Tuesday, February 14, 2017

Travel: Kuantan - Bukit Gambang Water Park

Assalamualaikum wbt..

Entry sebelum ni saya dah share hari pertama kami di bukit gambang safari park. Kami beli combo tiket untuk safari dan water park, RM65/dewasa dan RM45/kanak2. Masa masuk ke safari tu, dia bg pakai tag di tangan. Tag tu boleh buang lepas keluar. Sebab nak masuk waterpark ni, cukup dengan tunjuk resit belian. Diorang akan bagi tag yang baru.

Dalam waterpark ni, jual beli dan sewaan tak pakai cash. So kena topup siap2. Apa2 urusan jual beli, diorang akan scan barcode pada tag kita dan deduct dari situ. Nak topup tag tu, kaunter sebelah saja dengan sewa pelampung.

Kami masuk pun dalam pukul12. Sebab pagi tu hujan. Alang2 kami terus check out dari homestay. Dekat saja waterpark dengan homestay, dalam 10minit.

1. Permainan dalam waterpark

Pada pandangan saya, Gambang waterpark ni tak begitu besar. Tapi seronok sbb dapat enjoy semua yg ada. Pengunjung pun tak ramai hari tu.

waterpark map

Masuk2 je kami duduk di kerusi yg ada berhadapan dengan coco beach. Sebelah cabana. Kalau nak cabana, kenalah sewa. 

coco beach

Anak2 memang mandi coco beach ni terus. Tapi saya nak main game dulu. So saya dan adik2 pergi main slide. Ada banyak jenis slide kat sini. Tempat naik pun bersebelah2. Cuma letihla asyik kena panjat tangga.

Slide yg pertama saya naik ialah 6-lane racer, kena meniarap. Ada kot 4 kali naik. Best ya ampun.

6-lane racer
Slide yg lain tu macam biasalah, lebih kurang dengan waterpark lain. Ada crystal slide, galaxy slide, dan canopy slide. Next kami naik family raft.

Sekali naik boleh 4-6 orang, so laju la jugak beratur.

Untuk anak2 pula, diorang enjoy sangat di penguin island. Memang sampai balik diorang spend masa kat sini. Sebab slide kat sini diorang boleh naik turun tanpa perlu pantauan  dewasa.


kids slide di penguin island



Aqua play

Selepas bermain2, jangan lupa kolam wajib iaitu Glacier River. Pusing2 theme park ni melalui sungai.

kaum kerabat




family kecilku
2. Kedai makan

Macam yang saya cerita di atas tadi, jual beli di dalam ni tidak menggunakan cash. Kena topup siap2 dalam tag kita. Kedai makan ada banyak, dan sedap jugak. 


antara makanan yg ada


Burger, hotdog dan wedges ni saya beli di island kiosk, di penguin island. Sambil teman anak mandi, apa lagi yg boleh dibuat selain makan kan.... hehe. Kalau rasa nak makan nasi ayam pun ada juga, di penguin express.


harga makanan di penguin express


Pada saya, tidaklah mengarut harga makanan, standard lah kan.

3. Surau

Surau pun disediakan di sini. Cuma saya tak berkesempatan ke sana, saya solat di atas cabana saja. Pinjam sekejap lah. Masa saya pergi ni boleh dikatakan cabana depan coco beach tu semua kosong. So bolehla tumpang solat. Sebelum pukul 6 petang, kami dah keluar. Hujan pun renyai2 je dari pagi tu. 

Kami dah check out dari homestay sebelum ini. Malam ni kami akan bermalam di rumah rehat MARA sebab adik ipar saya staf MARA. Memang hebat rumah tu. Dinner pulak bungkus aje dari food court berdekatan. InsyaAllah akan dicerita di dalam next entry.

Terima kasih sudi baca, assalamualaikum.




















8 comments:

  1. Senoroknye..bila lh dpt g..ni thun bila punya entry en..seronoknye plus excited plk..tggu gambang waterpark i coming ..haha

    ReplyDelete
  2. Awak.....penguin island tu bukam tempat yg ada gelongsor ke...blur jap...huhu

    ReplyDelete
  3. Macam menarik ni..minta Minta telipon pegawai mara, sbb sy booking bilik..sy berhjt nk gambang cuti sekolah bln12 ,ni

    ReplyDelete
  4. kat dalam waterpark tu, tiap kali nak main permainan kena bayar ke?

    ReplyDelete
  5. Berapa anggaran masuk n main game kat dalam?dalam 3 org

    ReplyDelete