Friday, July 10, 2015

Tips: Tebus Penerbangan dengan BIG Points Air Asia

Assalamualaikum wbt...
Dah lama tak share pasa BIG points AA ni. Sebab saya jarang redeem. Untuk cerita redeem sebelum ni boleh refer di sini. Tapi tu entry lama sangat. Dah banyak perubahan AA buat termasuklah tukar website.
- dulu VISA, sekarang MASTERCARD
- dulu RM2 = 1 point, sekarang RM5 = 1 points. Sedihnya.... kena berbelanja pada member2 AA baru dapat lebih point

Saya pun tak master lagi web AA yang baru ni. Masih lagi exploring.

Kalau sebelum ni saya redeem 5000 points untuk dapatkan RM50 baucer, kali ni saya redeem 23,000 points untuk dapatkan tiket penerbangan ke Sabah. Boleh baca entry Sabah di sini.

1. Check baki 


Saya rasa di web ni tak boleh cek baki points. Ada tertulis di web tu untuk check baki points di web http://www.airasiabig.com/my/en/
Redeem flight pun di website ini.


2. Redeem Flight
Alkisahnya points saya ada yang akan expired on May 2015. So rugila kalau tak redeem. Nak dijadikan rezeki, kebetulan AA buat promo redeem points ke Kota Kinabalu hanyalah 1500 points/pax/way. Inilah peluang yang terbaik sbb saya pun teringin nak ke Sabah. Jumlah points yang saya redeem macam ni:


Saya ke sana berlima. So dikira 3000 points la seorang untuk pergi dan balik KL-KK. Luggage tu pulak memang selalu bawa 1 beg saja. Quantity 2 sebab pergi dan balik. Total saya redeem 23000 points saja. 
Meal semua boleh redeem. Tapi rasa rugi points la pulak kalau redeem meal. So meal bayar guna duit saja. Luggage tu pun rasa menyesal bayar guna points. Nak kumpul points bukannya senang sekarang ni.

3. Airport Tax
Flight redemption tu tak termasuk airport tax. Saya hanya perlu bayar RM75 untuk airport tax kelima2 orang. Murahlah tu kan. Total belanja 23000 points + RM75.

4. Processing Fee
Ok, ini pun penting ye. Pastikan dalam BIG card tu ada duit untuk settlekan airport tax tadi. Sebab kalau guna BIG card ni, processing Fee is RM0 !!!. Tapi kalau guna kad lain, kena RM80 okeyyyyy... Rugi bukan? haha. 
Saya pun panik jugak masa nak membayar. Sebab dalam senarai kad masa bayaran tu tak ada BIG Mastercard. Yang ada hanyalah BIG Visa Card. Tak faham betulla. 
Jadi saya bayar kemudian la. Maknanya ada baki tertunggak di website AA. Nasib baik dapat flight tu, Bila bayar kemudian ni, ada pulak choice untuk BIG Mastercard.
Bila settle semua bayaran, akan keluarlah penyata. 


Ada 1 payment saya RM75 declined sebab guna BIG Visa. Yang Confirmed tu guna BIG Mastercard.

Total RM419.48 tu sebab dah masuk meal dan seat booking. Mula2 saya terkejut dapat penyata RM305. Sebab saya bayar RM75 saja. Ingatkan diorang potong lebih. Rupa2nya 23,000 points tu dalam RM ialah RM230. Jadi dalam bentuk RM beginilah perbelanjaannya:



Seat dan meal ada 6% GST ye kawan2...Tapi masa saya beli atas flight KK-KL dia tak caj pulak GST tu. Masa KL-KK atas flight ada caj GST.

Akhirnya berjayalah kami terbang ke KK dengan senang hati sebab jimat RM230 tiket penerbangan. Saya pun tak check masa saya redeem tu berapa harga tiket biasa. Diharap entry ini membantu. Saya tak berapa ingat secara detail macam mana proses saya redeem tu. Sebab panik, so klik je apa yang patut hehe..

Terima kasih sudi baca!!!




9 comments:

  1. Saya pon nak apply BIG Card AA. Berbaloi2.

    ReplyDelete
  2. cik humaira boleh tak bagi email...
    atau tolong email saya zai_rie2@yahoo.com...saya nk tanya tentang big point ni..
    terima kasih

    ReplyDelete
  3. Saya dah apply.. Baru2 ini saya beli tiket je jakarta tapi napa point macam sama je dengan takder kad.. tak sama dengan yang dijanjikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya tak pasti sebabnya. cik/puan boleh bertanya terus di FB AirAsia BIG. Diorang cepat juga balas

      Delete
  4. sy tak pernah redeem bigpoint.. nak tanya kalau sy nk booking flight utk 5 org.. boleh tak sy redeem utk kelima2 org tu dlm satu booking dan guna bigpoint diaorg masing2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry saya tak pernah buat mcm tu. tapi masa nak redeem tu, kena login. So dia akan deduct dari akaun kita sahaja.

      Delete
  5. salam.. bile je masa dia kita boleh redeem >??? tggu air asia bg noti atau bile2 je boleh redeem.... knapa sy x dapat...

    ReplyDelete
  6. Hai..macam mana masukkan no passport kalo kita xda passport ya?

    ReplyDelete