Assalamualaikum wbt...
Entry sebelum ni saya dah share perjalanan kami ke safari park masa 1st day dan ke water theme park masa 2nd day. Jadi third day ni kami kemana pulak ye....
Malam kedua kami menginap di banglo MARA yg hebat tetapi murah itu. Untunglah pegawai MARA ye. Kami check out pun dalam pukul11, sebab kena ke pejabat MARA sekali lagi untuk hantar balik kunci. Lepas tu, kami terus ke warung paksu dan maksu untuk makan goreng2.
warung paksu maksu ni terletak di Tanjung Lumpur. Lebih kurang 10minit saja dari banglo MARA tu. Dalam waze dan google maps pun ada.
Saya tahu berkenaan tempat ini hasil bacaan dari en google. Memang datang sini targetnya nak makan seafood goreng terutamanya sotong goreng tepung.
antara makanan yg ada |
Selain goreng-goreng ni, ada jugak laksam, nasik kerabu, kuih-muih, dll. Harga pun sangat berbaloi.
harga yang sempat ditangkap |
menu |
Sotong goreng tepung pukul 1 baru ada. Nasib baik warung ni dekat dengan masjid. So orang lelaki bolehla pergi solat jumaat dulu sebelum makan sotong. Orang perempuan pulak makan lah selagi boleh hehe.
sementara tunggu sotong |
sotong yang dinanti |
encik crab |
Lepas makan2 ni, kami pun tak ada apa2 aktiviti penting. Terus saja ke next penginapan kami iaitu di Samsuria Beach Resort. Itu saya akan cerita dalam next entry ye... Bye2 Paksu Maksu. InsyaAllah datang lagi
ini pandangan dari seberang jalan. on the way ke hotel |
Terima kasih sudi baca. Assalamualaikum.
Kami pn nk singgah hr ni.. Tq share review dear
ReplyDeleteAllahu akbar, lupa nak usha minggu lepas ms ke sana, mmg sedap sbb pernah singgh seblm ni
ReplyDelete