Tuesday, June 17, 2014

Travel: Air Terjun Serendah

Assalamualaikum wbt....

Saya dah pernah share pasal serendah di sini. Rasa2nya saya pergi dulu tahun 2008. Tak ada beza apa pun... jom tengok serendah 2014 macam mana pulak ye.

koordinat: 3.365940, 101.636835

Dari seksyen 7 Shah Alam lebih kurang 1 jam setengah.

google earth

Gerai makanan dia biasa2 saja ye. better bawa bekal.

gerai2 makanan
Surau pun ada. Kali ni saya ambil port sebelah surau ni. Saya tak sempat solat sini. Nampak ada telekung dan sejadah.

surau lelaki dan perempuan sebelah2. wudhu guna air sungai je

Serendah ni ada dua part yang dipisahkan dengan jambatan. Saya mandi di sebelah yang tenang sikit sebab budak kecik2. Sebelah satu lagi ada air terjun. ramai orang mandi sana.


kawasan yang tenang

dipisahkan oleh jambatan



kawasan yang ada air terjun. sebelah toilet.

toilet ni kena bayar 30sen ye. 
 Untuk port yang saya duduk ni ada jalan shortcut. boleh park kereta sebelah sungai. Saya tak pernah cuba lagi. kena try la lain kali.


kereta orang lain

Dalam 2-3 jam jugak kami kat sini. Lepas tu terus balik. Serendah ni dekat dengan perkampungan orang asli ye. ada la beberapa ekor anjing berkeliaran....

salah satu rumah orang asli

ok, hopefully entry ni membantu. terima kasih sudi baca/


No comments:

Post a Comment