Assalamualaikum wbt
Bersambung dari entry saya di Riyadh, saya dan suami kemudian meneruskan perjalanan kami ke Madinah menggunakan flynas.
harga tiket |
Harga tiket kami SAR 212/pax ~ RM242/pax. Termasuk beg 20kg setiap orang. Saya beli last minute juga, dalam 1-2 minggu sebelum fly.
Flight kami awal, 8.00 pagi. Jadi selepas subuh (5.30pagi kot), kami terus ambil UBER dari hotel ke airport. UBER dalam
31 riyal sahaja untuk 30minit perjalanan. Flynas ni di terminal 5.
31 riyal sahaja untuk 30minit perjalanan. Flynas ni di terminal 5.
menunggu UBER dalam kesejukan haha |
Sampai saja di airport, terus check in dan drop luggage di kaunter flynas.
Kemudian, scan barcode pada boarding pass untuk masuk ke gate. Untuk security check, asing lelaki perempuan. tapi sebelah menyebelah saja linenya.
Kami isi perut dulu di cafe lepas security check.
belakang tu burger king |
Perut pun dah kenyang, mari lah tunggu boarding ya. layan flight naik turun haha
vending machine |
Ada beberapa tempat ada vending machine ni termasuk di Sharjah Airport. Nak beli panadol ke, vaselin ke, macam-macam ada. Pil Chi Kit Tek Aun je takde haha
flight kami |
Alhamdulillah tak delay. Gate sebelah kanan ni saja.
Dah masuk flight, marilah selfie.
bukan nak selfie, nak tunjuk keadaan flight ni hehe |
Ada beberapa flight juga tunggu masa nak terbang. Lepas 1 mendarat, 1 fly.
tunggu turn nak terbang |
bye-bye Riyadh |
Ada in-flight entertainment dalam ni. Movie pun ada.
in-flight entertainment, macam Air Arabia |
Selepas 1jam 30min, kami sampai di Madinah dengan selamat. Alhamdulillah... tak explore sangat airport, nak terus ke hotel saja.
Masih lagi menggunakan khidmat UBER di sini.
mencari UBER haha |
menunggu UBER |
menaiki UBER |
Driver UBER ni peramah ya amat. Tapi dia cakap arab 100%. Saya ni adalah ilmu bahasa arab level sekolah je. 5% je kot faham haha.
Dalam 30 minit dan bayaran 40 riyal, kami pun sampai di hotel. Di Madinah kami memilih untuk menginap di Ramada Al-Qibla, betul2 depan pintu 5 Masjid Nabawi. Cerita hotel pada next entry insyaAllah
Haji kecil gumbira sudah sampai |
Cerita Madinah di next entry insyaAllah. Terima kasih sudi baca.
No comments:
Post a Comment