Tuesday, December 8, 2015

Travel: Jumpstreet Petaling Jaya

Assalamualaikum wbt...
Tarikh pergi: 16 Sept 2015
Slot: 10 - 11 am

Tujuan ke jumpstreet ni sbb nak habiskan tenaga anak2 hehe.. budak2 tengah membesar kan, tahu2 jelah. Energy byk ya ampun. Balik jumpstreet pun tak habis2 lg energy.

1. Booking
Tiket dibook di web jumpstreet.
Harga di web: RM27/pax/hour
Harga bila register: RM20/pax/hour
Tapi saya beli multi-visit pass: RM18/pax/hour

klik multi visit pass
Lepas beli multi visit untuk 5 jam, dia akan update dalam akaun jumpstreet kita tu. So bila nak book slot, akan keluar lima code untuk 5 visit. Isilah satu persatu.

isi code

successful

Kenapa multivisit? Sbb lebih murah la hehe.. multivisit pass ada 2 jenis: 5 jam dan 10jam. Seolah2 kita beli siap2 tiket utk masa akan datang. Tapi boleh jugak nak guna utk byk nama. Disebabkan saya ada 5 jumpers, saya beli yg 5 jam. So sorang sejam je main. Saya rasa mcm tak cukup tp sebab 1st try so cukuplah sejam.

Tapi multivisit ni walaupun ada 5 baucer, stokin free dapat 1 je. Kenalah topup stokin lain, RM5 sepasang. Next visit tak nak beli stokin baru pun takpe, bawa je yang dah ada.

stokin sorang satu

Saya tak melompat pun. Tp saya bayar jugak sbb takut saya tak dibenarkan rapat dengan court. Rupa2nya boleh aje. Asalkan tak masuk court melompat.

2. Cafe
Kaunter tiket tu ada jual air ringan2 dan aiskrim. Kalau nak cafe, ada di tingkat atas. Kami makan je kat mamak luar jumpstreet ni.

3. Surau
Alhamdulillah ada surau. Saya masuk untuk menyusu saja. Dah lupa pulak surau ni share ke asing lelaki perempuan

ada tempat wuduk dan telekung
4. Aktiviti dalam jumpstreet

Jom tengok apa ada...

kaunter tiket. Bg ja reference number dan dapat tag
posing wajib dulu
tempat pertama yg kami main. Sebelah nya tu cafe
aktiviti kedua. Sini ada 2 line je untuk beratur. So lama tunggu turn
 Tempat kedua ni best. Tapi susah nak bangun balik bila masuk dalam foam tu. Next jumper kena tunggu jumper sebelum tu keluar dulu. Itu yang jadi tak berapa best.

saya suka beratur
sebelah foam tadi slam dunk pulak. Lompat2 untuk shoot bola. Tak ramai beratur sini. ada 3 court

ini High Performance. Seronok tengok budak2 lompat sini. Malangnya ada minimum height. Kembar saya tak lepas. So kakak pun taknak melompat sorang2. Sorang 5 minit kot lompat 
ini view dari court lain. nampak signboard slamdunk dan high performance

Dodge ball ni best jugak. Ada beberapa biji bola untuk dibaling2. 
Berhadapan dengan dodge ball ni ada court yang paling besar. Nampak ada 2 3 orang tengah warm up dengan trainer. 
Digalakkan juga untuk join sesi warm up ni sebelum melompat. Tapi tak sempat warm up dah budak2 ni.. nak melompat aje.
Cukup sejam loceng pun bunyi tanda kena keluar court. Kami ambil first session 10 - 11am, so orang tak ramai sangat.

kerusi ni untuk lepak2 sementara anak2 main
parking yg luas
dah nak balik.
 Bye2 jumpstreet.. lain kali jumpa lagi. Ambil 2 jam pulak. Tengok siapa yang semput nanti hehe...

Ok, setakat itu saja perkongsian saya. Harap dapat membantu...
Assalamualaikum



No comments:

Post a Comment