Monday, January 16, 2017

Travel: Kuantan - Homestay Ria

Assalamualaikum wbt..

Entry sebelum ni saya dah share perjalanan hari pertama kami ke Bukit Gambang Resort. Sampai2 je kami terus masuk safari park. Hari kedua baru kami akan ke water park. So malam tu kami menginap di homestay area Gambang sahaja. Homestay pilihan kami ialah Homestay Zakaria. Ni link homestay http://homestayria.blogspot.my/.

Owner dia ada banyak homestay di Kuantan. Homestay yang kami menginap ni merupakan banglo 5 bilik. RM350/malam. Adik saya yang berurusan dengan owner ni. Bayar deposit RM100 untuk booking. Pada hari nak check in tu, adik saya yg ambilkan kunci dari owner dalam pukul3 petang sebelum masuk ke Safari park.

Bilik dia semua ada katil dan at least 4 bilik ada aircond. Sebab bilik kelima tu saya tak perasan ada aircond ke tak. Toilet ada 2 di dalam bilik, dan 1 lagi di luar bilik. Dapur gas ada, peti ais, mesin basuh. 

Kedudukan homestay ni tak sampai 5 minit pun dari Bukit Gambang resort. Dalam kawasan perumahan. Tanah homestay ni luas betul. Dalam kawasan homestay ni, dia buat 1 rumah untuk makan. Katanya dia nak buat breakfast sekali untuk penyewa homestay dia. Fuyyyoooo... bolehla sewa lagi nanti.

contact number owner

ruang tamu
Dalam gambar atas ni, sebelah kiri ada 1 bilik yg terbuka, dan nampak pintu tandas (shared). Sebelah kanan pula nampak ruang dapur. Yang dinding macam papan tu, bilik tambahan. Ada  toilet di dalam dan 1 katil queen.

bilik tambahan tadi, dengan toilet

bilik 2 dengan toilet
Bilik 2 ni lebih luas. Maaf lah memang bersepah dengan barang2 sendiri. Owner sediakan toto tambahan dan bantal2 tambahan. Banyak sungguh bantal extra dia bagi. Tilam pulak sedap weh tidur.

dapur
Kami hanya guna kemudahan dapur dan peti ais. Mesin basuh tak try pulak.

ruang tamu dan meja makan
Meja makan dengan 6 kerusi pun disediakan.

Saya sangat berpuas hati dengan homestay ni. RM350 untuk 5 bilik, complete semua sangat berbaloi. Untuk TV dia pakai njoi rasanya. Tak tengok sangat sebab letih.

Kami menginap 1 malam saja di homestay. Hari kedua tu dimulai dengan hujan. Adik ipar saya keluar beli sarapan (nasi lemak dan roti canai). Nak tunggu hujan berhenti, memang tak nampak tanda2 nak berhenti. Tapi disebabkan tak terlalu lebat, kami teruskan juga ke Bukit Gambang waterpark. Saya akan cerita di next entry insyaAllah.

Oh, adik saya dah bayar fullpayment masa ambil kunci hari nak check in. Masa nak check out, owner datang collect kunci.

Terima kasih sudi baca.



No comments:

Post a Comment