Assalamualaikum wbt...
Kami di Kuantan di 3 malam, dan ketiga-tiga malam tu menginap di hotel yg berbeza. Penginapan ketiga ni kononnya nak dekat dengan pantai Cherating. Tapi akhirnya tak pergi pun pantai Cherating. hmmmm...
Kami menginap di Samsuria Beach Resort. dalam agoda pun ada. Tapi saya book terus dari website resort ni http://samsuriabeachresort.com/intro.htm. Mula2 ingatkan via web harga lagi murah. Rupa2nya harga di web tak termasuk GST. Bayar pula masa nak check in, teruskan jela membayarnya...... Total termasuk GST untuk 3 bedroom suit lebih kurang RM530.00.
|
sudah sampai |
Jom tengok suite kami. Kami level 1. naik tangga boleh, lift pun boleh.
|
dapur. boleh memasak |
|
ruang makan sebelah dapur |
|
ruang tamu |
|
bilik 1: katil queen. view: pool |
|
toilet bilik 1. ada bath tub |
|
masih lagi bilik 1 hehe |
|
view dari bilik 1 |
|
bilik 2: 2 katil single |
|
bilik 3: 2 katil single |
Bilik 2 dan 3 share bilik air. Bilik air tu tengah di antara dua bilik ni. Tapi tak ada bath tub ya.
|
bilik air 2: share antara bilik 2 dan 3 |
|
sebelah dapur. untuk sidai baju |
Kelebihan resort ni, ada private beach. Swimming pool tu of course lah kan. Cuma ombak di private beach tu ganas sangat. So mampu kuis2 kaki jele..... haha.
|
ada tempat lepak berbumbung tepi pool |
|
tempat lepak yang dimaksudkan
|
|
dolphin jadian |
Jom tengok ombak ganas hehe
|
i love beach |
|
menanti ombak sambil menikmati twisties |
|
tempat BBQ |
|
view resort dari pantai |
|
dipukul ombak gitu |
|
aktiviti wajib di pantai haha |
|
dah jom balik resort |
Resort ni juga ada sediakan beberapa aktiviti. Boleh tengok dalam gambar di bawah ni ye.
Ini pulak menu yang boleh diorder dari bilik.
Tapi kami tak ambil pun room service. Malam tu kami keluar makan di kedai tepi jalan berhampiran. Ada lah beberapa kedai.
|
kedai pilihan kami. tak nampak pulak signboard |
|
kedai kami tepi caltex. kedai ini terjumpa saja, tak letak dalam list pun |
Seronok menginap di Samsuria ni. Sangat dicadangkan untuk family dengan anak kecil. Tapi pantai tu tak digalakkan lah kot, kuat betul ombak. Tak ramai pun yang mandi pantai masa saya pergi ni.
Oh 1 lagi, jalan keluar/masuk resort ni masa saya pergi berlubang teruk jugak. Malam masa kami nak keluar makan tu siap 1 jalan tutup sebab ada pokok tumbang. Nasib baik ada jalan lain. Sekitar resort ni pun banyak resort2 kecil/homestay yang lain.
Ini saja perkongsian saya kali ni. terima kasih sudi baca. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment