Thursday, December 29, 2016

Travel: Kuching - Hotel Grand Margherita

Assalamualaikum wbt...

Berkarat dah rasanya cerita Sarawak ni. Tapi saya akan cuba habiskan, insyaAllah.
Entry sebelum ni saya dah cerita kisah seharian kami dari pagi ke Sarawak Cultural Village. Kemudian terus naik bot tambang demi sesuap kek lapis. Malam tu tanpa mandi terus ke Top Spot untuk dinner. Dalam pukul 9 malam barulah dapat check in ke hotel... pffffttttt....

Check in: 30 Ogos 2016 
Harga: RM245
Jenis bilik: 2 super single beds

Grand Margherita sebelah kiri
Masa kami naik bot tambang petang tu, dah nampak Grand Margherita dari kejauhan. Dalam hati saya 'kenapa macam buruk je hotel ni...' haha. Tapi sebenarnya dalam dia sangat cantik. Jangan judge dari luaran la kekdahnya.

Masa check ini kelam kabut sikit. Sebab hotel ni tengah upgrade, so ciri2 yang dicerita dalam Agoda tu tak sama dengan ciri sebenar hotel. Dari segi bilangan katil maksudnya. Saya dapat bilik yang 1 queen saja, manala muat nak sumbat 6 orang huhu... So saya minta tukar. Dapatlah bilik yang ada 2 super single. Bolehlaaaa... tak ada bayaran tambahan. Saya pun terlupa nak ambil gambar bilik.....

ni je gambar yang ada haha
lebih kurang macam ni bilik. tapi 2 super single

Keesokannya saya dan anak seorang saja yang turun untuk breakfast. Nak balik dah harini. Merdeka!!!! sebab 31 Ogos hehe





sarapan sedap


beround-round


boleh tahan luas

jawab survey pasal service cafe ni
Lepas makan, terus check out dan bergambar dengan tugu kucing depan hotel. lintas jalan sekangkang kera ja haha. Parking kena bayar RM10. Sebenarnya free sebab menginap di hotel. Tapi saya malas nak patah balik ke receptionist untuk cop.




tugu tumpuan

Masa nak bergambar ni tak ramai sangat yang beratur. 3 family macam tu. Ok la... Masa ni dalam pukul 9 pagi. Nak round2 sikit lagi di bazar di Waterfront. Sentuhan terakhir gitu... Tapi sejam jela masa sebab nak kejar flight pulak.

last round di bazar


Sempat pergi draw duit lagi pagi2 buta ni. Bank apa ntah, tapi bukan CIMB Maybank dll yg common tu. Kena caj dalam RM4 ko... haha. Selalu RM1.06 je kan kalau MEPS. Sempat lah beli sikit-sikit key chain dan tikar Sarawak saiz kecil untuk kenangan. Terus ke airport lepas shopping. Kereta pun owner ambil di airport saja.

dah jom balik

ni je barang bawa balik hehe

Disebabkan saya tak ambil kotak untuk kek lapis, anak-anak la galas dalam backpack diorang. Saat-saat akhir sebelum naik flight, makan lagi mee kolok di airport.

mee kolok airport

Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik selamat dan lancar. Sesungguhnya saya dah book 1 lagi trip ke Kuching sebab bawa mak pulak. Dah ada experience kan, senang sikit nak plan.

Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi di next entry










No comments:

Post a Comment