Saturday, January 11, 2020

Travel: Umrah DIY Madinah

Assalamualaikum wbt..

Saya ke Madinah adalah dari Riyadh sebab ada sedikit urusan di sana. Kami terbang menggunakan flynas dari Madinah. Boleh dibaca di sini ya.  Di entry ini saya nak share secara ringkas dulu perjalanan kami di Madinah.

 Ini adalah kali pertama saya dan suami mengerjakan umrah, dan umrah kami juga adalah DIY tanpa agent. Bukan sesaja taknak agent, tapi disebabkan saya bertolak dari Riyadh, jadi saya buat sendiri sajalah.

Kami di Madinah selama 4 hari 3 malam sahaja. Alhamdulillah dapat menunaikan solat Jumaat di Masjid Nabawi.

1. Penginapan

Kami tiba pada jam 10.00 pagi di airport, dan terus menggunakan UBER untuk ke hotel dengan bayaran 40 riyal. Kami menginap di Ramada Al-Qibla, betul2 berhadapan pintu 5 Masjid Nabawi. InsyaAllah akan ada entry khas berkenaan hotel ini. Walaupun sampai awal, belum pun 11.00 pagi, pihak hotel izinkan kami check-in alhamdulillah. 

hotel Ramada


gambar hotel dari kawasan masjid. Ini saya dah berjalan ke dalam lagi kawasan masjid ni.
Hotel ini agak jauh dari tempat solat wanita (pintu 13 dan 25). Tetapi pintu 25 tu agak sesak sebelum dan selepas solat sebab ramai jemaah menginap di kawasan sana. Untuk lelaki pula, boleh masuk dari mana2 pintu selain pintu wanita. 


2. Peta Masjid Nabawi

masjid nabawi

 Disebabkan ini adalah pertama kali ke Madinah, memang keliru nak book hotel yang mana satu sebab masjid ada banyak pintu. Akhirnya kami memilih Ramada Al-Qibla yang terletak di pintu 5. Dalam peta di atas, saya labelkan sebagai no. 1. 
Hotel ni memang sesuai sangat bagi kaum lelaki, sebab terus dapat Raudhah dari pintu masuk.

no. 2 pula ialah crown hotel, tempat kami membeli tiket bas untuk ke Makkah. Special entry nanti insyaAllah.

no. 3 pula berdekatan dengan pintu 25, iaitu tempat solat wanita. Memang ramai rombongan-rombongan akan keluar dari pintu ini selepas solat. Kawasan ini juga banyak hotel, antaranya Concorde, Madinah Hilton dan Tabung Haji. 

Disebabkan sini kawasan ramai orang, jadi banyak restoran di sini. Kami sempat makan di Al-Faris dan juga tapau KFC. Nanti ada special entry berkenaan tempat makan insyaAllah.

no. 4 tu saya tak ada apa2 cerita. Cuma nak maklumkan di sana pintu 30-an. Kawasan sini juga untuk ke perkuburan Al-Baqi' di no. 6 bagi lelaki. Tetapi kami tak pergi pun.

no. 5 ialah satu lagi gate yang berdekatan dengan tempat solat wanita (pintu 13). Jadi kalau saya dari Hotel, saya akan pusing kiri sebab dekat nak ke pintu 13 berbanding pintu 25 yang saya kena pusing lagi jauh dari kanan.  

Akhir sekali, no. 7 adalah pintu 7 (sama pula dengan no. label saya). Di sini terdapat masjid2 Saidina Abu Bakar dan lain2. Di sini juga ada kedai2 makan. Saya akan cerita selepas ini insyaAllah.

3. Keadaan Tempat Solat Wanita

Seperti yang saya maklumkan tadi, ada 2 pintu masjid untuk wanita iaitu pintu 13 dan 25. Pintu 13 contohnya bukanlah 1 pintu sahaja, tetapi maybe 4 pintu iaitu pintu 11 - 14. 

contoh pintu 25 (klik gambar untuk baca label)

Bila kita masuk gate masjid, kita bebas nak pusing2 masjid ni. Tapi untuk solat, ada border untuk wanita sahaja seperti dalam gambar di atas. Tempat wuduk dan toilet wanita di dalam border ni.

Lepas border, baru boleh masuk pintu masjid. Akan ada pegawai2 perempuan dia akan check beg kita setiap kali masuk. Tak garang pun diorang ni. Handphone boleh je bawa, tak ada masalah. Tapi kalau DSLR wallahu alam... haha.

Masuk gate, letak je kasut kat rak tepi pintu. Tapi pintu ada huruf selain nombor. Contoh 13D ataupun dalam arab 13 'dal' (huruf). Ingatlah kasut td di pintu huruf mana. 

Selepas letak kasut, kita akan disambut oleh tong2 air zamzam. Banyak tong air. Boleh minum disitu sebab cawan disediakan. Boleh pilih NOT COLD kalau taknak sejuk. Nak isi air dalam botol kita sendiri pun boleh.

tong air zamzam di kiri dan kanan
Tempat solat yang best mestilah saf depan sekali dan atas karpet haha. Kalau nak tempat macam ni, datanglah sejam awal hehehe. Setengah jam awal pun boleh, tapi sipi2 la.. mungkin tak dapat karpet. Untuk anak2 kecil pula, dikhaskan untuk saf belakang. Ada pekerja2 dia yang rajin carikan saf untuk kita. Dan ramai pekerjanya dari Indonesia ya. 

Kalau terlambat sangat, boleh juga solat diluar pintu. Tapi saya tengok di luar ni ramai dari negara2 yang pakai baju punjabi contohnya India, Pakistan dll. 1 lagi, di luar lebih sejuk dari dalam.

Ok jom baca apa aktiviti kami di sini selama 4 hari 3 malam.

4. Aktiviti Kami

12 Disember 2019
Tiba di Madinah dan check in hotel dalam jam 10.30 pagi. Kemudian terus ke Masjid Nabawi untuk study kawasan sambil tunggu zohor. 

Perut pun lapar bila ronda2 ni. So beli je kebab dari kedai tepi2 tu dan makan di perkarangan masjid. Selepas zolat zohor, kami pun balik terus ke hotel. 

Hari pertama ni, saya terlambat pergi untuk maghrib. So pekerja2 tu dah start halang masuk pintu solat dan suruh solat di luar masjid (masih dalam kawasan masjid dan ada karpet). Tapi saya menyusup juga haha. Hasilnya, solatlah saya di depan tong zamzam huhu.

solat hadap tong


Lepas solat maghrib saya pun mencari2 la saf di depan untuk isyak. Susah juga nak dapat sebab tak ramai yang balik lepas maghrib sebab nak tunggu isyak dalam 1 jam saja.

Lepas isyak, kami intai sekejap raudhah untuk lelaki. Baru saya tahu raudhah untuk perempuan di pintu 25 haha. So saya plan nak ke sana tengah malam. Tapi tertidurrrrr... aduh haha. 

Sebelum balik hotel, kami beli nasi dulu di kawasan hotel. Keluar pintu hotel dan pusing kiri ya.

13 Disember 2019
Pagi dimulakan dengan solat subuh di masjid. Lepas solat, kami ke SAPTCO untuk beli tiket ke Makkah tapi masih tutup. So kami bersarapan dulu. Beli dari kedai runcit biasa saja.


breakfast



musafir haha
Lepas makan, kami pun ke SAPTCO untuk beli tiket bas. Kemudian pusing2 sikit kawasan sekitar untuk tengok apa ada. Aktiviti istimewa pada hari ini ialah makan malam di al-farisi dan juga memasuki Raudhah. 

14 Disember 2019
Pagi ni saya terlewat ke masjid, jadi solat Subuh di luar masjid saja. Sejuk ya amat.... haha. 


kesejukan solat subuh di luar


Lepas solat, kami menaiki bas untuk ziarah dan zohor di masjid qiblatain. Akan dicerita di entry lain insyaAllah. 


bas yang kami naik


Untuk late lunch, kami tapau KFC sbb kedai2 sini kurang kerusi meja lah huhu. Lepas makan, kami solat asar. Barang-barang yang kami shopping semasa ziarah tadi disimpan di dalam locker dengan bayaran 2 riyal sahaja.


locker ada pengawal di dalamnya

kadar sewaan
Esok dah nak bertolak ke Makkah. Jadi malamnya saya berniat nak ziarah Raudhah sekali lagi. Tetapi tertidur juga ya Allah.... Sebenarnya dengan tertidurnya saya malam ni, lega terus sakit2 kaki saya 2 3 hari asyik berjalan saja. Jadi dapat teruskan 'jalan' di Makkah alhamdulillah.

15 Disember 2019
Pagi ni singkat sahaja perjalanan kami sebab pukul 9.15am dah nak check out untuk ke Makkah. Selepas solat subuh di Masjid, kami buat ziarah wada. Saya tak masuk ke dalam Raudhah sebab bukan masa untuk wanita, jadi berdoa di luar makam saja. 


berdoa di luar ini sahaja, sebelah makam

5. Raudah

Saya memang tak dapat nak bayang sangat apa itu Raudhah. Yang saya tahu ada makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Dan saya tahu memang akan ada perebutan nak masuk Raudhah. Jadi saya cuma prepare mental untuk hadapi perebutan tu. 

Sebelum ni dah tengok video2 di youtube yang menunjukkan apa ada dalam Raudhah. Tapi video orang lelaki, jadi maybe tak sama dengan wanita.

Ada 2 masa untuk wanita masuk ke Raudhah
selepas subuh: 7 am - 11 am. 
selepas isyak: 9 pm - 12 pm

Saya pernah cuba nak masuk sesi pagi. Konon2 turun 10 am la kan... rupa2nya Jumaat 9am dah tutup. aduhhhhh...

Saya hanya sekali saja berkesempatan ke Raudhah iaitu sesi malam. Selepas saya makan malam, jam lebih kurang 9.30malam. Jadi saya terus saja ke pintu 25 untuk ke Raudhah. Masuk sahaja ke tempat solat tu, nampak beberapa kumpulan lah. Saya join yg saya nampak macam Malaysia/Indonesia haha. Tak dengar apa2 arahan pun ketika tu.


menunggu giliran
Sambil menunggu tu, blur juga apa tindakan seterusnya. What to expect la kata omputih. Nak kena lari ke, rempuh ke kan... haha. Ramai juga pengunjung lain yang dah pernah masuk. Jadi alhamdulillah dapat serba sedikit idea apa langkah seterusnya.

Akan masuk batch by batch. Jadi batch last maybe 12pm (pintu tutup 11pm). Walaupun yg 12pm ni lama menunggu di dalam masjid, tapi katanya sangat tenang sebab tak ramai orang pada masa tu.

Jadi dalam 30minit maybe, pintu pun dibuka. Memang orang meluru masuk. Saya pun join meluru tapi taklah lari, jalan laju2 saja. Seret stokin, kan licin haha. Bila dah masuk tu, ada lagi tempat tunggu kedua.


tempat menunggu kedua

Di sini pun dalam 30minit saja saya tunggu. Di sebelah saya ada anak2 muda dari Singapore dan diorang dah pernah masuk. Jadi diorang bagi tips, terus ke kiri bila nak masuk Raudhah sebab disitu terletaknya makam Rasulullah dan 2 sahabat baginda. Di hadapan kita pula adalah mimbar Rasulullah dan 3 tiang utama: Tiang Aishah, Jibril dan 1 lagi saya lupa. Maaf. Ada kisahnya kenapa tiang2 itu diberi nama sebegitu. 

sebelah kiri adalah makam Rasulullah dan 2 sahabat
Di dalam Raudhah ini ada doa yang boleh diamalkan. Antaranya ialah menyampaikan salam kepada Rasulullah dan sahabat2, mengucapkan terima kasih kepada Rasulullah dan sahabat2 atas perjuangan mereka. Saya taklah membaca dari buku doa semasa di dalam Raudhah ni, sebab suasana saya rasa macam kelam kabut sangat. Jadi sebelum masuk tu saya study dulu doanya, dan kemudian bacalah apa yang diingat. Ambil main pointlah maksudnya.

di dalam Raudhah. Muka memang kena serius sebab segan nak senyum2 dalam masjid 
Sunat juga untuk mengerjakan solat sunat di sini. Nak dapat kawasan selesa untuk sujud tu agak susah lah. Ada kebarangkalian kepada kita akan dipijak, tambahan pula saya pakai spec. Jadi saya solat di belakang pengunjung yang duduk di atas kerusi. Sebenarnya kerusi2 ni dibawa oleh pengunjung senior yg tak dapat berdiri lama. Jadi diorang bawa kerusi masuk Raudhah dan berdoa/solat sambil duduk. Kerusi2 menambah kesesakan sebab kita tak boleh bergerak/menolak kerusi tu. Tapi saya gunakan kelebihan itu untuk solat di belakang kerusi. Jadi kepala saya sujud di bawah kerusi tu. 

Saya keluar sebelum dihalau oleh pengawai2 di situ. Sebab belakang saya maybe ada 2 batch lagi yang belum masuk. Maybe dalam 15minit saja saya spend di dalam tu. Konon2nya esok saya nak datang lagi tapi tulah... tidur + sakit kaki.

Setakat ini dulu cerita Madinah saya. Ada lagi saya hutang tentang tempat2 makan dan ziarah. InsyaAllah next entry. Semoga entry ini membantu bakal2 haji kecil dalam menyusun aktiviti di Madinah nanti amin.... 
Terima kasih sudi membaca.

1 comment:

  1. If you're trying hard to lose kilograms then you absolutely have to get on this totally brand new custom keto diet.

    To produce this keto diet, certified nutritionists, fitness couches, and professional cooks have joined together to develop keto meal plans that are useful, painless, money-efficient, and delicious.

    Since their launch in January 2019, 100's of people have already transformed their figure and health with the benefits a great keto diet can offer.

    Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover eight scientifically-tested ones offered by the keto diet.

    ReplyDelete