Thursday, October 20, 2016

Travel: Kuching - Sarawak Cultural Village, Santubong

Assalamualaikum wbt...

Tarikh lawatan: 30 Ogos 2016 (Selasa)

Entry sebelum ini saya bekongsi tentang penginapan kami di Damai Beach Resort. Best resort tu, tapi sebab nak kejar masa, tak sempat menghayati keindahan pantai Damai. Tujuan menginap di resort tu sebab dekat dengan Sarawak Cultural Village (SCV) ataupun Kampung Budaya Sarawak. 

Lebih kurang pukul 10 pagi kami check out, terus ke SCV. Dalam maps kata 500m saja dari resort. Memang pun, depan je dengan Damai Central yang kami pergi dinner semalam. Dekat ya ampun...

pintu masuk. ni gambar masa nak balik dah

Harga tiket RM60 dewasa dan RM30 kanak2. Kami berenam total RM210, sebab baby free. Boleh bayar pakai debit kad (kredit tak sure), tapi kena bayar di kedai cenderahati kat dalam. Kat kaunter cash aje.

1. Passport
Lepas bayar, kita akan dapat passport seorang satu. Isi kandungan sama saja dewasa dan kanak2. Warna cover saja lain sikit. Passport ni akan ada info tentang kaum2 di sini, dan juga peta tempat ni.


Di setiap rumah, akan ada tempat untuk cop, menandakan kita dah lawat rumah tu. 

cop cop cop
Tak dapat apa2 hadiah pun cop2 ni ye. Untuk keep track sahaja.

2. Rumah-rumah Budaya

Ada lebih kurang 8 rumah rasanya (malas nak buka balik passport). Masa kami pergi ni, rumah penan saja yang under renovation, rumah lain semua boleh lawat. Jom tengok gambar2 kami semasa melawat rumah2 yang ada.

peta SCV


cubaan meniti
 Seronok tengok anak-anak explore budaya orang lain. Macam-macam soalan yang ditanya

rumah pertama
Dalam setiap rumah, diorang ada jual cenderahati dan juga makanan. Fridge magnet pun ada. 

anak main gendang dlm rumah melayu
 Rumah melayu ni memang mengimbau kenangan zaman kecik dengan tok. Katil besi, almari solek, kukur kelapa dll. Masa kami sampai, diorang terus start menyanyi. Anak saya pun joinla ketuk gendang. Kenangan yg sangat manis.

Antara gambar2 yang sempat captured di sana. Tapi tidak mengikut susunan, dan tak ingat rumah apa haha...



rasanya ini rumah yang pertama



Ada sesetengah rumah yang boleh naik bawa stroller. Tapi kebanyakannya kena naik tangga.

apakah nama alat ini? mari kita fikirkan hehe
  


rumah yang paling tinggi. rumah orang ulu



ini bawah rumah melayu. memang mengembalikan memori


3. Persembahan Kebudayaan

Ada 2 kali persembahan, 11.30 pagi dan 4.00 petang. Kami tengok yang pagi. Disebabkan kami sampai sana awal, kami jalan2 dulu di dalam tu, lepas tu baru patah balik untuk tgk persembahan.
Tempat persembahan ni di dalam dewan, depan pintu masuk. kena naik tangga. Surau dan tempat lunch pun kat sini jugak.

belakang anak saya tempat persembahan. sebelah kanan tu pula kedai souvenir
jom panjat
Jangan risau, ada je tangga biasa untuk ke atas. Laluan untuk stroller pun ada. Anak saya ni suka sangat tangga jenis ni. Rumah2 budaya tadi pun semua dia nak panjat. Kita yang seriau.

persembahan
Sangat best persembahan ni. banyak surprise... haha. Tak boleh cerita la sbb nanti hilang surprise. Persembahan dari kebanyakan kaum rasanya. Sebab Penan tak ada pulak.
Kalau ikutkan bacaan saya dari blog2 lain, ada juga persembahan di setiap rumah yang dikunjungi. Tapi masa saya pergi ni, persembahan hanya di dewan ini saja. Maybe sebab weekdays.

Lepas persembahan bolehla ambil gambar dengan penari2.

anak saya tanya penari tu, awak orang apa. dia suruh tunjuk dalam passport tu
sempat bergambar sebelum keluar. Si kembar tu mmg suka buat gaya merepek
  Memang puas hati sangat dengan persembahan ni. Jangan terlepas ye. Rugi.

4. Makan tengahari

Tempat makan adalah di sebelah dewan ni sahaja. Ramai pengunjung yang makan lepas persembahan tadi. Kami taknak makan lagi sebab ramai. So kami round dulu. Sebelum keluar baru makan.

menu yang ada
Kami order set yang last, Dapur Etnik Sarawak. Order 1 set saja. Lauk boleh makan 3 dewasa. Kami tambah nasi putih 1 dan air selasih 1. Dalam set dah ada 1 air selasih. Anak2 saya makan sikit2 saja. Makan aiskrim je lebih.


set kami
Saya memilih untuk makan di sini sebab keunikan cara hidang tu, dalam tempurung. Rasa pun sedap dan tak begitu mahal.
Lepas makan, kami pun keluar dari SCV ni dan balik ke Kuching. Tukar hotel lagi... haha. 
Sebelum keluar, jom bergambar lagi.

Rainforest World Music Festival
Event ni lebih kurang seminggu sebelum kami datang. Time tu maybe agak padat pengunjung.

luar SCV 
Macam yang saya cakap sebelum ni, SCV ni berhadapan saja dengan Damai Central. Tapi tak sempat nak ambil gambar dengan tugu kenyalang putih sebab nak balik ke Kuching.

Kek Lapis Dayang Salhah

Sebelum check in hotel di Kuching, kami jalan2 cari kek dayang salhah dulu. Kali ni nak borong banyak. So kami akan menyeberangi sungai dengan bot tambang. Kereta park di waterfront.

banyak tugu kucing di Kuching
bot tambang
Bot tambang ni rasanya RM1 seorang. Ini pun saya tahu hasil bacaan dari blog lain. Sebab pakcik yang bawa bot ni tak cakap apa pun. 30 saat dah sampai seberang. Kami angkut stroller tu sekali tau haha. Ada banyak bot. Memang kerap dan banyak penumpang la termasuk penduduk tempatan.

Sampai di seberang sana, kami singgah surau untuk solat dulu. 


pekan kecil dan mendamaikan
 Kalau tak silap nama kampung ni kampung Boyan dan Gersik. Kedai kek Dayang Salhah tu tersorok sikit. Banyak sebenarnya kedai kek lain. Tapi dah orang suggest Dayang Salhah, kami pun ikut aje... haha.


tester
Punyala happening tester kek2 sini. Kenyang makan tester saja. Macam2 perasa ada di sini termasuklah Pandelela. Tp Pandelela mahal sikitla, RM25 sebungkus. Untuk bayaran, boleh guna debit kad untuk belian lebih RM100.

Dah habis beli kek, kami nak balik ke seberang sana dengan menaiki bot jugak. So RM2 seoranglah kira sbb 2 perjalanan. Boleh jugak nak naik kereta ke sini. Saya dah tanya penduduk tempatan, katanya jauh kalau naik kereta.

Sebelum naik bot balik, kami minum dulu di food court. sebelah jeti je.
jom balik ke jeti
Banyak orang jual ikan terubuk macam dalam gambar atas ni. 

minum dulu

hasil belian tadi. 13 kotak je kot
Diorang ada offer nak bg kotak untuk letak kek. Saya yang taknak.

Makan Malam di Top Spot

Tak berakhir lagi hari kami hari ni... balik dari beli kek dayang salhah, marilah kita mencari makan malam. Walaupun masing-masing dah comot dari SCV pagi tadi. Topspot ni tidaklah jauh mana dari hotel yang kami bakal menginap. Terletak di dalam bangunan UTC. Kami parking dalam parking UTC tu (berbayar). Cuma minta maaf sebab tak ingat parking level berapa. Dari parking tu ada lift, terus ke tingkat 6, dah sampai Topspot. Kami makan di kedai no.25, seperti yang dicadangkan oleh banyak blogger.

kedai 25
antara pilihan yang ada
Kami ke sini dulu sebelum check in hotel sebab takut tak ada seat. Hampir pukul7 kami sampai. Alhamdulillah masih banyak seat.



menu kami malam tu
Kami ambil ketam 2 ekor, siput sedut, udang dan sayur midin. Total RM60+ rasanya. Makan tak habis pun. Bungkus sambung makan di hotel. Mahap ye pihak hotel... hehe.

Lepas makan barulah kami check in hotel... Hotel ketiga dan terakhir sepanjang bercuti di Kuching. Cerita hotel ni di next entry ye. Terima kasih sudi baca.
















4 comments:

  1. puan....saya ucapkan berjuta terima kasih atas blog puan ni..betul betul mudahkan urusan saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama, alhamdulillah - Humaira Hadi-

      Delete
  2. good job and i like this blog, im from kuching and happy with your work, please let me know if there is anything we can help for tourism in kuching sarawak
    from https://borneoartifact.com

    ReplyDelete