Tuesday, December 9, 2014

Travel: Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam

Assalamualaikum wbt...

Saya dah hampir 8 tahun duduk di shah alam, tapi inilah pertama kali nak ke pusat akuatik ni. Itupun diluar perancangan sebenarnya. Plan asal adalah nak ke Wet World di seksyen 2 tu, tapi ada family day TM pulak. So bertukar plan nak ke Water World I-city. Tapi disebabkan harga pada weekend RM40/adult, so bye2 jela... sebab kami ni bukannya nak mandi sangat pun, lebih kepada nak bagi budak2 main air je. Plan ditukar lagi untuk ke air terjun. Sebelum ni kami dah pernah ke Serendah dan Sungai Tekala, tapi saya tak berapa suka air terjun sebab arus agak deras. Hujan pulak tu masa tu. So masa atas federal highway baru teringat pasal pusat akuatik ni. Alhamdulillah jimat duit dan masa perjalanan...

1. Harga Tiket


Kami ke sana hari Sabtu. Dalam pukul 9.30 pagi masuk. So kena bayar RM3.50/adult, dan RM2.50/child. Masa masuk tu tak baca pun poster tiket ni. So orang tu terus bagi harga kolam terbuka. Untuk kolam tertutup saya tak pasti macam mana nak masuk.

sebelah kiri tu kaunter, depan tu entrance ke pool

2. Tarikan

Kat kolam terbuka ni ada 2 kolam je. 1 dewasa, 1 kanak2. Kami main pun kat kolam kanak2 je. Anak2 jela yang main. Saya jadi lifeguard. Oh, tak nampak lifeguard pun kat sini.

gambar atas, kanan tu nampak kolan dewasa kat belakang

3. Etika Pakaian

Kalau diikutkan kena pakai pakaian renang la. Adik yg jaga tiket tu pun pesan kena tukar pakaian renang.

4. Makan2 dan shopping

Kat parking pusat akuatik ni ada beberapa kedai makan. Nampak macam kedai mamak pun ada. Tapi dalam kawasan kolam renang ni memang tak adala kedai makan. Makanan bolehla bawa.

Ada juga kedai2 kecil (booth) yang jual hotdog dan jajan sebelum masuk ke kawasan kolam ni.

in case terlupa bawa baju renang, boleh beli sini

booth jual mainan

booth jajan

Secara kesimpulannya, murah sangat lah harga pusat akuatik ni. Berbaloi untuk aktiviti main air untuk anak2. Sebab tak ada slide pun kat pool ni. semata2 berendam dalam air je.
Kami sampai dalam 9.30 pagi, hujan tak berhenti sampai pukul11 macam tu. Ada 1 khemah je untuk berteduh, memang tak muat la nak letak semua orang bawah tu. Kerusi duduk banyak, tapi basahla.
Lepas hujan berhenti rasa syok sikit, ala2 keseronokkan baru nak bermula. Tiba2 11.15 wisel bunyi...sesi tamat. Cissss... next session pukul12 pulak, and of course kena bayar semula la tiket. Kat jadual atas tu ada senarai sesi.

Itu saja perkongsian saya kali ni. InsyaAllah boleh datang lagi...Semoga entry ni membantu. Terima kasih sudi baca.

kakak berangan mermaid


kanak2 dan air bagai irama dan lagu



4 comments:

  1. as salam normi ...

    mu gi hari sabtu ... kitaorang gi hari ahad ... :-) ...

    kak lenda ...

    ReplyDelete
  2. tk info ni, nak pergi.. 2019

    ReplyDelete