Friday, December 27, 2019

Travel: Saudi Arabia - Summary

Assalamualaikum wbt..
Saya telah ke 3 daerah di Saudi Arabia selama 2 minggu
7 - 12 Disember 2019 - Riyadh
12 - 15 Disember 2019 - Madinah
15 - 21 Disember 2019 - Makkah


Perjalanan ke Riyadh adalah disebabkan kerja. Perjalanan ke Madinah dan Makkah pula adalah untuk menunaikan umrah. Umrah kami adalah secara sendiri tanpa agent atau lebih dikenali sebagai umrah DIY. Saya akan berkongsi pengalaman saya dalam beberapa post insyaAllah.

1. Penerbangan
Saya menaiki beberapa jenis pengangkutan

KL ke Riyadh - Air Arabia. (Transit di Sharjah)
Riyadh ke Madinah - Flynas
Madinah ke Makkah - Bas SAPTCO
Makkah ke KL - Air Asia
Saya beli tiket agak lambat juga (seminggu sebelum terbang) sebab menunggu visa dari pihak Saudi.

mendarat di Riyadh dengan Air Arabia


2. VISA
Seperti yang diketahui, bermula september 2019 rakyat Malaysia sudah boleh memasuk Saudi dengan tourist visa yang boleh dimohon secara online (di link ini). Untuk 45 tahun dan ke bawah, perlu membawa mahram.

Saya hampir2 menggunakan tourist visa ini kerana lambat mendapat visa government dari Saudi. Ketika saya cuba memohon tu, harganya RM512/pax. Cepat saja prosesnya tapi kena mendaftar dulu dan sediakan siap2 softcopy gambar berlatarbelakang putih.
Tapi akhirnya saya ke Saudi menggunakan visa government saja. Visa ini hanya boleh dimohon di Malaysia jika Saudi sendiri telah mengeluarkan visa dari sana. Jadi saya telah menggunakan ejen tabung haji travel untuk menguruskan visa government ini. Antara dokumen yg diminta ialah
- borang visa (saya dan mahram iaitu suami)
- sijil nikah yang disahkan JAIS dan Wisma Putra
- surat dari majikan untuk permohonan visa yang disahkan oleh notrary public (caj RM20) dan wisma putra (caj RM50)
- passport
- gambar passport (background putih) 2 keping
- bayaran visa RM150/pax
- surat jemputan dari pihak penganjur event di Saudi

Kalau dah lengkap semuanya, 1 hari dah boleh dapat visanya insyaAllah.

3. Suntikan
Disebabkan saya akan ke Saudi dengan visa government, tidak diletakkan syarat suntikan dan pemeriksaan kesihatan. Tapi saya buat juga untuk persediaan diri sendiri. Saya hanya mengambil suntikan Menactra untuk Pneumococcal di klinik Ajwa seksyen 7 dengan bayaran RM175/pax. Jenis ini tahan 5 tahun. Bermaksud, jika kita ke Saudi lagi dalam tempoh 5 tahun ni, tak perlu suntik sekali lagi. Klinik akan bg kad kuning tanda kita dah disuntik.
Untuk vitamin C, saya hanya mengambil vitamin jenis makan/minum saja brand watson.

vitamin C Watson

4. Pemakaian di Saudi
Saudi memang sinonim dengan abaya hitam dan purdah/niqab. Jadi saya pun ragu2 nak pakai baju berwarna walaupun sebenarnya dibolehkan. Saudi sedang melalui permodenan dalam 2 tahun kebelakangan ini. Antaranya, lelaki dan perempuan boleh bercampur dalam satu kawasan dan panggung wayang pun dah ada. Saya taknak komen lah isu permodenan ni, ada pros dan cons nya.

Jadi kesimpulannya saya bawa semua baju hitam dan tudung hitam. Dan stokin hitam dan sarung lengan hitam. Ambik kau... hihi. Saya tengok pelancong2 di sini (non-muslim maybe), tetap pakai ala2 abaya hitam. Tp dalam bentuk cardigan labuh. Diorang pakai tshirt and jeans, dan sarung saja cardiga hitam di luar. Tak perlu sarung kepala pun.

5. Pengangkutan di Saudi
Di Riyadh, saya banyak menggunakan UBER. Tapi saya install juga CAREEM atas cadangan kenalan di sana, cuma tak pernah menggunakannya. Teksi pun banyak.


Bab pengangkutan ni, saya mengambil langkah berhati2 sikit.
- ambil gambar plate number uber dan send kpd family di Malaysia
- bagi suami masuk dulu dalam kereta, baru saya masuk
- saya akan keluar dulu dari kereta, baru suami keluar
So far alhamdulillah semua driver UBER baik dan cantik2 keretanya.

Di Madinah, sikit saja naik UBER sebab kurang berjalan2. Di Makkah, tak guna UBER langsung, banyak guna teksi saja. Saya akan share pada entry yang lain insyaAllah.

salah satu dari UBER kami

6. Suhu
Alhamdulillah, lawatan saya jatuh pada musim sejuk. Suhu di Riyadh lebih sejuk dari Madinah dan Makkah. Tidur pun tak buka aircond sebab memang sejuk. Waktu pagi saya pakai sweater nipis juga kalau keluar hotel.

Suhu di Madinah pula lebih sejuk dari Makkah. Makkah agak panas waktu tengahari, lebih kurang 33 darjah celcius. Pagi dan malam agak sejuk.

7. Talian Telefon dan Internet
Jika sebelum ini saya memilih untuk roaming saja DiGi saya, kali ni saya cuba menggunakan hello1010.my (beli di sini) sbb tempoh saya di Saudi agak lama, 15 hari. Kalau DiGi 3 hari dah RM25 utk 2GB dan 30minit panggilan. So agak mahal lah utk 15 hari.
hello1010.my ni saya beli pakej 2 terus, ada diskaun. Dapat 350MB data renew setiap hari dan 30 minit panggilan. Cuma saya tak tahu macam mana nak check baki data setiap hari. Tak sempat fikir pun haha.
Untuk pengetahuan para pembaca, wifi hotel di Saudi ni tak support whatsapp voice dan video call ya.
Proses menukar simcard di atas flight

Cerita lanjut berkenaan lawatan dan Umrah saya boleh dibaca di link berikut (masih dalam proses penulisan huhu):
1. Riyadh
2. Madinah
3. Makkah

Terima kasih suci membaca. Semoga entry ini membantu.

No comments:

Post a Comment