Wednesday, April 13, 2016

Travel: Little Ninjas Flipout, Space U8

Assalamualaikum wbt...

Sebelum ini kami dah pernah ke Jumpstreet di PJ. Jadi kali ni nak cuba yg lain pulak iaitu Flipout. Konsepnya lebih kurang sama, iaitu melompat2 atas trampoline yang besar. 1 lagi trampoline yang kami pernah pergi di District 21

Space U8
Space U8 ni terletak di bukit jelutong, shah alam. Saya memang jarang sangat2 lah datang sini. Kalau datang pun sebab nak tengok wayang di MBO, ataupun ada apa2 jualan gudang hehe.
Rumah saya lagi dekat dgn AEON, itu yg selalu tengok wayang di TGV. Tapi sejujurnya saya suka dgn offer2 yang MBO bagi. Minggu ni dah tekad nak tgk Jungle Book di MBO haha.

Saya sedih tengok Space U8 ni sepi tanpa sambutan. Maybe tak ada tarikan2 yang mampu menarik pengunjung selain MBO. Dulu ada juga bank islam dalam ni. Tapi sekarang dah tak ada. Flipout ni pun harap2 kekal lama lah. Pada pendapat saya, kena ada pasaraya macam Giant ke, Tesco ke, Parkson ke untuk menarik orang.

di MBO

Little Ninja Flipout
Alhamdulillah dalam kekurangan pengunjung tu, dibuka jugak Flipout ni. Flipout yang lagi besar di Kota Damasara. Di space U8 ni ada untuk basic jumping saja. Tapi anak2 tak kisah pun, janji dapat lompat. Harga tak ada diskaun ye walaupun sikit gamenya huhu...


Bayaran: RM20/hour
extra hour: RM15/hour

Depan Flipout ni ada kerusi untuk parents duduk sambil tunggu anak. Nak makan boleh beli di gerai2 yg ada. Yg saya nampak ada 1 kedai makan, subway, hot & roll.

lompat! lompat!

lompat lagi!!!

Adik yg jaga  ni rajin melayan budak2 sini melompat. Seronokla budak2 ni....

Ok, itu saja perkongsian saya kali ni. Harap membantu....
Terima kasih sudi baca.



No comments:

Post a Comment