Tuesday, March 22, 2016

Share: Hospital Mata Tun Hussein Onn (THONEH)

Assalamualaikum wbt...

Saya ke THONEH ni pada 19 Dis 2015 (Sabtu). 3 hari sebelum tu saya call untuk set appointment. Tapi staf yg layan saya tu kata tak perlu appointment. Walk in saja. Kalau nak set appointment, kena pilih Dr mana. Bila saya pilih Dr, dia tak tahu pulak whether Dr tu available pada Sabtu tu. So walk in jelaaaa...

info boleh refer di sini http://www.thoneh.com/

1. Bagaimana saya tahu anak saya rabun?
Cikgu tadika yang bagitahu saya. Si kembar ni macam tak nampak apa yg ditulis di whiteboard. Diorang akan tengok buku kawan sebelah.
Diorang ni juga, tambah2 si umaar, akan tengok sesuatu barang dengan sangat dekat. Memang gayanya macam tak nampak.
Tapi saya dan suami ni masih lagi tak pergi check mata diorang. Living in denial kata omputih. Takut nak hadapi kenyataan yang anak rabun. Sebab kami berdua rabun dan tahu susahnya bila rabun. Kesian jugak kat anak, terbatas aktiviti nanti.
Walaubagaimanapun, since diorang dah masuk darjah 1, saya nekadkan jugak hati untuk pergi check. Kami pilih THONEH.

2. Kenapa pilih THONEH?
Ok. Saya tak pergi terus ke kedai spec sebab saya nak tahu dengan lebih detail pasal mata anak. So saya rasa baik saya ke hospital mata. Yang sah2 pakar mata.
Berkenaan hospital pulak, saya tak tahu yg boleh refer hospital kerajaan atau tak. Dalam sangkaan saya yg kurang ilmu ni, hosp kerajaan maybe akan handle kes2 yang tertentu saja. Kalau setakat nak cek rabun, saya tak tahu diorang terima ke tak. So saya ke THONEH jela.

Kaunter pertama

3. Proses yang dilalui
Walaupun yang disyaki rabun adalah 2 anak kembar saya, tapi saya check untuk ketiga2 anak. Dah alang2 kan... hari sabtu buka 9am-1pm. Kami sampai 9.30am, pukul3 baru balik. Solat zohor sana siap2.
Proses yang kami lalui

3.1 Register di kaunter yg mcm dalam gambar atas tu
Dia akan tanya kita datang sebab apa, isi borang dan bagi nombor giliran

3.2 Registration yang betul
Dalam gambar atas tu ada kerusi menunggu kan? Kaunter untuk registration yg betul kat situ jugak. Kali ni isi butir2 diri kita dan anak2.
Dia bagi 2 nama doktor dan suruh saya pilih. Saya pilih Dr Zainal. Lepas tu dapat baucer complimentary drink utk setiap patient. Since saya nak check untuk 3 anak, dapat la 3 baucer.

Jom pi minum

3.3 Pemeriksaan mata
Lepas dpt kad hijau tu, kita terus ke klinik mata yang diarahkan. Pada aras yg sama dengan cafe tadi. Sini surau dan toilet pun ada.
Untuk pemeriksaan mata ni, dalam 15min nombor dah dipanggil. Dia cek rabun rasanya. Baca nombor atau huruf kat depan. Lepas habis cek ni, kami pergi makan dulu.


Saya di kerusi menunggu. Depan saya tu playground dan cafe. Dalam cafe pun ada skrin yg display no giliran jugak. Senang la sikit.

3.4 Jumpa Dr kali pertama
Saya tak pasti untuk apa jumpa Dr ni. Tapi nampak macam untuk cek silau. Ini bukan Dr Zainal ye. Dr lain. Proses dia sama macam kita nak buat spek, yang kena letak dagu atas mesin tu. Dia buat kan terus untuk ketiga2 anak saya.

alat macam ni. source: www.kompasiana.com
3.5 Jumpa Dr kali kedua
Ini nampak macam Dr pelatih. Menarik proses kali ni. Untuk cek juling dll rasanya. Dr pun jenis happy je, pandai handle anak. Saya yg tengok proses ni pun rasa teruja nak try buat pemeriksaan tu jugak. Tapi seganla nak mengacau Dr tu. Cara Dr tu tarik perhatian anak2 saya pun sampai membuatkan saya percaya dgn trick dia hahaha...

3.6 Jumpa Optometrist
Optometrist ni macam kedai spek di THONEH ni. Dia cek mata memang macam di kedai spek la. Siap boleh buat spek terus kat situ. Tapi kami tak buat disitu. Dah ada target haha.
Optometrist ni akan tulis tahap rabun dan silau budak2 ni. Pedih hati la bila tahu anak rabun awal. Tinggi pulak tu... Rasa berdosa dgn anak sebab lambat bawa ke hospital. 

3.7 Jumpa Dr Zainal
Ok, akhirnya sampai masa kami jumpa Dr Zainal. Dia consult jela. Katanya anak2 ni ada lazy eyes. Jadi kena pakai patch pada sebelah mata yg tak lazy selama 2 jam. Tapi masa pakai tu jgn tidur pulak. Kena pastikan anak2 fokus contohnya main game, membaca dll. Kena buat setiap hari. Bebal jugak nak suruh budak2 ni pakai huhu.
Saya tanya Dr apa penyebab anak rabun tinggi ni. Ada kaitan tak dengan diorang yg lahir tak cukup bulan ni (33minggu). Dr kata sebab keturunan. Yelah saya dan husband dua2 rabun. Redho jela....
Dalam masa 3 bulan kena datang untuk follow up

4. Total Kos
kos setiap orang
Kos seperti di dalam gambar lah. Itu sebab termasuk eye patches RM40 sekotak. Dalam stok dia ada 2 kotak je. Nasib baik haha...Tanpa eye patch tu RM288.40 seorang.

5. Jom buat spec di Dr Spec
Balik dari THONEH kami terus ke AEON bukit raja, klang untuk buat spec. Husband memang dah target kedai ni sbb murah. Memang murah pun... 


Harga bingkai: RM55 seorang
Harga lens: RM35 untuk sebelah. So dua belah RM70 la.
Umaar pulak powernya tinggi, jadi RM70 untuk sebelah lens.
Disebabkan lens ada stok, so dalam sejam dah siap.

Sekarang ni dah 3 bulan start sekolah. Yusuff dah 3x tukar lens sbb main dgn kawan2. Umaar alhamdulillah pandai jaga so far. Macam tahu2 je lens dia lagi mahal huhu...


handsome tak kami?

Itu saja perkongsian saya berkenaan rawatan di THONEH dan buat spec. Dah 3 bulan jadi budak genius ni haha... okla so far. Ummi doakan anak2 ummi lebih cemerlang dunia akhirat sebab dah boleh belajar dengan terang tang tang.

terima kasih sudi baca. 

5 comments:

  1. Salam sis.. tentang lazy eyes tu..pe perkembangan mata anak sis skrg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak follow up di THONEH selepas tu. Saya hanya check di kedai spec sahaja (Focus Point). So far katanya anak saya dah tak ada lazy eyes. Tapi sejujurnya saya tak buat sangat pesanan Dr untuk train sebelah mata yang 'lazy' tu.

      Power anak2 so far ada naik sikit je (50), tapi silau tak naik (dan tak turun). - Humaira Hadi-

      Delete
  2. terima kasih sis ats perkongsian

    ReplyDelete
  3. As_salam.. T. Kasih puan shared info. Walaupun dah agak lama tapi masih bermanfaat.
    Semoga anak2 puan success skrang dgn pelajaran dah kesihatan mereka.
    Stay at home n stay safe. Jzkk.

    ReplyDelete
  4. brapa kos untuk buat pemeriksaan mata

    ReplyDelete