Assalamualaikum wbt,
Di dalam entry lepas (klik sini) saya dah share berkenaan premium annual pass. kami 6 beranak semua ada pass ni. Oktober 2018 ni pula Legoland ada buat promotion , setiap pemegang premium pass boleh bawa masuk 1 orang lain secara PERCUMA!!!
Based in gambar atas ni, boleh bawa orang lain Jumaat dan Sabtu, 4-8pm. Since kami ada 6 pass, so boleh bawa 6 orang lain. Saya pun ajaklah beberapa pelajar IPTA rahsia haha... untuk ke sana. transport semua sendiri, saya bg pass masuk saja. Dalam pkl3 saya sampai dulu, ambil tiket free tu dan masuk dulu. Adik2 tu sampai pkl4, saya keluar dan bagi tiket free ni,.
Setiap pemegang pass kena ada di kaunter masa nak claim tiket free ni. So dapatlah adik2 tu main macam2 permainan dalam legoland ni selagi tak tutup. ride hebat2 pkl6 dah tutup kalau tak salah lah. Saya sekeluarga pun meneruskan eksplorasi kami (gituuuu..).
1. Junior Driving School
Ini untuk 3-5 tahun. Untuk anak yang lebih besar, sebelah ride ni ada juga. untuk bawah 3 tahun, hanya boleh perhatikan dari jauh saja.
ke garisannnnnn... |
Kereta ni konsep dia senang saja, tekan minyak dan control stereng. tapi budak 3 tahun masyaAllah... asyik accident je. kagum aku dengan pekerja bahagian ni, asyik kena settlekan masalah accident kui3..
kakak!!! please help us!!! |
anak saya setiap angle dia langgar. adoilaaaa...
2. Driving School
Masih konsep yang sama dengan junior driving school, tapi untuk kanak2 yang lebih besar. tak pasti berapa had maksimum. kawasan ni memang favourite leeeee... dapat pegang setereng maaaa....
main langgar je arah |
3. Perarakan Maskot
Ok, ini best sebab special dia buat untuk october ni. bulan2 lain tak pasti, maybe disember pun ada. Perarakan semua maskot lego. 4 pm.
Orang tak berapa ramai masa ni, so dapatlah kami bergambar dengan legoman2 yang ada.
pekerja2 legoland ni nakal sikit masa perarakan ni. ditembaknya kita dengan pistol air huhu.. tapi saya awal2 dah menyorok, so agak selamat haha.
4. Legoland Ekspress
Naik keretapi, pusing2 legoland
Duduklah depan sekali untuk gambar yang menarik hehe.
5. Boating School
Naik boat 2-3 orang, control stereng saja rasanya. jernih air tasik ni.
biar si kembar ni je naik |
6. Lost Kingdom Adventure
1 kereta ada 4 orang. Kita akan masuk dalam rumah firaun (??) dan kena tembak2 lampu hijau dan merah. akan ada markah di kereta kita. pada dinding pintu masuk dia ada tulis highest score so far. katanya kalau dapat pecah rekod, dapat hadiah.
ni je gambar yg ada haha 7. Beetle Bounce naik turun, naik turun... haha |
macam biasa, adik hanya jadi pemerhati |
geli perut bak kata anak ku |
8. Lego Ninjago the Ride
Ini tarikan utama rasanya di legoland ni. naik kapal besar, dan kena fire penjahat2. ada markah juga
kami sekeluarga haha |
Ni kali kedua main game ni. Dan... aku masih tak faham sangat cara main dia haha
9. Kids Power Tower
Kita kena tarik2 tali sendiri supaya kerusi kita naik ke atas. dan lepaskan tali kalau nak turun. Dewasa dan kanak2, boleh aje naik. Perlukan kekuatan tangan maybe, sebab saya tak naik pun hehe... serahkan aje kepada si kembar ni
10. Night Party
Sempena Halloween, legoland ada buat special event yang tak ada pada hari biasa. Lokasi di roller coaster yg di castle tu. Legoland sediakan mini game (takde menang kalah haha), asalkan main dan dapat candy.
kaunter untuk budak kecik macam anakku ini. silalah main lego |
pancing undi hehe |
rumah hantu |
Seram-seram manis jugak lah rumah hantu tu haha... katanya level kanak2 je. tp omak ni terjerit manja jugak lah haha
11. Aquazone Wave Racer
Best juga ride ni. Berdiri dalam jet tu, dan dia pusing laju ya hampun... boleh nak control stereng supaya jet tu gerak kiri kanan. Disebabkan tak ada orang, so beround2 jugak lah anak2 naik.
Ini saja coretan saya untuk kunjungan kali ini. InsyaAllah next entry akan share berkenaan waterpark pula. diharap entry ini bermanfaat untuk semua. terima kasih sudi baca
No comments:
Post a Comment