Assalamualaikum wbt,
Dalam entries sebelum ni (boleh baca di sini), saya dah share kisah saya sekeluarga dengan premium pass. Premium pass ni lebih tinggi levelnya dari awesome pass. kedua2nya annual pass, tapi premium pass dapat masuk sekali dengan waterpark untuk setahun dan tiada restricted date. Jadi entry ni saya nak share kisah kami di waterpark pula.
Disebabkan tak perlu bayar sebab guna premium pass, kami selalunya pergi selepas solat jumaat haha. Lunch siap2 bagi kenyang, dan cuaca pun tak panas. Legoland waterpark ni tak besar sangat, tapi full of attraction la gitu...
gambar dari web legoland |
Location waterpark ni sebelah je dengan themepark. Parking di tempat yang sama.
Premium pass dapat free parking di Zon A yang kena lintas jalan, dan jauhnya berjalan ke themepark tu haha. tapi kebelakangan ni kami parking di Medini Mall saja. Kena bayar dalam RM 1 - 3 je macam tu, tapi tak jauh berjalan. Ok jom tengok ada apa dalam waterpark ni.
pintu masuk |
Seperti juga themepark, di waterpark pun dia akan check beg kita.
Masuk2 saja terus ke toilet untuk salin baju. nak sewa locker pun di tempat salin baju ni juga.
harga sewa locker |
Tapi saya tak pernah sewa locker, so tak dapat lah nak share experience.
Untuk tempat berteduh pula, jika nak lebih selesa bolehla sewa gazebo atau cabana. tapi harganya ya ampun lah untuk rakyat marhaen miskin bandar macam i ni... kih3
cabana ooo naa naaa |
harga cabana |
gazebo |
harga gazebo. |
Harga gazebo dan cabana ni macam tidur homestay gayanya haha. tapi harga half day lebih murah lah, dan termasuk minuman. Ada mini fridge ok.....
1. Duplo Splash Safari
Ok, first stop adalah kolam kanak2 haha. Tapi not bad juga ya, bukan setakat kolam saja. Ada slide juga di sini.
sibuk membina kapal |
Nama tempat ni ada safari sebab ada buaya, gajah dan polar bear kot dalam tu.
2. Build a Raft River
Kolam di sini yang panjang tu, keliling seluruh waterpark. ini memang kegemaran anak2 lah sebab boleh swimming. Arus di sini pun agak laju.
sebahagian dari kolam |
adudu terapung haha |
Di kolam ni tak boleh bawa pelampung sendiri. Guna life jacket yang disediakan atau pelampung yg disediakan. Ada banyak pelampung, so far mencukupi lah.
Lego2 yang terapung ni pun banyak. So kutip lah yang mana dapat dicapai, dan binalah kapal anda sendiri. gituuuuu.... haha.
3. Joker Soaker
Di sini memang puas hati anak2 nak main slide. Tapi slide yang tinggi2 ada had ketinggian lah.
slide untuk anak tak cukup saiz haha |
Di sini juga ada baldi besar yang tumpahkan air tu. so menjadi tumpuan para pengunjung.
4. Lego Wave Pool
Untuk ke kawasan ini, kena naik tangga sikit. Lego2 tadi tak dibenarkan di bawa melepasi kawasan ni.
Di sini tak berapa ramai orang. Maybe sebab tak ada apa2 aktiviti selain bermain ombak. tapi good spot untuk ambil gambar berlatarbelakangkan LEGOLAND.
5. Red Rush
Ini adalah slide bulat yang boleh naik 4 orang. Maybe boleh lebih, tak sure pasal tu. Yang seronoknya slide tu tak perlu nak angkut naik atas, ada rail sendiri. Ride ni ada had ketinggian ya. Anak saya yang 3 tahun hanya mampu meratap di tepian bersama2 saya sebab kena jaga dia haha.
6. Twin Chaser
Slide juga, sebelah saja dengan red rush tadi.
Slide yang warna hijau tu untuk single. Kena pakai baju mandi ya. tshirt tak dibenarkan. Maybe takut tak smooth turunnya, berlanggar pula dalam tu nanti.
Yang syoknya area ni ada disediakan tempat untuk kanak2 tak cukup tinggi bina boat. so dapatlah anakku itu menghilangkan rasa sedih tak dapat ikut kakak dan abang2 naik slide.
Bukan sekadar bina bot ya, boleh diuji ketahan bos merentas arus gitu.
hai.. saya lah budak tak cukup tinggi tu haha |
7. Brick Blaster, Splash n Swirl, Tidal Tube
Sebelah menyebelah je slide2 ni, sebab tu saya kumpulkan je.
Area ni memang seronok dapat naik slide. Tapi yang tak syoknya kena angkut pelampung tu. Berat dan susah weh..... Tambah2 yang brick blaster sebab pelampung besar.
brick blaster |
8. Lego Slide Racer
Ok ini the best haha. Sama macam di Bukit Gambang Waterpark (boleh baca di sini).
Slide ala2 superman haha. Nak naik tangga tu semput la juga, tapi bawa tikar je so tak berat.
saya dan 3 anak |
Kita akan melalui slide tertutup dulu, baru sampai ke opened slide macam tu. Banyak round juga la naik tu.
Alaaaa dah habis pula cerita Legoland Waterpark ni haha. Macam saya cakap mula2 tadi, kecil je tempat ni tapi best. Harga makanan sama macam themepark, mahal weh.... huhu. Ayam goreng sepinggan (tak sure berapa ketul) RM35. Since kami masuk petang, takde la kelaparan sangat. Cuma bawa bekas air legoland dan refill lah.
Bekas air ni RM35 (ke 38 ek? mmmm). Boleh bawa masuk waterpark dan themepark. Refill RM5 kalau guna air punch. Restoran yg tak ada air punch, dia akan bagi yang dalam botol 600ml tu, RM6. Guna premium pass dapat la 10% so RM5.40 hihi.
Surau untuk solat ada sebelah tempat salin baju. telekung ada banyak, dont worry. Kedai souvenir pun ada baju, towel, goggle dll. duit je perlu disediakan huhu..
Yang paling penting........... jangan lupa cover hp supaya tak masuk air
ni saya punya |
Beli kat luar baru RM18. Dalam Legoland RM120 ok, mampu???? haha. Oklah setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga entry ini membantu.
Terima kasih sudi baca.
No comments:
Post a Comment