Monday, October 17, 2016

Travel: Kuching - Damai Beach Resort, Santubong

Assalamualaikum wbt

Entry sebelum ni saya ada bercerita berkenaan lawatan muhibbah kami ke Semenggoh. Tengok Pak Atan. Semenggoh dari Kuching dalam 20 minit sahaja. 

Habis melawat Pak Atan dalam 4.30, kami menuju ke hotel kedua kami iaitu Damai Beach Resort, Santubong. Dalam 1jam 30min juga dari Semenggoh. Kenapa kami disini? sebab esok nak masuk Sarawak Cultural Village. Sebelah aje...

perjalanan yang mendamaikan
  
Gunung Santubong
Sempat la jugak saya baca kisah Santubong dan Sejinjang sebelum ke sini. Buat bahan bercerita pada anak-anak bila nampak gunung ni.

Dalam pukul 6 lebih kami sampai di Damai Beach Resort ni. Anak-anak dah tak sabar nak terjun pool. Entah sempat ke tak kan... So saya terus ke kaunter check in, dia kata pool tutup 6.30. Meluru la saya dan anak-anak ke pool. Husband bawa kan beg ke bilik dulu.

Rupa2 nya pool tutup pukul7 malam. Cisss... penat berlari tau. Towel dia bagi 2 helai. Dalam 6.45 dah kena kembalikan towel di kaunter di toilet tu.

pool dewasa (kiri) dan kanak2 (kanan). Ada toilet untuk salin baju

Dah habis mandi, kami pun balikla ke bilik. Saya ambil chalet, sebab suka tengok pantai.

chalet kami menghadap pantai Damai

dekat saja dengan pantai

Ada banyak jenis bilik kat sini. Kalau nak bilik yang betul2 sebelah pool, ambillah jenis 'poolside'. Bilik tu paling dekat dengan lobi. Chalet ni pun tidaklah jauh mana dari lobi.

Jom lah melawat chalet kami. Bilik 313 kalau tak silap.

Dari depan bilik dah nampak Damai Central. Yang ada patung kenyalang putih tu
ada 1 katil king
  

saya tambah 1 katil single

Ada tingkap besar yang nampak pantai Damai

Kemudahan standard bagi setiap hotel
Antara kemudahan lain hotel ni:
1. Iron dan iron board disediakan
2. Bath tub
3. free wifi (kelajuan tak ingat)

Jadi lepas mandi, kami bersiap2 untuk dinner di Damai central. Hotel ada sediakan dinner jugak (ala-carte), tapi kami saja nak jalan2. 

lobi
 Kalau diikutkan ada jalan pintas dari hotel nak ke Damai central. Tapi kami nampak macam kunci pagar jalan pintas tu. So kami naik kereta. Tapi menurut receptionist, tak kunci pun pagar tu. Takpelah, naik je kereta.

Malam tu ada beberapa kedai saja yang bukak, tapi cukuplah untuk memenuhkan perut kami ni,



sepahnya makan

Kami makan nasi ayam, nasi goreng seafood dan kue teow sup. Total harga tak ingat, tapi mahal sikitlah dari harga biasa. Di Damai central ni ada 7E kot2 nak beli barang. 

Lepas dah kenyang, kami balik bilik dan zzzzz......  

Keesokan pagi, kami ke sarapan dalam pukul 7.30. Hujan agak lebat pagi ni. Untuk breakfast, kami dapat free 2 breakfast + 1 breakfast yang included dengan katil tambahan. So untuk kembar, kami tambah 1 lagi breakfast. Dia kira untuk seorang saja, RM30. 

cafe
haruslah sentiasa jadi antara yang terawal kalau bab makan


round ke berapa  ntah 

Lepas makan, saya dan anak2 ke pantai sekejap, untuk bergambar. Hujan pun dah berhenti. 

  
perjalanan balik ke chalet



air surut



berlatarbelakangkan Damai central

Damai central
  
melukis dan mencari ketam
Dah habis bergambar, kami bersiap2 untuk check out dan ke Sarawak Cultural Village. Kena sampai sebelum show 11.30 pagi. Tak puas rasanya spend masa di Damai Beach Resort ni.

Next entry berkenaan Sarawak Cultural Village ye. Terima kasih sudi baca.

No comments:

Post a Comment