Wednesday, October 29, 2014

Travel: Botanical Garden, Melaka

Assalamualaikum wbt...
Ke Melaka lagi kami. Entry2 berkenaan melaka sebelum ni boleh dibaca di sini. Tujuan ke Melaka kali ni sebab attend kenduri kahwin. So alang2 dah redah 2 jam perjalanan dari shah alam yang  jammed ya amat, baikla kita jalan2 sikit2...

Zoo melaka, taman buaya, taming sari dll kami dah try. Taman botanikal ni je belum. So jom terjah tengok apa yang best. Niat asal nak tgk dinosaur. Tapi mcm confuse kat taman botani atau kat melaka wonderland. Rasa2nya dua2 ada. Lain kalilah melaka wonderland tu. 

1. Tiket & Buggy
Tak ada entrance fee rasanya kat sini. Parking pun free. Tapi ada sewa untuk basikal dan buggy. tak nampak pulak fee utk yang berjogging.
tempat menyewa. sebelah parking je
Yang seronoknya buggy ni sebab kita boleh drive sendiri. Kalau nak staf dia bawa pun boleh.Free je.

fee
Kalau diikutkan ada 3 jenis buggy. Tapi masa kami nak sewa tu buggy 4 seats baterinya rosak. yang ada 6 seats dan 8 seats saja. Beza RM10 je.. Yang 6 seats tu kebetulan ada org tengah guna, so kami ambil je yang 8 seats walaupun kami berlima saja...

Bayaran ialah RM60 untuk 30 minit. 30 minit je tau... tak cukup sebenarnya untuk kami yg ada anak2 kecik yang sangat enjoy dengan tarikan2 dalam tu. Kalau setakat nak round2 tengok view mungkin cukup.

buggy kami

abah driver
Yang seronoknya di sini sebab kita boleh drive sendiri buggy ni. Kalau nak staf dia drive pun boleh. No extra charge.

2. Dinosaur Park
Inilah tujuan utama ke sini, nak melawat idola budak2 ni. hmmmm....
Kami start naik tadi dalam 3.35pm,so pukul 4.05 sepatutnya dah kena sampai kat stesen asal tadi. Staf dia pesan tadi, bertolak dari Dino Park ni 10minit sebelum masa tamat. Cukup2 masa sampai. Tapi dia kata kalau lambat dalam 10minit dia tak charge la lebih masa tu.

Dino park ni bukan ada dino saja, ada tugu2 untuk cerita dongeng jugak. Tapi tak sempat explore semua sebab kekangan masa.

arnab dan kura-kura
 Tak tahu mana nak park buggy tu. belasah jela parking situ. 
Mula2 sekali disambut dengan batu2 kisah arnab dan  kura2 ni.

terowong merentas masa
mak angkat. Pteranodon
Sekarang ni pagi2 dah tak ada Dinosaur Train la at astro ceria. Dah habis season kot.... huhu

dino lagi
dan lagi...
Banyak lagi batu2 dino kat sini. Tapi ada gangguan dari monyet2 la. Takut nak pergi dekat.
Kita tak diberi map ye. Pandai2 la drive buggy tu sendiri haha... Ada la guide sikit2 macam arrow, bolehla...
view sepanjang perjalanan

3. Galeri Lebah
Sebelah Botanical Garden ni ada Galeri Lebah. Tak perlu ubah parking pun. Nak ubah lagi bagus, lagi dekat. Free entrance ye.




bentuk2 sarang lebah

playground. free je

sarang lebah kelulut

Banyak info pasal lebah yang boleh dapat dari galeri ni. Macam anatomi, jenis2 lebah, sarang dll. Sini pun ada jual madu asli jugak.

madu asli
Husband yang beli madu ni. Botol besar RM90, botol kecil dapat free.

brosur
Atas ni ada alamat ye kalau  nak pergi. So far saya berpuas hati dengan botanical garden dan galeri lebah melaka ni. Banyak lagi tempat nak explore di Melaka ni. Next time insyaAllah.

Diharap post ni dapat membantu. Terima kasih sudi baca.

No comments:

Post a Comment