Tuesday, March 28, 2017

Travel: Kuantan - Rumah MARA Kuantan

Assalamualaikum wbt,

Entry sebelum ni saya share berkenaan aktiviti kami di Bukit Gambar Waterpark. Dari waterpark, kami ke rumah kedua kami iaitu Rumah Rehat MARA Kuantan. Malam pertama kami di homestayria, malam kedua kami di sini pulak. Kebetulan adik ipar saya cikgu MRSM, dapatlah kami sekeluarga merasa homestay mewah dengan harga yang murah ya amat. Kami dapat banglo 3 bilik, semua bilik ada aircond, dengan harga RM30 semalam. Wallawehhhhhh...

banglo kami

Lepas keluar saja dari waterpark, kami terus ke bangunan mara. Perjalanan dalam 15-30minit sebab agak jammed masa tu. Adik ipar saya yg naik ke pejabat MARA dan uruskan kunci dll. Jom lihat apa yang best pasal rumah ni.





pemandangan waktu pagi

laman yang besar

ruang tamu ada tv tapi tak ada aircond

bilik 1, katil single +  aircond
bilik 2, 2 katil single + aircond
  
bilik 3, 1 katil queen + aircond
dapur dengan air bertapis, dan mini fridge
Ada dapur memasak, tapi gas habis masa kami pergi ni  

toilet 1

toilet 2



Untuk dinner, kaum lelaki ke kedai makan berdekatan dan tapau saja makanan. Kami dapat 1 malam saja disini, sebab malam lain fully booked. Alhamdulillah dapat juga merasa dengan harga yang amat berpatutan.

InsyaAllah entry seterusnya saya akan share perjalanan kami seterusnya untuk makan sotong goreng tepung, dan penginapan kami seterusnya di tempat lain pula.

Terima kasih sudi baca.

4 comments:

  1. ade no contact rumah rehat ni x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik ipar saya book melalui MARA website sebab ni MARA punya

      Delete
  2. Periuk nasi ada x... Klu nk msak ler... Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak ada. saya pun x masak masa tu, hanya nak panaskan nasi tapi gas dah habis pula

      Delete