Friday, December 27, 2019

Travel: Riyadh - Iternary, Granada Mall dan Ringkasan

Assalamualaikum wbt..
Saya di Riyadh atas dasar kerja (mengendalikan bengkel software) di Princess Nourah Bint Abdul Rahman University (PNU). Berkenaan visa saya, boleh dibaca di entry sebelum ini ya. Dalam entry ini saya ingin berkongsi secara summary perjalanan saya di Riyadh.

alhamdulillah selamat tiba di Riyadh

Day 1: 7 Disember 2019
Flight KLIA ke Riyadh menggunakan Air Arabia pada jam 9.55 am selama 7 jam 50 minit.
Transit di Sharjah selama 2 jam. Kemudian menyambung flight Sharjah ke Riyadh menggunakan Air Arabia selama 2 jam.
Kami tiba di Riyadh lebih kurang 5pm, dah malam di sana. Jadi tak ada apa2 aktiviti spesifik, terus nak ke hotel saja. Kami book UBER dengan apps untuk ke hotel dan check in Viola Garden Apartment. InsyaAllah akan ada entry khas berkenaan Viola Garden ini.
UBER charge: 53 riyal

Entry berkenaan Air Arabia boleh dibaca di sini

Day 2: 8 Disember 2019
Kami memasak saja di apartment pagi ni. Kemudian kami ke Granada Mall menaiki UBER (14 riyal).

OOTD dulu walaupun..... haha
tiba di Granada Mall
Mall ni modern, ada pelbagai butik mewah. tapi tak ada wayang lah. 2 tingkat. 

nak masuk waktu zohor, so kedai tutup 
krispy kreme


kami masuk mini so beli stokin haha

kedai barangan sukan
 Disebabkan waktu zohor, kebanyakan kedai memang tutup. Jadi kami pun solat juga. Surau lelaki sangat besar. Surau perempuan pula di gabung dengan tandas dan agak kecil.

ruangan solat, kiri tu tandas
Ada juga ruang solat private mcm ni. Siap disediakan sejadah
 Lepas solat kami pun ke Carrefour memantau bahan-bahan hehe.

buah-buah menjadi keutamaan
saja pantau maggi walaupun memang ada bawa bekal
sebahagian dari hasil pantauan haha. peti ais tu idok le... itu apartment punya
Dah habis shopping, marilah memenuhkan ruang perut. Kami ke foodcourt.

antara kedai yang ada
kedai pilihan kami, Aladdin

lupa pula berapa riyal. 40 kot


Kami makan 1 set saja, sebab amaun banyak untuk saiz perut kami.  Sebelah food court ni ada theme park. Extreme juga game2 dalam ni, tapi takla se extreme genting tu. Jadi kami makan sambil terdengar jeritan-jeritan orang dalam tu haha.


Selepas makan, kami pulang ke apartment dengan UBER juga. tambang pun lebih kurang datang tadi, dalam 14 riyal.

Day 3 - 6: 9 - 11 Disember 2019

Pagi2 sempat kami bersarapan dulu dengan Tamees. Ala2 naan la juga. Paling basis 1 riyal je. Kalau nak cheese, 4 riyal.

kedai kecil je tapi pelanggan tak putus
zoom out sikit

nak sapu minyak sapi, sapu sendiri haha
Tapi roti ni tak ada kuah. So kami makan dengan kari daging yg dibawa khas dari Malaysia. Adabi!!!!



Hari-hari lain saya spend dengan aktiviti kerja di PNU. Tak ada apa2 saya nak cerita di sini. Just gambar PNU saja.

PNU yang gah dan mewah
PNU pelajarnya semua perempuan, siap ada metro/train lagi dalam tu ok. memang terasa mewah ya amat.. tapi saya tak naik la train tu. tengok je

Day 7: 12 Disember 2019

12hb kami ambil flight dari Riyadh ke Madinah menggunakan flynas. 

OOTD jua walaupun hitam saja hihi
Kami book UBER ke airport (40 riyal). Flynas ni di Terminal 5. InsyaAllah akan dikongsi di dalam entry lain.

jom check in

flight flynas
Penceritaan yang lebih lanjut boleh di baca di entry yang lebih spesifik. Semoga entry ini membantu. Terima kasih sudi baca.


1 comment:

  1. If you're trying hard to lose pounds then you certainly have to get on this brand new personalized keto meal plan diet.

    To produce this service, certified nutritionists, fitness trainers, and professional chefs have joined together to develop keto meal plans that are powerful, decent, price-efficient, and satisfying.

    Since their first launch in January 2019, 1000's of individuals have already remodeled their figure and well-being with the benefits a smart keto meal plan diet can give.

    Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover eight scientifically-proven ones given by the keto meal plan diet.

    ReplyDelete