Assalamualaikum wbt...
Aktiviti cuti sekolah bermula.... yeayyyyy... Percutian beramai-ramai jugak. Summary percutian 3 hari 2 malam kami seperti berikuut:
30 Nov 2016 (Rabu): Bukit Gambang Safari Park
1 Dis 2016 (Khamis): Bukit Gambang Water Park
2 Dis 2016 (Jumaat): Cherating
Jadi kita mulakan dengan hari perjalanan iaitu 30 Nov 2016 (Rabu). Kami bertolak dalam pukul 9.30 pagi dari Shah Alam, dalam 12.30 tengahari sampai di Bukit Gambang resort.
pintu masuk |
Hari pertama ni kami ke safari sahaja. Esok baru nak ke waterpark. Bangunan yang sama je untuk kedua2 park ni. Jom parking dulu.
parking dalam bangunan. free, |
Serius tak ramai pun masa kami datang ni. Dapat parking baik punya sebelah lif. Lepas park, kami terus naik ke level Safari untuk beli tiket.
harga tiket |
Disebabkan kami nak join kedua2 park, jadi kami beli combo tickets:
RM65/dewasa
RM45/child or senior citizen
Boleh masuk hari berbeza, bawa je resit esok. Gelang tiket yang dia bg harini untuk safari park boleh dibuang, esok dpt gelang baru. Nak dijadikan cerita, saya terlupa nak tanya limit umur untuk senior citizen. So saya terbayar harga adult jugak huhu... redhoooo jela.
Lepas beli tiket yang tak perlu beratur langsung sebab tak ramai orang tu, kami memenuhi perut masing2 dulu. Almaklumlah, bawa mak memang akan ada sesi berkelah. Hoyyeeee... haha. Banyak tempat yang boleh duduk untuk makan2.
jemput tengok... |
Dah habis makan, turun balik simpan bekal dalam kereta, barula masuk safari park. Dekat pukul2 jugakla baru masuk. Apa2 pun, study dulu showtime, baru boleh plan perjalanan dengan tenang.
showtime. masa kami pergi, refer yang SCHOOL HOLIDAY |
safari park map |
Map boleh di download di sini.
Show yang kami join
Semua show kot kami join haha.... Perjalanan kami dalam safari seperti berikut:
2.00pm: Wonderful Birds Show
3.00pm: Predator Show
Naik tram round Safari Park
6.00pm: Multi-animal show
Night Jungle
Dinner
7.45pm: African Yabara Fire Show
8.15pm: Tarsan Show
Balik
Wonderful Birds Show
Dari pintu masuk nak sampai ke tempat show ni agak bebal jugakla berjalan haha. Tapi bila dah sampai, tempat2 show lain berdekatan saja. Pintu masuk yang jauh.
Persembahan burung ni seperti yang biasa dilihat di mana2 bird show. Ada la tambah2 burung lain sikit. Dan yang penting boleh pegang burung. Tapi kena bayar leee.. hehe
RM5 |
Kalau nak burung terbang ke tangan kita macam dalam gambar di atas ni, kena bayar RM5 atau RM10. Bila dah habis show, boleh bergambar dengan helang, RM10 jugak.
RM10 untuk bergambar dengan helang |
Masa nak bergambar ni, helang ni kepakkan sayap dia. Fuhhh... berkibar tudung den.
yang ni free... lepas bergambar |
Lepas habis bird show, jom ke predator show pulak.
Predator Show
Perlu menapak jugak nak ke predator show ni. Merentas kepanasan gurun huhu. Tapi diorang sediakan payung. Dont worry...
penonton dan payung yang disediakan |
white lion |
Rasa macam boring jugakla tunggu show ni. Banyak haiwan yang terlibat. Tapi pertukaran dari 1 haiwan ke haiwan yg lain tu ambil masa terlalu lama. Contohnya show kambing dah habis, tapi tapir tak masuk2. gitu la... muzik punyala suspen. ingatkan harimau terbang ke apa... hehe. Show ni lebih kepada kelakar la tengok aksi haiwan tu. Macam hafal skrip je masing2.
Tram
Next show pukul 6 pm. Ada dalam 2 jam lagi. Marilah kita round safari naik tram. Stesen tram ni dekat dengan predator show tadi, dan free (dah termasuk dalam harga tiket).
tram |
Tram ber'aircond', alhamdulillah. Selepas menempuh gurun sahara ke predator show tadi, moleklah naik traim ber'aircond' ni hihihi. Total perjalanan dalam 30minit. Sangat menarik. Tapi banyak terhentak2 sebab jalan yang berlopak dan berbatu dan berbukit. Memang seriau habis...
Kawasan yang dilalui ada beberapa bahagian. Nanti pegawai dia akan explain. Ada kawasan harimau, singa, dubuk, lembu dll.
badak berendam. Dia intai je... haha |
ostrich datang say hi.. |
hei siapa di luar, kami di dalam |
lembu albino |
Gambar singa dan harimau pun ada, tapi tak diletakkan disini sebab malu tengok muka sendiri hehe.
Solat dan Souvenir
Dah habis 1 round tram, masih belum pukul 6 untuk next show. So kami nak kembali ke pintu masuk untuk solat dan shopping souvenir sikit. Tapi kan jauh pintu masuk tu.... Maka tram juga menyediakan servis untuk ke pintu masuk, dengan caj RM2/orang/way. Kalau dari pintu masuk nak ke stesen sini pun RM2/orang/way. Marilah membayar dengan senyuman haha.
kedai souvenir |
Surau sebelah je dengan kedai ni. Kami lepak dalam surau lama jugak la. Memang tak ada pengunjung lain dalam surau.
kedai souvenir |
Lepas selesai solat dan shopping, kami menuju ke hall untuk multi-animal show. Tapi masih awal sebenarnya. Jadi kami ke 'nursery' depan hall tu. Tak ingat la apa nama betul 'nursery' ni. Ada haiwan2 ladang. Kita boleh bagi makan carrot atau kacang panjang. Tapi sebekas RM5 la. Dedak burung pun RM5.
cik kam |
puan nab |
berkejar-kejaran dengan merpati kekdahnya |
maskot |
Maskot ni tiba2 je muncul. Takde pulak apa2 show yg ada maskot. Dia lalu gitu2 je kot, hiburkan kanak-kanak. Sambil2 menunggu di luar hall, ada kedai kecil jual maggi, jagung, keropok. Bolehla menternak lemak sedikit sebanyak haha.
Multi-animal show
Pukul 6, animal show pun bermula. Haiwan2 yang terlibat macam monyet dll. Anak saya pun ada ke depan bila dipanggil volunteer.
hai nama saya yusuff |
Mula-mula happy la dia dapat bercakap depan tu. Rupa2nya volunteer untuk................................................................................................................................................................................
pegang ular |
Terkepit2 anak saya kat depan tu haha. Tapi dia cuba jugak untuk pegang ular tu. Tahniah Yusuff.
Night Jungle
Multi animal show tadi pun lebih kurang 30 minit. Next show 7.45pm. Marilah kita ke night jungle. Tapi sebelum tu kami makan2 di cafe yang ada. Lapik perut saja. Set nasi ayam kalau tak silap dalam RM12++.
Night jungle ni buka 6-8pm kalau tak silap.
to the left to the left.. |
Ada 2 bahagian dalam ni. Bahagian 1, haiwan2 dalam kandang batu. Tak berapa nampak haiwannya sebab lampu samar2. Antara haiwan yang ada ialah sloth. tapi penjaga tu kata dia pun tak pernah nampak sloth tu keh3. sebab sloth kan lembab ya ampun pergerakannya. dan tak banyak bergerak.
bahagian 1 |
Di hujung bahagian 1, ada bahagian 2 yang dinamakan jungle walk. ala2 mini zoo jugak yang menempatkan haiwan2 hutan macam harimau kumbang, kucing hutan, dan babi hutan. kita nampak dari atas.
maskot |
bageera |
Habis round night jungle ni, kami ke tempat gajah pulak. nak suap makan, kena beli makanan la. dalam rm3-5.
jemput makan cik jah |
African Yabara Fire Show
Hampir 7.45pm, kami mengambil tempat duduk (bersila atas lantai je) untuk show api. Okla show ni, lebih kurang show-show api yang pernah dilihat.
pusing-pusing api |
hembus api |
Tarsan Show
Show ni dalam dewan depan show api tadi. Terus je masuk dalam dewan lepas habis show api. Sepatutnya start 8.15 pm, tapi lebih 8.30pm baru start. So saya syak dia guna pelakon yg sama dengan show api tadi. dan memang ya pun... haha. So ambil masa sikit la diorang nak salin baju.
aaaaa aaaaa aaaaaa... kata sang tarzan |
antara scene yg ada |
Show ni best. Ada unsur2 kelakar dan stunt. Ada juga sunbear (kot..) jadi pelakon tambahan. Pandai menghayati watak haha. Berbaloi la kami bersengkang mata menunggu show.
Akhirnya tamatlah perjalanan kami ke safari park. Malam tu kami bermalam di homestay. Saya akan share di entry akan datang. Homestay best dan berbaloi2..... See you next entry insyaAllah.
Terima kasih sudi baca.
Saya teringin nak pergi...hehe...tu yg jalam jalan sampai sini =)
ReplyDeletememang best. sangat dicadangkan
Deletegood info.. bleh tiru itinerary kt dalam tu utk tgk show. plan nak pergi ujung bln 1 next year :)
ReplyDeleteTQ tuan rumah :)
sama2. tq sudi baca
Deletekalau nk cari homestay..
ReplyDeleteboleh try menginap di Alif Nun Homestay Gambang.
call/wassap: 019-6024673
teres setingkat/3 blk tidur/2 blk air
Hai awak...nak tye masa masuk baru beli tiket atau boleh beli online..
ReplyDeletesaya beli di kaunter 1 hari sebelum, combo ticket. boleh baca di sini http://humairahadi.blogspot.com/2017/01/travel-kuantan-bukit-gambang-safari-park.html
DeleteWahh..bestnya!!
ReplyDelete