Assalamualaikum wbt...
Entry ni 3 in 1:
1. Teluk Senangin
2. Yeob Bay Resort
3. Segari Turtle Sanctuary
Tarikh: 28 nov 2015 (sabtu)
Ini kali pertama saya ke teluk senangin. Bertolak dari Taiping dalam 1jam 15min gitu... 75km rasanya. Family besar buat family day. Selalu je buat family day sbb tujuannya nak makan haha..
Dipendekkan cerita dalam 1130 pagi kami sampai. Ikut je arahan GPS, jgn melawan. Makanan semua kami bawa, so tak tahu lah ada kedai makan ke tak area tu. Tp jual2 air bungkus/botol mmg ada. Byk jugak gerai2 jual seluar dan baju utk mandi. Baju i love teluk senangin pun ada.
dah sampai... |
Masuk je dlm pintu gerbang ni sampailah ke teluk senangin. Kedai2 semua dlm area ni
1. Mana nak duduk
Kami dapat tempat baik punya. Dari pintu gerbang tak sampai 5minit. Dapat tempat berbumbung tapi berbayar jugak. RM50/day.
Tak book awal. Terus tanya kat tuan dia di situ dan bayar. Bagus tempat ni sbb ada surau, toilet, tempat salin baju, tempat BBQ, dan kawasan duduk yg luas.
tempat kami sebelah kanan |
Sebelah kiri tu chalet. Tapi sorry sebab tak nampak nombor tuan chalet tu
surau sebelah tempat kami lepak |
potluck yang best |
2. Aktiviti
Kami naik banana boat saja. RM60/round untuk max 7 orang. Kami buat 2 group so RM120. Takde diskaun haha. Aktiviti lain saya nampak ATV. Kalau nak main layang2 adala dijual di kedai tepi2 jalan.
Aktiviti wajib of course la mandi laut... free maaaa..
Pantainya subhanAllah sangat cantik. Cuaca haritu pun cantik sebab sekarang ni kan musim hujan.
Pelampung2 yang warna pink dan biru tu beli di kedai tepi jalan. Jalan kaki je dari tempat lepak kami ni,
3. Menginap
Sini banyak sangat2 chalet. Sebelum saya sampai saya pun confuse nak book yg mana best. So saya tak book chalet, saya duduk di hotel.
Ada 2 hotel yg saya intai2 sebelum datang: Swiss Garden dan Yeob Bay Resort. Swiss Garden tu best sebab ada pool tapi mahalla. So kami duduk Yeob Bay.
4. Yeob Bay Resort
Sebab pilih hotel ni bukan sbb murah saja. Tapi hotel ni melayu punya, restoran halal dan tepi pantai. Disebabkan book dah lambat, tinggal bilik standard je. 2 katil supersingle setiap bilik. Saya ambil 3 bilik utk family saya saja.
bilik kami sebelum check out. Bersepah ya amat |
toilet. takde air panas ye. sabun dan shampoo dilekat pada dinding. towel disediakan |
ironing area depan bilik kami |
nombor utk dihubungi: 0134540767
Hotel ni ada dlm agoda, tp date saya nak pergi tu tak available. So saya call terus untuk book.
Harga biasa: RM125
Harga weekend: RM155
Extra breakfast: RM10/adult, RM5/child 7-11 tahun
Extra bed takde untuk bilik ni sbb tak ada space.
Senang sangat berurusan dgn hotel ni. Saya call sekali je. Lepas tu main whatsapp je untuk proof of payment dll.
Lokasi: betul2 sebelum masuk pintu gerbang teluk senangin tu. Sebelah kiri
aktiviti2 di sini |
pandangan waktu pagi dari balkoni |
breakfast yang simple dan mengenyangkan. |
Menu kami pagi tu: nasi lemak, bihun goreng, kuih cara, roti bakar, coco crunch dan susu, air teh dan kopi, buah oren
Sangat2 murah untuk bayaran RM10 /dewasa dan RM5/kanak2.
boleh jugak makan di outdoor |
Lepas makan kami jalan2 di tepi pantai Yeob bay ni. air tengah surut
family potrait |
ada gua kecil |
Lepas sarapan lepak2 bilik tunggu check out. Lepas check out kami terus ke Turtle Sanctuary.
5. Turtle Sanctuary
Lokasi di Segari. Kalau dari arah taiping ke teluk senangin, akan sampai area sini dulu. Tapi kena ke dalam lagila. Merentas jalan kecil jugak. Naik kereta of course.
Free: Free
Operating Hour: Ada tulis kat pintu masuk. Tapi rupanya tak ikut pun masa tu. Masuk aje...
gaya penyu |
mak2 penyu |
makan aiskrim dulu sebelum tengok penyu |
tak dapat pegang huhu |
tengah taksub dgn ninja turtle |
tuntong |
Itu saja perkongsian saya kali ini. Harap membantu. Terima kasih sudi baca.
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment