Showing posts with label redang. Show all posts
Showing posts with label redang. Show all posts

Wednesday, June 15, 2016

Travel: Redang - Perjalanan Balik dan Bersotong Goreng Tepung di Paka

Assalamualaikum wbt...

Sekejap saja dah habis 3H 2M di sini. Masa beli tu rasa lama nak sampai ke tarikh percutian. Hari last ni tak ada apa-apa aktiviti snorkeling, sbb taknak basahkan baju. Check out pukul 10am. Maka bersarapan lah dulu kita. Tiket bot pun pukul 11am.
Tapi entah macam mana, dia announce bot pukul 10!!! kelam kabut kami semua hehe... Barang dah kemas sikit2 semalam, tapi masih ada la barang2 terakhir macam alat mandian, towel, baju  mandi. Life jacket pun semalam dah bagi balik di receptionist. Goggle macam yang saya cerita sebelum ni kena jaga elok2. Goggle biasa kalau hilang RM100, goggle yg ada power RM300 ye adik2. Setiap kami lepas snorkeling, kami akan kira bilangan goggle. Maklumlah, ahli ramai 13 orang. Bawa balik goggle masing2 ke bilik.
Nak ke bot yg pertama ni kena jalan sikit. Lebih kurang masa turun haritu. Ini bot yang open tu ye, sebelum ke feri.

tunggu bot
bot dah sampai
Mula2 1 bot je sampai, so semua dah serbu. Lepas tu sampai bot kedua, half dah serbu bot kedua. Kami ni konon2 malas nak rebut bot kedua, so setialah beratur di bot 1 ni. Tapi lama sungguhla baru dapat naik. Bukan sebab manusia ramai, tapi sebab tunggu diorang turunkan barang2 dari bot. Nampak macam air mineral dan makanan2 untuk dijual kot. 
Oh, kat Redang ni ada jugak jual makanan minuman. Big Cup pun ada, tapi RM7 la haiii.. Tapi saya tak pernah pergi beli. Husband dan adik ipar yg belikan. So tak tahulah nak cerita kat mana lokasi kedai tu. Jalan kaki je ke sana dari resort. Ok, sambung cerita bot.

beratur lah kita... sebelah kiri tu traktor. Kami tak merasa pun naik

yeayyy dah dapat naik
bye2 Redang.. peace yo!!
Dari bot ni dalam 5 min je, kena tukar ke feri. Perjalanan feri lebih kurang 1 jam 30 min jugak nak sampai ke jeti shahbandar. Kali ni kami lebih bijak memilih seat. Ada yg duduk di first class. Husband saya pulak duduk di tingkat atas. Dalam feri ni ada jual aiskrim. Maka makanlah kami aiskrim2 tersebut........
Lupa nak cerita, feri shahbandar ke redang, kita boleh naik bahagian atas yg tak berdinding tu. Tapi tak ambil gambar tak sempat pulak sbb masa tu dah nak sampai.
Ok, sampai di shahbandar kami plan nak ke Pasar Payang. Saja cukupkan syarat jejak Kuala Terengganu. Lelaki2 pulak pergi solat jumaat dulu di masjid sebelah pasar payang ni. Tak adalah borong baju pun dalam ni, cari souvenir saja.


semangat ninja turtle masih ada
Dari Pasar Payang kami terus balik ke Paka. 1 jam setengah jugak perjalanan. Kali ni tak ikut highway, ikut jalan dalam. Sebab nak cari satar. Jumpa jugak, alhamdulillah.... tapi banyak kedai tutup la.. sebab Jumaat kot.
Dah sampai Paka, takkan nak balik rumah terus.. marilah cari sotong goreng tepung. Google saja pantai paka, ada banyak kedai2 tepi pantai tu. Kedai yang mula2 kami pergi dah habis sotongnya. Tapi kedai sebelah dia ada lagi sotong. Alhamdulillah rejeki...

sotong RM10/100g

efek makan sotong. muncung2 semua

Murah jugak makan kat sini, lebih kurang RM10 untuk seekor sotong besar. Total kami makan + air RM58 ke RM68 ntah. Lupa sbb org lain yg belanja. tqqqqq. Kami makan sotong dan satar saja. Kenyang sampai esok haha

Maka tamatlah cerita perjalanan kami ke Redang. Aman hidup di Paka ni hehe. Tak sempat nak singgah di Mesra Mall. Lain kali insyaAllah.. Lepas ni nak plan percutian ke pulau lain pulak. 

Terima kasih sudi baca. Harap2 entry ni membantu.


bye2 Redang....





Thursday, June 9, 2016

Travel: Redang - Snorkeling di Marine Park

Assalamualaikum wbt...


Hari kedua ada 2 sesi snorkeling, 9.30am di marine park dan 2.30pm di open sea. Selepas subuh haruslah menyapa sunrise dulu sebelum sarapan.


selamat pagi dunia

tu geram ke geli?

pose wajib

subhanAllah

nak jugak

baby tak ada dlm gambar.


Bila sarapan dah sedia, jom lah kita. Pagi ni ada roti bakar (bakar sendiri lah), bihun goreng, dan goreng2 yg lain.. Sarapan keesokkannya ada nasik lemak pulak.


roti bako

goreng2


Perut pun dah kenyang, tapi belum lagi sampai masa untuk snorkeling trip, so jomlah snorkeling sendiri2 dulu di depan resort.


air yg jernih
meranduk air hehe
Di pantai depan resort ni pun banyak coral yg dihanyutkan ombak.

coral thorbaikkkk
Lebih kurang pukul 9 lebih, kami pun diseru untuk naik bot ke Marine Park. Sebelum tu bayar dulu tiket Marine Park di receptionist RM5/dewasa. Kanak2 free. Tiket ni nak beli di jeti shahbandar pun ada. Bot yg kami naik macam bot semalam jugak, berbumbung. Maybe dalam 30 minit jugak perjalanan.

Semalam snorkeling di open sea bot akan berhenti di tengah2 laut. Untuk Marine Park, bot akan berhenti di jeti dan kita akan berjalan ke pantai.

rombongan cik kiah dah sampai

view dari atas jeti
Bawah jeti memang banyak ikan. Ayah dan adik ipar saya awal2 dah terjun dari tepi jeti hehe... Rupa2nya bukan semua kawasan kita boleh terjun sesuka hati. Setiap resort dah ada bahagian masing2. Kawasan snorkeling untuk Redang Lagoon adalah sebelah kanan selepas turun dari jeti. Ada 3 meja kayu saja yang kami boleh duduk.
Masa yang diberi ialah 1 jam 15min 13 saat (bak kata penjaga kami tu). Snorkeling hari ni lebih seronok sebab kami semakin bijak hehe.

hantu roti dalam botol
Semalam di open sea, kami bawa roti dalam plastik. Lepas tu pecah pulak plastik tu. Maka berteraburlah roti... ikan2 di open sea tu tak datang sangat pun kat kita ni. Tapi ikan2 di Marine Park ni bagus, datang berjemaah menjamah roti.

ikan berjemaah



Di Marine Park ni, coral dia dah ada walaupun hampir dengan pantai. Kalau bahagian air dalam lagilah banyak. Ada satu coral besar dah macam bandaraya ikan kat situ. Kena jaga2 jangan terpijak. Kesian ikan2 ni kalau rumah dia pecah. Tapi sebenarnya saya geli hehe.

abaikan tarikh gotakpro camera adik saya ni

abaikan tarikh gotakpro camera adik saya ni
ni lah coral besar tu. Ngeri pun ada...  
abaikan tarikh gotakpro camera adik saya ni
Balik dari Marine Park memang lunch time, so terus makan. Pukul 2.30 ada snorkeling lagi di open sea. Tapi kami semua memilih untuk snorkeling di atas katil saja hehe.... Lagipun saya rasa snorkeling depan resort ni macam lagi best je. Dalam pukul 4.30 saya turun ke pantai resort. 

Makan malam harini special sikit sebab ada BBQ. Redang Lagoon sediakan BBQ setiap 2 malam. Kami yang check in semalam, dapatlah BBQ harini. Orang lain yang check in harini, merasa teruslah BBQ. Tapi esok malam diorang tak adalah BBQ ni. Pukul7 dah boleh mula membakor. Bakor sendiri ye yop.


ada jugak disediakan mee goreng

2 menantu terbakor. 1 lagi menantu tak ada gambar pulak


ada ikan cencari, sotong dan ayam


tempat BBQ sebelah dewan makan
Perut pun dah kenyang, mengulor lah kita. Esok dah nak balik. Dah tak ada aktiviti snorkeling... huhu. Berjumpa lagi di next entry insyaAllah. Terima kasih sudi baca. 




















Wednesday, June 8, 2016

Travel: Redang - Snorkeling Open Sea

Assalamualaikum wbt...

Entry sebelum ini saya ada share berkenaan hari pertama perjalanan kami menuju ke Redang, dan juga berkenaan penginapan kami di Redang Lagoon. Disebabkan kami naik bot 10.30, so dalam pukul 12+ kami sampai di resort. Campur tolak makan minum dan solat, tak sempat rehat dah kena ready untuk snorkeling yang pertama.

Pakej yang disediakan oleh Redang Lagoon ni termasuk 3x snorkeling iaitu 2x open sea pada jam 2.30pm, dan sekali snorkeling di Marine Park pada jam 9.30am.

Snorkeling Open Sea
Dalam jadual pukul 2.30pm bot akan bertolak. Jadi pukul 2 dah kena ada di tempat makan untuk sewa life jaket dan set snorkel. Digalakkan pakai contact lens untuk yang rabun. Nak power goggle pun ada tp limited bilangannya. Masa kami nak sewa tu, banyak lagi power goggle, jadi bolehlah sewa rm30/goggle. Power paling sikit 300 kalau tak silap. Husband saya rabun jugak. Tapi dia kata vision lebih clear di bawah air sebab medium berbeza. Dia la kata.. bukan saya kata haha. 
Kalau set snorkel biasa+google RM10 saja. Power goggle jadilah RM30. Kita kena simpan sendiri goggle dan life jaket sepanjang berada di sana. Bayar sekali je. Kalau hilang, power goggle kena bayar RM300 ye.... 

Di sini alhamdulillah perjalanan semua on time. Cuaca pun alhamdulillah cantik... tak hujan. Bila bot dah sampai, kami pun kena beratur dan berkawad ke bot. Selipar tinggal je kat bilik. Tapi nak ke bot kena redah air lah ye. Sampai paras dada air yang perlu diredah. Pekerja2 diorang ni pun sangat membantu. Yelah, nak panjat bot tu bukan senang ye. Agak licin. Botnya pulak bukan yang opened tu, tp tertutup.

berkawad ke bot

rombongan cik kiah
 Saya rasa perjalanan dalam 30minit kot. Sebab masing2 tak pakai jam, susah nak bajet. Bila dah sampai, sejam masa diberi untuk snorkeling.

Dalam ye air kat sini

first experience untuk family kecil saya. Adik2 saya dah pernah la snorkeling

Jangan jauh dari bot haha

Disebabkan ini first experience untuk saya dan anak2, so diorang tak pandai nak guna set snorkel tu. Diorang lagi prefer berenang2 gitu je. Tak nak menyelam. Dalam sungguh ye air sini. Gayat jugak sikit2 haha. Jom tengok gambar2 underwater yg saya sempat capture.



haruslah peace walaupun jejari tak runcing. Yang 3 set kaki tu kaki husband dan anak2 saya
 Saya guna Samsung Galaxy Mega je untuk underwater ni. Beli underwater casing RM18 haha. Beli di GM Klang. Level 4 kot yang ada jual gadjet2 ni. Di Tesco Shah Alam, sebelah lif tingkat atas tu pun ada.

macam ni je

Adik yang menjual tu dah pesan jangan ambil video underwater, sebab tekanan bawah air tu boleh rosakkan bateri. Tp ahkak degil dik.... hehe. So far alhamdulillah masih ok bateri hp.

Minum petang dan aktiviti bebas
Balik dari snorkeling ni, kami minum petang dulu. Then aktiviti bebas. Of course la kami memilih untuk snorkel di laut depan resort pulak. Masa ni lah baru berkesempatan untuk latih anak2 guna set snorkel ni especially cara nak bernafas. Lepas tu alhamdulillah diorang dah pandai guna. Barula boleh enjoy snorkeling. Depan resort pun not bad ye coral dan ikan2 nya. Cuma bahagian cetek tu air keruh sikit sbb kaki orang dok kuis2 pasir kan...


sesi terjun bot untuk balik hotel

anak saya dah lupa cara berjalan sebagai manusia haha

minum petang hari pertama. Cucur bawang dan bubur kacang
Kami memilih untuk makan di pangkin sambil menikmati angin petang. Yg seronoknya makan dan minum sini free flow. Boleh tambah banyak kali. Tapi jangan tamaklah ye.

Lepas snorkeling di depan resort, kami pun berehat. Makan malam pukul 7pm. Tak ada pulak gambar makan malam. Entry esok berkenaan hari kedua kami di sana. Ada snorkeling di pagi hari...to be continued.

Harap entry ini membantu. Terima kasih sudi baca.



Tuesday, June 7, 2016

Travel: Pulau Redang - Perjalanan Pergi dan Redang Lagoon

Assalamualaikum wbt...

Tarikh perjalanan: 1 Jun 2016 (Rabu) - 3 Jun 2016 (Jumaat)

Saya tak pernah ada pengalaman bercuti ke mana2 pulau di Terengganu. Jadi Pulau Redang ni adalah yang pertama. Kebetulan masa ni cuti sekolah dan semua ahli keluarga dapat bercuti, maka jomlah kita. Rombongan cik kiah saya ni 9 dewasa + 4 kanak2. Ayah, mak, kami 4 beradik, 3 menantu dan 4 anak2. Tiap2 tahun memang kena jalan2 1 family.

Perjalanan dari Shah Alam
Disebabkan jauhnya Terengganu dari Shah Alam, kami bertolak sehari awal. sebab pergi dengan kereta. Jadi pada Selasa 31 mei 2016, kami semua bertolak ke Paka dulu dan bermalam di sana. Kebetulan adik saya memang tinggal di sana, jadi free lah penginapan hehe.
Lebih kurang 12.40 tengahari kami bertolak dari Shah Alam, 5 petang alhamdulillah sampai Paka. Berhenti untuk solat sahaja dalam perjalanan. Jadi malam tu berehat secukupnya sebab esok nak kejar bot pukul 9 am.

beg kami 6 beranak. 1 beg tinggal di Paka

Feri ke Redang
Feri naik di Jeti Shahbandar. Susah jugak nak cari lokasi jeti ni. So saya search pasar payang kuala terengganu, sebab dekat je dengan jeti. tapi yang paling dekat ialah pejabat pos besar. Dalam sejam setengah perjalanan. Tapi disebabkan lambat jugak keluar (lebih kurang 7.15am), tak sempat la jugak naik feri pukul9. Kami sampai parking jeti lebih kurang 8.55am. Dah penuh agaknya feri pukul9 tu.
Bayaran untuk parking rm6/day. Bayar masa balik nanti. Dia akan letak 1 resit setiap hari pada wiper kereta. So kami ada 3 resit, rm18 total.
Dari parking kena jalan sikit. sikit jela... sampai je di jeti, saya tercari2 mana booth redang lagoon hehe. Bila tanya pekerja di situ, redang lagoon tak ada booth. Kena ambil tiket di kaunter tiket biasa. So saya pun ke kaunter tiket untuk ambil tiket. Alhamdulillah nama saya ada dan bilangan penumpang pun betul. Kami diberi tiket feri 10.30am. Kena tulis nama dan no ic semua ahli ye. Nasib baik rombongan saya semua ahli, hafal la sikit2 no ic diorang.

kaunter tiket
di sebelah kiri ada booth beberapa resort
Lepas tulis ic, dapat tiket pergi dan balik dan juga pass untuk 1 way. pass ni kena bagi masa nak naik feri. Balik dari Redang tak ada pass, tiket saja. Disebabkan feri lambat lagi, jomlah kita makan dulu. Bila bawa mak, mestilah ada adegan picnic hehe. Saya rasa kebanyakan mak memang mcm tu. Malam2 lagi dah masak sambal ayam petai. Maka berkelahlah kami di dalam kawasan menunggu feri tu. Dalam kawasan menunggu ni ada toilet. Cuma condition toilet la astaghfirullahalazim sikit... hmmmm... Kedai jual air pun ada.
tempat menunggu sambil berkelah
Dalam 10.20 bot kami sampai. Seat bebas rasanya. Nak sedap duduklah di seat first class. Kami dah terrrr duduk di seat biasa. Malas nak tukar. Jadi bermula lah perjalanan bot kami selama 1jam 30 minit lebih kurang.
Lupa nak cakap, perjalanan kami pagi tu tak dapat disertai oleh ayah dan adik ipar sebab ayah demam nak ke klinik dulu dan adik ipar kena masuk kerja sekejap huhu. Jadi diorang akan naik bot pukul 3pm. Saya inform je pada kaunter tiket tu, dia akan simpan tiket untuk diorang. Nanti diorang just inform nama saya.

jom naik feri

memenuhkan ruang



Tiba di Redang
Ada sesetengah resort akan terus sampai dengan feri ni. Bila sampai di jeti, diorang akan announce resort yang boleh turun. Antaranya Taaras dan DeRimba (ntah macam mana eja). Redang lagoon sila tunggu dalam feri hehe... Tak ramai yang tinggal dalam feri masa tu.
Kami yang tinggal dalam feri ni, meneruskan perjalanan sampai lah ke resort kami. Tapi kena tukar dari feri ke bot sebab kawasan resort kami air cetek. Saya tak sure resort apa lagi. Tapi tak ada masalah lah sebab tukar ke bot tu sebelah2 je. Langkah je. Tak perlu nak terjun tiruk hehe.
Bot yang kedua ni tak ada dinding, so nampaklah keindahan Redang. Tak sampai 5 minit dah sampai resort. Disebabkan Redang Lagoon dekat je dengan bot tadi, jalan kaki lah kami ke sana. Dalam 100m kot. Resort2 yg jauh sikit naik traktor.

bot kedua

hampir sampai. SubhanAllah

Check in hotel
Sampai saja di Redang Lagoon, saya terus check ini di kaunter. Receptionist di dewan makan. Bagi nama dan dia nak tengok bukti bayaran. Bukti bayaran dari bank ye, bukan resit yg dia bagi pd kita. Wifi pun disediakan di dewan makan ni. Dapat kunci je, kami letak barang dan terus makan tengahari. Pakej yg disediakan memang dah termasuk makan. Meh saya cerita pasal hotel ni pulak.


Hotel Redang Lagoon
Tak tahulah nak kategorikan hotel ke, resort ke, chalet ke... haha. Tempahan saya buat pada 24 mac 2016. Lebih kurang 2 bulan awal. Risau jugak kalau penuh. Tapi alhamdulillah masih ada rezeki.
Saya pun dah ingat macam mana saya boleh terjumpa hotel Redang Lagoon ni. Tapi bila terjumpa mmg terus terpikat, tak tukar yg lain dah. website hotel boleh tengok di sini.

Mula2 saya call untuk confirmkan harga. Lepas tu saya emel detail.



Gambar di atas ni selepas saya buat payment 50%. Asalnya 14 orang rombongan saya ni. Tapi seorang adik tak dapat join, so jadilah 13 orang sahaja. 9 dewasa, 3 kanak2, 1 bayi (10bulan).

Disebabkan kami ni masing2 dah berkahwin, so bilik pun asing2 la. Memang tak ada homestay besar pun. So kami ambil:
2 x twin (katil queen): RM380/person
1 x  triple (3 katil single): RM360/person
1 x quad (2 queen + 2 single): RM360/person
Kanak2 dikira rm180/person. infant FREE.

Harga ni dah termasuk sarapan, lunch, minum petang, dinner/BBQ, tiket feri pergi balik. Oh, tak termasuk GST hehe.
Tak termasuk juga sewa life jaket rm10/pax, sewa snorkel rm10/pax, tiket marine park rm5/pax. Sewa life jaket dan snorkel ni bayar sebelum snorkeling petang tu.

gambar dari ig redangisland_holiday
Gambar atas kiri: bilik twin (kami dapat bilik no 5 dan 7)
atas kanan: bilik triple (kami dapat bilik 105)
bawah kiri kanan: bilik quad, 2 tingkat. (kami dapat bilik M5)
Masa check in, kedua2 bilik twin kami dapat 1 extra katil single. Bilik quad pulak dalam 1 extra tilam single.

Kesemua bilik ni terletak sangat dekat antara satu sama lain. Dekat jugak dengan dewan makan. So kalau nak balik bilik sebab tertinggal barang taklah mengeluh nak jalan haha. Satu lagi, boleh keloi2 je adik2 dan parents saya sebab bilik berhadapan saja.

kedudukan bilik2 kami

bilik kami M5. Ada disediakan penyidai
Saya suka banyak perkara berkenaan Redang Lagoon ni, cuma toilet bilik saya je saya tak gemar. Mangkuk tandas dia berbau dan sungguh gelap lubang tandas. Tapi bilik yg lain2 ok tandas diorang.
Antara yang best di sini,

banyak hammock 

buaian yg menjadi rebutan sebab 1 je hehe

lunch. reaksi muka adik saya tu tak ada apa2 makna. makanan sini sedap hehe

dewan makan yang luas. boleh jugak makan di pangkin tepi laut
ada banyak pangkin berbumbung hijau
Alhamdulillah lepas lunch kami pun bersiap sedia untuk snorkeling pertama kami. Bersambung di next entry ye. Harap entry ini membantu. Terima kasih sudi baca.