Tuesday, June 7, 2016

Travel: Pulau Redang - Perjalanan Pergi dan Redang Lagoon

Assalamualaikum wbt...

Tarikh perjalanan: 1 Jun 2016 (Rabu) - 3 Jun 2016 (Jumaat)

Saya tak pernah ada pengalaman bercuti ke mana2 pulau di Terengganu. Jadi Pulau Redang ni adalah yang pertama. Kebetulan masa ni cuti sekolah dan semua ahli keluarga dapat bercuti, maka jomlah kita. Rombongan cik kiah saya ni 9 dewasa + 4 kanak2. Ayah, mak, kami 4 beradik, 3 menantu dan 4 anak2. Tiap2 tahun memang kena jalan2 1 family.

Perjalanan dari Shah Alam
Disebabkan jauhnya Terengganu dari Shah Alam, kami bertolak sehari awal. sebab pergi dengan kereta. Jadi pada Selasa 31 mei 2016, kami semua bertolak ke Paka dulu dan bermalam di sana. Kebetulan adik saya memang tinggal di sana, jadi free lah penginapan hehe.
Lebih kurang 12.40 tengahari kami bertolak dari Shah Alam, 5 petang alhamdulillah sampai Paka. Berhenti untuk solat sahaja dalam perjalanan. Jadi malam tu berehat secukupnya sebab esok nak kejar bot pukul 9 am.

beg kami 6 beranak. 1 beg tinggal di Paka

Feri ke Redang
Feri naik di Jeti Shahbandar. Susah jugak nak cari lokasi jeti ni. So saya search pasar payang kuala terengganu, sebab dekat je dengan jeti. tapi yang paling dekat ialah pejabat pos besar. Dalam sejam setengah perjalanan. Tapi disebabkan lambat jugak keluar (lebih kurang 7.15am), tak sempat la jugak naik feri pukul9. Kami sampai parking jeti lebih kurang 8.55am. Dah penuh agaknya feri pukul9 tu.
Bayaran untuk parking rm6/day. Bayar masa balik nanti. Dia akan letak 1 resit setiap hari pada wiper kereta. So kami ada 3 resit, rm18 total.
Dari parking kena jalan sikit. sikit jela... sampai je di jeti, saya tercari2 mana booth redang lagoon hehe. Bila tanya pekerja di situ, redang lagoon tak ada booth. Kena ambil tiket di kaunter tiket biasa. So saya pun ke kaunter tiket untuk ambil tiket. Alhamdulillah nama saya ada dan bilangan penumpang pun betul. Kami diberi tiket feri 10.30am. Kena tulis nama dan no ic semua ahli ye. Nasib baik rombongan saya semua ahli, hafal la sikit2 no ic diorang.

kaunter tiket
di sebelah kiri ada booth beberapa resort
Lepas tulis ic, dapat tiket pergi dan balik dan juga pass untuk 1 way. pass ni kena bagi masa nak naik feri. Balik dari Redang tak ada pass, tiket saja. Disebabkan feri lambat lagi, jomlah kita makan dulu. Bila bawa mak, mestilah ada adegan picnic hehe. Saya rasa kebanyakan mak memang mcm tu. Malam2 lagi dah masak sambal ayam petai. Maka berkelahlah kami di dalam kawasan menunggu feri tu. Dalam kawasan menunggu ni ada toilet. Cuma condition toilet la astaghfirullahalazim sikit... hmmmm... Kedai jual air pun ada.
tempat menunggu sambil berkelah
Dalam 10.20 bot kami sampai. Seat bebas rasanya. Nak sedap duduklah di seat first class. Kami dah terrrr duduk di seat biasa. Malas nak tukar. Jadi bermula lah perjalanan bot kami selama 1jam 30 minit lebih kurang.
Lupa nak cakap, perjalanan kami pagi tu tak dapat disertai oleh ayah dan adik ipar sebab ayah demam nak ke klinik dulu dan adik ipar kena masuk kerja sekejap huhu. Jadi diorang akan naik bot pukul 3pm. Saya inform je pada kaunter tiket tu, dia akan simpan tiket untuk diorang. Nanti diorang just inform nama saya.

jom naik feri

memenuhkan ruang



Tiba di Redang
Ada sesetengah resort akan terus sampai dengan feri ni. Bila sampai di jeti, diorang akan announce resort yang boleh turun. Antaranya Taaras dan DeRimba (ntah macam mana eja). Redang lagoon sila tunggu dalam feri hehe... Tak ramai yang tinggal dalam feri masa tu.
Kami yang tinggal dalam feri ni, meneruskan perjalanan sampai lah ke resort kami. Tapi kena tukar dari feri ke bot sebab kawasan resort kami air cetek. Saya tak sure resort apa lagi. Tapi tak ada masalah lah sebab tukar ke bot tu sebelah2 je. Langkah je. Tak perlu nak terjun tiruk hehe.
Bot yang kedua ni tak ada dinding, so nampaklah keindahan Redang. Tak sampai 5 minit dah sampai resort. Disebabkan Redang Lagoon dekat je dengan bot tadi, jalan kaki lah kami ke sana. Dalam 100m kot. Resort2 yg jauh sikit naik traktor.

bot kedua

hampir sampai. SubhanAllah

Check in hotel
Sampai saja di Redang Lagoon, saya terus check ini di kaunter. Receptionist di dewan makan. Bagi nama dan dia nak tengok bukti bayaran. Bukti bayaran dari bank ye, bukan resit yg dia bagi pd kita. Wifi pun disediakan di dewan makan ni. Dapat kunci je, kami letak barang dan terus makan tengahari. Pakej yg disediakan memang dah termasuk makan. Meh saya cerita pasal hotel ni pulak.


Hotel Redang Lagoon
Tak tahulah nak kategorikan hotel ke, resort ke, chalet ke... haha. Tempahan saya buat pada 24 mac 2016. Lebih kurang 2 bulan awal. Risau jugak kalau penuh. Tapi alhamdulillah masih ada rezeki.
Saya pun dah ingat macam mana saya boleh terjumpa hotel Redang Lagoon ni. Tapi bila terjumpa mmg terus terpikat, tak tukar yg lain dah. website hotel boleh tengok di sini.

Mula2 saya call untuk confirmkan harga. Lepas tu saya emel detail.



Gambar di atas ni selepas saya buat payment 50%. Asalnya 14 orang rombongan saya ni. Tapi seorang adik tak dapat join, so jadilah 13 orang sahaja. 9 dewasa, 3 kanak2, 1 bayi (10bulan).

Disebabkan kami ni masing2 dah berkahwin, so bilik pun asing2 la. Memang tak ada homestay besar pun. So kami ambil:
2 x twin (katil queen): RM380/person
1 x  triple (3 katil single): RM360/person
1 x quad (2 queen + 2 single): RM360/person
Kanak2 dikira rm180/person. infant FREE.

Harga ni dah termasuk sarapan, lunch, minum petang, dinner/BBQ, tiket feri pergi balik. Oh, tak termasuk GST hehe.
Tak termasuk juga sewa life jaket rm10/pax, sewa snorkel rm10/pax, tiket marine park rm5/pax. Sewa life jaket dan snorkel ni bayar sebelum snorkeling petang tu.

gambar dari ig redangisland_holiday
Gambar atas kiri: bilik twin (kami dapat bilik no 5 dan 7)
atas kanan: bilik triple (kami dapat bilik 105)
bawah kiri kanan: bilik quad, 2 tingkat. (kami dapat bilik M5)
Masa check in, kedua2 bilik twin kami dapat 1 extra katil single. Bilik quad pulak dalam 1 extra tilam single.

Kesemua bilik ni terletak sangat dekat antara satu sama lain. Dekat jugak dengan dewan makan. So kalau nak balik bilik sebab tertinggal barang taklah mengeluh nak jalan haha. Satu lagi, boleh keloi2 je adik2 dan parents saya sebab bilik berhadapan saja.

kedudukan bilik2 kami

bilik kami M5. Ada disediakan penyidai
Saya suka banyak perkara berkenaan Redang Lagoon ni, cuma toilet bilik saya je saya tak gemar. Mangkuk tandas dia berbau dan sungguh gelap lubang tandas. Tapi bilik yg lain2 ok tandas diorang.
Antara yang best di sini,

banyak hammock 

buaian yg menjadi rebutan sebab 1 je hehe

lunch. reaksi muka adik saya tu tak ada apa2 makna. makanan sini sedap hehe

dewan makan yang luas. boleh jugak makan di pangkin tepi laut
ada banyak pangkin berbumbung hijau
Alhamdulillah lepas lunch kami pun bersiap sedia untuk snorkeling pertama kami. Bersambung di next entry ye. Harap entry ini membantu. Terima kasih sudi baca.


5 comments:

  1. Seronoknya dapat pergi redang, dr lps kahwin teringin sampai anak dua xpergi lagi.. hihihi. Sbb risau bw baby.. ok bawa baby?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak saya masa tu 10 bulan. alhamdulillah dia ok. masa kami snorkeling, mak saya tolong jaga dia atas bot.

      Delete
  2. Salam sejahtera..
    Saya ada menyediakan khidmat nasihat/jururunding untuk...
    1. Bercuti ke pulau redang/ kapas/perhentian (3hari 2malam/2hari 1malam/1hari)
    2. Memancing/candat sotong
    3. Memancing/bermalam di tasik kenyir (rumah bot)
    4. Tiket bot laju ke pulau(sehala/2hala)
    5. Melawat tempat2 menarik di terengganu(town/state tour)
    6. Pengangkutan ke seluruh malaysia (teksi/van/mpv/bas persiaran)
    Untuk pertanyaan/keterangan lanjut sila hubungi/whatsaap saya.0179799773
    Atau lawat blog saya di.. blackyellowservices.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Cantik sungguh redang. Suci amat..😀. Berbaloi bercuti kat sana kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah. ya rindu nak ke sana lagi

      Delete