pukul 2 tu, ada juga persembahan (5-10min) dari staf2 sini bersama maskot. comel ya ampun Bomb ni menari haha.
ada 2 clown juga yang peramah |
Kami solat zohor siap2 dan masuk semula ke park ni. Dalam pukul4 baru kami keluar dan balik. Solat di dalam JBCC, dalam park tak ada.
Dekat2 pukul4 tu, saya pun dah malas nak tunggu di dalam park, biar anak2 jelah join. So kami lepak di Parent's Lounge saja sambil menternak lemak. Parent's Lounge ni di tingkat atas cafe tadi. Sebahagian dari cafe lah juga.
Parents yang anak2 dah besar, bolehla pantau dari atas ni je kot.
otw naik atas cafe |
view dari parent's lounge |
another view |
Atas ni not bad juga, ada sofa, buaian dan TV (of course cerita angry birds je). Siapa ada yang tidur lagi kat sofa ni haaa.. haha.
Jadi, pukul4 kami pun bertolak balik. Anak2 memanglah taknak balik lagi, tapi mak bapa ni dah sebu perut asyik makan je haha. jom lah balik nak....
Diharap entry saya kali ini dapat membantu pembaca untuk mencari aktiviti masa lapang. Terima kasih sudi baca.
No comments:
Post a Comment