Assalamualaikum wbt..
Tarikh Pergi: 2/1/2016 (Sabtu)
Anak2 saya terutamanya si kembar ni sangatlah lasak. Kalau bawa ke playground biasa, diorang akan main tak ikut peraturan. Contohnya panjat sampai ke bumbung. Yang saya susah hatinya bila budak2 lain yg asalnya elok bermain pun akan ikut diorang jugak. Jadi bila tahu pasal district 21 ni, saya nak cuba. Sebab saya nak tengok adakah ini tahap 'bermain' bagi diorang.
Here We Are!!! |
1. Lokasi
Di IOI Mall Putrajaya. Boleh masuk di level 1 dan level 2. Kami level 1 kot. adoi lupala... tula dah 2 bulan baru nak update huhu.
2. Tiket
Tiket: RM75 (aktif) dan RM10 (tak aktif)
Husband dan 3 anak ambil aktif ( 4 x RM75). Saya pulak ambil tak aktif (RM10). Maknanya saya tak main apa2, teman saja.
Total: RM 310. Dapat socks and gloves.
Disebabkan kami first time datang, kena isi borang dulu.
Challoooo |
3. Aktiviti
Kami sampai maybe dalam pukul10 pagi (lupa lagi...). Tak ramai orang masa ni. Antara aktiviti yang sempat anak2 saya main:
we are born ready yo!! |
3.1 Low Ropes
Low ropes ni ada flying fox. Tapi nak sampai ke flying fox tu, kena lalui halangan. Selepas flying fox tu pun ada lagi halangan. Tapi boleh stop di mana2 pun, tak semestinya habiskan semua.
Untuk safety, anak2 akan dipakaikan helmet dan tali untuk bergayut.
safety first |
Pada permulaan memang cuak anak2 saya. Tapi masuk 2nd round mereka dah lebih berani Alhamdulillah... Tambah2 si yusuff, 2 3 kali habiskan semua halangan.
Halangan yang pertama ni titi. Bergoyang2 tapi stabil ja. Untuk budak2 maybe mereka akan rasa cuak lebih sikit la...
go yusuff go!!! |
umaar rehat sekejap. yusuff dah nak merentas tali |
umaar ready utk flying fox. |
weehoo... we're flying without wings.... |
sambung lagi halangan lepas flying fox |
3.2 Go Pedal
Go Pedal ni mengelilingi low ropes tadi. Ini ramai jugak yg beratur. Kereta pun ada 2 je... Diorang sangat enjoy sebab drive sendiri kan
kayuh anakku kayuh.... |
3.3 Maze
Maze ni slide. Ada 2 jenis. Anak2 saya kategori kecil. So tak berapa mencabarla. Slide biasa saja
nak naik slide |
diorang seram jugak mula2. sebab gelap tangganya |
kita pantau dari tepi jela. Baby pun sibuk nak pantau ye... |
Rupa bentuk slide ni dari luar nampak scary. Tapi biasa2 saja. Diorang akan keluar melalui tube kuning tu.
satu lagi slide |
Tak tahulah apa nama slide yg ada bas terbalik ni. Macam tak ada je dalam map. Dalam gambar atas ni ada 2 slide. 1 yg bas, 1 lagi bentuk sfera tu. Yg sfera tu bahaya sikit. Anak2 boleh terjerlus dan jatuh. Maybe sebab anak2 saya ni halus sangat badannya. So diorang naik yg bas tu saja.
cubaan untuk naik yg sfera, Dalam sfera ni bahaya sebab tali je |
naik bas jela |
situasi dalam bas |
tadaaaaa |
3.4 Launch Pad
Launch pad ni lompat2 macam di jumpstreet dulu. So tak tahu nak cerita apa haha
3.5 Tubby Ride
Ini permainan paling digemari anak2 saya. Semua orang pun mesti suka ni. Naik tube dan slide. Berulang2 kali budak2 ni buat. Walaupun jauh kena seret tube tu untuk naik atas, tetapi diulang2nya
landasan. sebelah kanan tu utk seret tube naik atas |
weehoooooooo |
sila seret sendiri naik ke atas ye haha |
banyak kali jugak terlepas tube masa naik atas. kenala turun dan seret balik |
3.6 Wall Climbing
Aktiviti ni pun tak tahu namanya apa. Tak jumpa dalam maps. Tapi memanjat2 jela kerja nya. Ada weight limit, 18kg kot. Anak2 saya mula2 staf situ tak bagi jugak, Takut tali tu tak turun sbb diorang ringan sangat. Tapi staf tu cuba dulu, dan alhamdulillah lepas.
Setiap session limited to 20-25 orang je.
banyak wall yg boleh dipanjat |
3.7 Sky Trail
Ini untuk dewasa saja. Ala2 low ropes kanak2 tadi, tapi tergantung di siling. Panjang laluan yg disediakan. Tapi husband saya buat sikit je. Takut Tak nak menunjuk2 katanya.
3.8 Permainan lain
Banyak lagi permainan lain. Roller glider nampak menarik. Power station dan free fall pulak tutup. Dahla permainan yg best. Rugi duit bayar mahal tapi tak dapat buat.
power station sebelah wall climbing |
Tingkat atas pun ada. Saya tak naik langsung.
permainan di tingkat atas |
3.9 Lain2
Cafe kecil ada. Ada jual aiskrim, burger, sweetcorn dll. Harga biasalah mahal dari luar.
Toilet menarik. Surau tak nampak pulak.
District 21 ni boleh keluar masuk pd hari yg sama. Jangan buang tag tu dahla. Maknanya bolehlah kita nak keluar solat atau lunch.
Dalam tengahari sikit, ramai orang masuk. Tapi tak main. Just tengok pantau2 tempat kot.
orang ramai dalam pagar |
Itu saja perkongsian saya kali ini. Terima kasih sudi baca.
No comments:
Post a Comment