Friday, December 27, 2019

Travel: Riyadh - Penerbangan Air Arabia dan Transit di Sharjah

Assalamualaikum wbt..
Saya tempah flight agak lambat juga sebab menunggu visa dari kerajaan Saudi, jadi harga tiket tinggi sikit lah. Menjadi kebiasaan saya untuk check tiket melalui website skyscanner. Dan saya memutuskan untuk menaiki Air Arabia. Pertama kali nak naik ni, seram juga fikir kondisi selesa ke tak.

Saya memilih jenis tiket yang sederhana, termasuk luggage 20kg/pax dan makan 2 kali. 1 kali dalam penerbangan ke Sharjah, 1 kali lagi penerbangan ke Riyadh.

Total untuk 2 orang: AED 2383.42 (~RM2669.50) jika dikira 1 AED = RM1.12
termasuk: luggage 20kg/pax, 2 kali makan, pemilihan seat

kami pilih yang tengah, 'value'
Tapi harga dalam gambar atas ni bukan lah semasa kami booking tu. Hand carry boleh 10kg ya... hebat.

1. Pelepasan
Air Arabia ni di KLIA 1. Kami tiba di airport dalam jam 7.00 pagi dan terus ke kaunter utk check in bagasi. Agak panjang juga queue Air Arabia ni.
Proses drop luggage berjalan lancar. Nasib baik dah book seat sbb flight full. Fuhhhh..  penerbangan kami ni akan transit di Riyadh selama 2 jam. Jadi ramai penumpang sbb akan ke negara2 lain pula dari Sharjah. Antara penumpang yang kami sempat bertanya ialah ke Istanbul dan juga Alexandria.

posing sambil beratur haha

2. Transit di Sharjah
Alhamdulillah selamat tiba di Sharjah. Kuala Lumpur ke Sharjah hampir 8 jam juga. tp transit di Sharjah hanya 2 jam saja, tak buat apa sangat pun. Solat dan ambil gambar sini sana sampai salah sorang pegawai di airport tu tanya 'What is so different?' haha. Yela, gambar keropok pun aku nak snap dah kenapa... haha

tiba di Sharjah

gambar roti pun ambil

gambar keropok
surau perempuan
Surau sekali dengan tandas. Ada paip.

Ada mini playground jugak jika bawa anak2 kecil
Lepas solat, kami terus nak masuk ke gate yang sepatutnya. Area tu juga, tak jauh mana pun dari tempat tiba surau tadi. Di dalam gate tu, hanya ada 1 kedai saja yang jual coffee/snack.
mata nampak maggi aje haha
Bila gate dah buka, kena naik bas pula nak ke kapal terbang. Masa tunggu bas ni baru perasan ada wifi rupanya di airport ni. Masalahnya kena daftar menggunakan passport di customer service. Tak kuasa la nak naik balik sebab dah masuk gate kan. Sim Card yang kami beli (boleh baca di sini) hanya untuk Saudi Arabia. So tak dapat lah nak berhubung ketika di Sharjah ni.

3. Kemudahan Air Arabia

Antara kemudahan di atas penerbangan Air Arabia:

Seat luas ke idok? bolehleeeee
makanan 1
makanan 2
makanan 3
Makanan 4 apa ntah, lupa pula. Sebab semasa penerbangan kami Sharjah ke Riyadh, makanan yg kami order habis. Makanan 3 ni dia ganti lah kiranya. 

ada USB port untuk charging

in-flight entertainment
sempat la layan movie secebis dua. subtitle bahasa arab haha. ada juga silent comedy Charlie Chaplin. Bolehla hiburkan hati haha

movie Peppermint, Jessica Garner

boleh juga nak tengok perjalanan kita

Alhamdulillah selamat tiba di Riyadh

Setakat pengalaman kami bersama Air Arabia untuk sekali ini amatlah menyenangkan. Tambang pun murah, dan berbaloi. InsyaAllah akan dipertimbangkan lagi untuk penerbangan lain kali.

Cerita Riyadh bersambung di next entry insyaAllah.

1 comment:

  1. skytime nak tengok movie tu okay ke? connection slow or loading time issue?

    ReplyDelete