Tuesday, January 6, 2015

Travel: Farm in the City

Assalamualaikum wbt...

Facebook FITC ni boleh dibaca disini.
Kami ke sana pada 7 dis 2014 (Ahad), sampai sana dalam 10am kot,
Crowd masa tu ok la, tak la ramai sampai bersesak2.

1. Location
Dalam waze ada location ni. landmark adalah giant sri kembangan. betul2 belakang giant.

2. Parking
Kami parking tepi2 jalan je, sebab ikut kebanyakan kereta kat situ. Tapi bila masuk, nampak parking space yg agak besar. Tapi tak sure pulak full ke tak.

3. Tiket

Kami ambil family package RM109.00, untuk 2 dewasa dan 2 kanak2. So untuk 1 lagi anak, ambil extra tiket. RM25 kot... alamak, lupa.
Family package ni untung sikit sebab dapat beberapa baucer macam dalam gambar ni,



Dapat badges, baucer makan, baucer shopping, dan free ponyride untuk 2 orang. Kalau tak harga ponyride ni rm8 kot. lupa lagi... Baucer shopping tu pun rasanya kena sampai certain amount baru boleh guna.
So kesimpulannya kami tak guna pun baucer makan dan shopping tu. beli fridge magnet dan patung 3 ketul, tak sampai amount yg disyaratkan.
lebih menyedihkan, baucer ponyride tu pun tak guna. sbb masa sampai kat ponyride tu, dia tutup (rehat). so kami pun dah nak balik....

4. Gambar2

Apa yang saya suka pasal FITC ni sebab kita boleh bermesra dengan haiwan2, Budak2 kan mana tahu takut lagi, so diorang bebas nak sentuh haiwan2 tu.

Makanan haiwan pulak memang disediakan percuma. boleh suap banyak kali.
Jom layan jela gambar2 yg ada

lupa nak rotate
entrance







kat area aviary.
Aviary sini kecik je area. Tapi syok sebab boleh bagi makan itik, merak, burung2. Kalau haiwan tu lapar la... masa pergi ni merak tu kenyang kot, buat dek je kat orang.





Kebanyakan aktiviti dalam ni ialah bagi makan haiwan. Ikan, kura2, arnab dll. Honestly, anak2 jela yang pegang, mak bapak bagi moral support je sebab takut dan geli.

haiwan spesis cicak. tengok pun dah geli. yg 2 bijik tu telur ostrich. dia bagi pijak


longkang fishing. sekor pun tak dapat

anak ayam

Itu saja pengalaman kami di FITC ni. Harap2 membantu untuk sesiapa yang mencari aktiviti untuk anak2. Kanak2 ni memang sayangkan haiwan + diorang tak ada lagi rasa takut pada haiwan macam orang dewasa rasa. tambah2 anak lelaki. 

ok, terima kasih sudi baca. Assalamualaikum....


1 comment:

  1. Menarik jugak tempat ni ...
    Boleh bawak anak2 ai gi sini nanti ... Insyaa Allah

    Kak lenda ...

    p/s: rajin u buat blog .... hehehehe

    ReplyDelete