Assalamualaikum wbt...
Entry sebelum ini saya ada share berkenaan hari pertama perjalanan kami menuju ke Redang, dan juga berkenaan penginapan kami di Redang Lagoon. Disebabkan kami naik bot 10.30, so dalam pukul 12+ kami sampai di resort. Campur tolak makan minum dan solat, tak sempat rehat dah kena ready untuk snorkeling yang pertama.
Pakej yang disediakan oleh Redang Lagoon ni termasuk 3x snorkeling iaitu 2x open sea pada jam 2.30pm, dan sekali snorkeling di Marine Park pada jam 9.30am.
Snorkeling Open Sea
Dalam jadual pukul 2.30pm bot akan bertolak. Jadi pukul 2 dah kena ada di tempat makan untuk sewa life jaket dan set snorkel. Digalakkan pakai contact lens untuk yang rabun. Nak power goggle pun ada tp limited bilangannya. Masa kami nak sewa tu, banyak lagi power goggle, jadi bolehlah sewa rm30/goggle. Power paling sikit 300 kalau tak silap. Husband saya rabun jugak. Tapi dia kata vision lebih clear di bawah air sebab medium berbeza. Dia la kata.. bukan saya kata haha.
Kalau set snorkel biasa+google RM10 saja. Power goggle jadilah RM30. Kita kena simpan sendiri goggle dan life jaket sepanjang berada di sana. Bayar sekali je. Kalau hilang, power goggle kena bayar RM300 ye....
Di sini alhamdulillah perjalanan semua on time. Cuaca pun alhamdulillah cantik... tak hujan. Bila bot dah sampai, kami pun kena beratur dan berkawad ke bot. Selipar tinggal je kat bilik. Tapi nak ke bot kena redah air lah ye. Sampai paras dada air yang perlu diredah. Pekerja2 diorang ni pun sangat membantu. Yelah, nak panjat bot tu bukan senang ye. Agak licin. Botnya pulak bukan yang opened tu, tp tertutup.
berkawad ke bot |
rombongan cik kiah |
Saya rasa perjalanan dalam 30minit kot. Sebab masing2 tak pakai jam, susah nak bajet. Bila dah sampai, sejam masa diberi untuk snorkeling.
Dalam ye air kat sini |
first experience untuk family kecil saya. Adik2 saya dah pernah la snorkeling |
Jangan jauh dari bot haha |
Disebabkan ini first experience untuk saya dan anak2, so diorang tak pandai nak guna set snorkel tu. Diorang lagi prefer berenang2 gitu je. Tak nak menyelam. Dalam sungguh ye air sini. Gayat jugak sikit2 haha. Jom tengok gambar2 underwater yg saya sempat capture.
haruslah peace walaupun jejari tak runcing. Yang 3 set kaki tu kaki husband dan anak2 saya |
Saya guna Samsung Galaxy Mega je untuk underwater ni. Beli underwater casing RM18 haha. Beli di GM Klang. Level 4 kot yang ada jual gadjet2 ni. Di Tesco Shah Alam, sebelah lif tingkat atas tu pun ada.
macam ni je |
Adik yang menjual tu dah pesan jangan ambil video underwater, sebab tekanan bawah air tu boleh rosakkan bateri. Tp ahkak degil dik.... hehe. So far alhamdulillah masih ok bateri hp.
Minum petang dan aktiviti bebas
Balik dari snorkeling ni, kami minum petang dulu. Then aktiviti bebas. Of course la kami memilih untuk snorkel di laut depan resort pulak. Masa ni lah baru berkesempatan untuk latih anak2 guna set snorkel ni especially cara nak bernafas. Lepas tu alhamdulillah diorang dah pandai guna. Barula boleh enjoy snorkeling. Depan resort pun not bad ye coral dan ikan2 nya. Cuma bahagian cetek tu air keruh sikit sbb kaki orang dok kuis2 pasir kan...
sesi terjun bot untuk balik hotel |
anak saya dah lupa cara berjalan sebagai manusia haha |
minum petang hari pertama. Cucur bawang dan bubur kacang |
Kami memilih untuk makan di pangkin sambil menikmati angin petang. Yg seronoknya makan dan minum sini free flow. Boleh tambah banyak kali. Tapi jangan tamaklah ye.
Lepas snorkeling di depan resort, kami pun berehat. Makan malam pukul 7pm. Tak ada pulak gambar makan malam. Entry esok berkenaan hari kedua kami di sana. Ada snorkeling di pagi hari...to be continued.
Harap entry ini membantu. Terima kasih sudi baca.
No comments:
Post a Comment