Showing posts with label sarawak. Show all posts
Showing posts with label sarawak. Show all posts

Tuesday, July 11, 2017

Kuching: Kek Lapis dan Pasar Satok

Assalamualaikum wbt

Entry sebelum ni saya dah berkongsi perjalanan kami ke Pasar Serikin. Hari ini adalah hari terakhir kami di Kuching, flight 7.45malam. Jadi aktiviti ringan saja harini iaitu cari kek lapis dan juga ke Pasar Satok. Pagi ni kami bersarapan di Kafe Kak Cucur di waterfront. Kafe di celahan lorong tau. Kecil aje.
antara menu yang ada
adik saya memilih mee kampua

Lepas makan, shopping time di waterfront. Kedai2 sini dalam pukul9 pagi dah buka. 


Lepas shopping sedikit sebanyak, jom lah cari kek lapis pulak. Menyeberang sungai dengan bot tambang RM1/pax/way.

jom ke Dayang Salhah
Maca kunjungan saya sebelum ini (boleh baca disini), kedai ni besar dan sangat puas hati. Tapi kali ni renovate pulak. So tak meriah macam dulu huhu...

dalam kedai
Kek dah settle, jom ke Pasar Satok pulak. Cuci mata tengok apa yang ada. Pasar Satok ni ada beberapa bahagian. Ada jual baju2/souvenir, jual seafood, jual makanan siap. Saya beli terubuk masih di pasar ni. 3 ekor sederhana besar RM10.


bahagian yang jual makanan siap


bahagian souvenir
Balik dari pasar satok, kena siap2 untuk check out. Kami minta late check out sebab flight malam. Hotel caj murah saja dalam RM40. Di airport marilah isi perut lagi. KFC je haha.

beg beranak pinak
tunggu flight yang delay 30minit huhu
Sampai KLIA 2 pun dah agak lewat tapi belum lepas 12 tengah malam la. Ambil taxi airport. Disebabkan bilangan orang dan beg yang banyak, kenalah ambil hyundai ni. RM230 kot dia caj huhu.. kena naik sebelum pkl12 malam. Lepas pukul12 maybe harga lain.

jom balik
Setakat ini sajalah perjalanan kami di Kuching. Kali kedua untuk saya dan anak2, dan kali pertama untuk mak dan adik saya. Seronok buat girls trip macam ni sebab saling memahami haha.

Oklah, semoga berjumpa lagi di entry-entry akan datang. Diharap perkongsian ini membantu dan terima kasih sudi baca.

Travel: Kuching - Pasar Serikin dan Sarawak River Cruise

Assalamualaikum wbt

Entry sebelum ini saya berkongsi perjalanan kami ke Santubong untuk ke Damai Central dan juga Sarawak Cultural Village. Hari ni perjalanan kami pun agak jauh juga iaitu ke Pasar Serikin. Shopping time!!!

Apa2 pun kita bergambar dulu dengan tugu Kuching ni. Sebelah Riverside Majestic saja. Jalan kaki.

meowwwww
Lebih kurang 1 jam perjalanan untuk sampai ke Pasar Serikin ni. Sampai2 je jom makan dulu. Mee kolok lagi of course. Ada kedai kecil betul2 sebelum masuk pintu gerbang pasar tu. Dah jom shopping.

model tetap
Barang-barang yang dibeli semestinya songkek sarawak, batik sarawak/indonesia, telekung, dan tikar sarawak.

kedai tengah2 pasar serikin
Balik dari Serikin ni agak lambat jugak. Terkejar2 sebab nak naik river cruise pulak petangnya. Sampai2 hotel lunch dulu dalam mall.

masing2 simpan makanan dalam pipi
Lepas makan dan solat, kami berjalan kaki ke River Cruise. Tiketnya saya beli sehari sebelum di kaunter river cruise ni. Dekat waterfront je. Disebabkan saya beli 1 hari awal, dapat harga RM60 untuk dewasa. Kalau beli on the spot RM65. Harga kanak2 saya lupa pulak. Sorry la ye....

Boarding time 5.30. Perjalanan dalam 1 jam 30 minit.

boarding time
Atas cruise kita dihidangkan dengan kek lapis dan orange juice (free flow) secara percuma. Ada juga jual snack macam twisties dll. Sepanjang atas cruise dimainkan muzik tradisional sarawak. Feel gitu.. 

kek lapis dan  minuman 
Dah hujung2 sebelum nak patah balik ke jeti (waterfront), barulah ada persembahan kebudayaan. Dalam 30 minit macam tu. Berdoalah agar tak hujan, sebab kalau hujan persembahan ni dibatalkan. 

dengan penari2 kebudayaan
Lebih kurang pukul7 malam kami sampai balik ke jeti. Round2 waterfront untuk dinner dan tengok night market waterfront.
waterfront waktu malam
gerai di waterfront
Lepas makan, jalan kaki balik hotel dan zzzzzzz..... Esoknya kami akan borong kek lapis sarawak, dan ke pasar satok sebelum balik KL. Jumpa di next entry insyaAllah. Terima kasih sudi baca.





Travel: Kuching 2017 - Damai Beach Resort, Sarawak Cultural Village

Assalamualaikum wbt....

Entry sebelum ni saya ada share hari pertama kami di Kuching. Sekadar jalan2 ambil angin di area waterfront saja. Simpan tenaga untuk aktiviti hari kedua iaitu ke Santubong.

Tarikh: 10 Feb 2017 (Jumaat)
Tempat lawatan: Sarawak Cultural Village

Pagi kami dimulakan dengan mencari sarapan. Sebab saya tak ambil breakfast di hotel. Kami makan di Kopi O Corner. Ini pun antara tempat makan yang dicadangkan oleh para pengunjung. Kebetulan memang di dalam laluan kami nak ke Santubong. Jadi jom singgah...


Parking sini sangat limited ya. Saya siap kena saman sebab tak pamerkan kupon. Tak perasan owner kereta ada sediakan kupon. Tapi saya bayar la saman kepada owner tu. Dia caj tak sampai RM5.

Macam2 makanan ada kat sini. Macam mini foodcourt pun ada. Saya of course la ambil mee kolok sapi.

mee kolok sapi. sedap hoi!!!
Bila sudah kenyang, mari mulakan perjalanan ke Santubong atau lebih khusus, ke Sarawak Cultural Village (SCV). Dalam sejam perjalanan ke sana.

saja ambil gambar resort yg saya pernah menginap sebelum ni
Berkenaan Damai Beach Resort ni, boleh baca di sini ya.

Sebelum masuk ke SCV, bergambar dulu dengan ikon Sarawak, Kenyalang Putih. SCV ni berhadapan saja dengan Damai Central.


Plan asalnya taknak masuk pun SCV sebab baru je masuk bulan Ogos tahun lepas. Tapi adik2 dan mak saya tak pernah masuk, jadi marilah kita masuk haha. Harga tiket:
Dewasa: RM60
Kanak-kanak: RM30

berlatarbelakangkan gunung Santubong
Apa2 pun jom makan dulu.

set Sarawak Kitchen
Kalau kita nak masuk SCV untuk makan atau ke kedai souvenir saja, tak perlu bayar tiket. Boleh masuk secara percuma. Entry yang lebih terperinci berkenaan lawatan saya ke SCV boleh baca di sini ya. Sama saja aktiviti kami di sana. Di entry ini saya akan kongsikan aktiviti2 yang saya tak buat masa berkunjung ke sini kali pertama dulu ya.

1. Pakai Baju Sarawak

Puteri Santubong ke Sejinjang ni?
Lupa pulak nama rumah yang saya pakai baju ni. 1 baju RM10 saja. Worth to try.

2. Main buluh (apa nama betul permainan ni ya?)


Adik saya tu kurus tinggi, berlanggar2 lutut dengan dia masa melompat haha. Masa saya datang Ogos lepas, tak ada penari2 yang tunggu di rumah macam ni. Rezeki mak dan adik2 lah kali ni dapat layanan macam ni.

3. Solat di surau

Kali ni sempat solat di surau di bawah dewan persembahan tu. Alhamdulillah selesa.


Balik dari SCV singgah sekali lagi ke waterfront yang kami pergi semalam. Hari ni masuk ke lorong yang ada pasar. Tak ada beli apa2 pun, cuci2 mata gitu...


Sebelum balik ke hotel, singgah ke Top Spot untuk dinner. Seafood time... Saya dah pernah cerita pada entry Ogos lepas ya. Boleh baca di sini. Pada Ogos lepas, kami makan di Kedai 25 yang diwarwarkan oleh para blogger. Tapi pada kali ini, kami makan di gerai lain. Keluar je dari lif terus nampak peniaga (muslim) ni. Kecil je gerai dia, tapi alhamdulillah sedap.

jemput makan.....
Dah habis makan, balik hotel dan tidur. Esok aktiviti kewanitaan.... Pasar Satok haha. 
Berjumpa lagi di lain entry. Terima kasih sudi baca.

Monday, July 10, 2017

Travel: Kuching 2017 - Waterfront, RJ Ayam Penyet

Assalamualaikum wbt...

Entry sebelum ni saya berkongsi tentang penginapan kami di Riverside Majestic Hotel. Jadi lepas check in dan rehat2 sekejap, kami pun jalan2 cari kucing... dan cari makan of course haha.

RJ Ayam Bakar
RJ Ayam Bakar ni adalah antara tempat makan yang dicadangkan oleh pelancong2 yang pernah ke Kuching. Boleh dikategorikan sebagai hipster cafe kot sebab deco yang agak menarik. Jom tengok menu apa pilihan kami

ayam penyet
udang penyet??
side dish. roti bakar letak cheese (kot?.. lupa)

Lepas makan kami jalan2 waterfront sekejap. Area sini susah juga nak parking. Kami dapat park area surau yang sederet dengan kedai2 yang ada. Jalan kaki ke sini.
Cat Hunting

Tak banyak aktiviti first day ni. Lepas bergambar ni, kami terus balik hotel dan berehat. Dinner pun dalam mall tu saja. Simpan tenaga sebab esoknya nak ke Santubong. Hoyyeeeee....

Ok, terima kasih sudi baca. Jumpa di next entry ya, insyaAllah



Travel: Kuching 2017 - Riverside Majestic Hotel

Assalamualaikum wbt...

Pada entry ini saya nak share penginalan saya di Riverside Majestic Hotel Kuching. Reason saya pilih hotel ni adalah bersebelahan dengan waterfront. Sebenarnya saya nak book Hilton, tapi tersalah book. Sebab hilton lagila dekat dengan waterfront. Tapi takpe, hotel ni pun best jugak. Siap attach dengan mall lagi. Riverside Majestic mall.

Saya book bilik dengan 2 katil queen, lebih kurang RM170/malam without breakfast melalui agoda. Bilik tak adalah besar sangat, tapi complete la dengan fridge, iron, bath tub, swimming pool. Free drinks jugak disediakan di lobby. Hmmm baru sedar saya tak pernah minum pun free drink tu huhu...
Untuk naik ke bilik pulak, kena touch kad dulu. So keselamatan terjamin insyaAllah. Selain swimming pool, gym pun ada. Tapi tak pernah guna leee... hehe.

Dari segi fasiliti sini memang superb. Parking banyak, dan kami 4 hari tu parking di mall saja. Sebelah je kan.. parking memang free. Setiap kali sebelum keluar, bagi kad parking kat receptionist, dia settlekan payment.

Disebabkan hotel attach dgn mall, bolehla nak lunch dan dinner dalam mall tu. Nak breakfast susahla sebab mall buka pukul10. Mall ni tak adalah besar mana. Ada beberapa level termasuk kelengkapan wanita (travel beg, handbag, kasut, baju dll), lelaki, kanak2, wayang, mini supermarket. Level2 lain saya tak pernah pergi pun. Bahagian wanita dan bawah sekali tu je utk ke mini market dan kedai makan. Mini market ni kecil je. Nama pun mini kan... ada la sabun, buah2, makanan2 buat isi perut sebelum tido hehe.

baru check in
kemudahan iron
toilet. ada bathtub


pool hotel. 3 hari jadi orang pertama mandi

mall yg attached dengan hotel
level wanita. level ni je yg kami hari2 lalu pun
mini mart
antara restoran yang ada
Memang puas hati menginap di sini. Kami siap minta late checkout sebab flight malam. Dia caj dalam RM40 je (tak ingat exact value). 

Terima kasih sudi baca. Jom baca kisah perjalanan kami di Kuching pada entry2 akan datang ya...

Travel: Kuching 2017 - Summary

Assalamualaikum wbt

Ini adalah kali kedua saya ke Kuching. Kali pertama adalah tahun lepas, Ogos. Boleh baca di sini. Dalam setahun, 2 kali pergi hehe... kali ni pergi perempuan2 saja. Saya, mak, 2 adik perempuan, dan 2 anak saya.
Kami pergi masa Thaipusam, 9/2/2017 - 12/2/2017, 4D3N.

Summary perjalanan kami:

9/2/2017 (Khamis)
Bertolak ke Kuching dari KL
Jalan2 waterfront
Makan RJ ayam penyet



10/2/2017 (Jumaat)
Breakfast Kopi O Corner
Damai Beach
Sarawak Cultural Village
Dinner Topspot



11/2/2017 (Sabtu)
Serikin
Sarawak River Cruise



12/2/2017 (Ahad)
Waterfront
Dayang Salhah
Pasar Satok
Kedai Pasu
Balik KL



Kami menginap di Riverside Majestic hotel selama 3 malam. Aktiviti2 ni sebenarnya main redah mana yg sempat hehe.
Untuk transport pulak, kami sewa saga auto saja. Masih lagi dari owner kereta sewa yang sama, encik Iman (boleh baca  di sini). Detail setiap perjalanan dalam entry2 seterusnya ya... belanja 1 gambar... hehe