Showing posts with label kundasang. Show all posts
Showing posts with label kundasang. Show all posts

Thursday, July 9, 2015

Travel: Sabah - Pekan Kundasang

Assalamualaikum wbt....

Cerita jalan2 di sekitar Sabah dah habis. Tapi teringat nak share pasal pekan Kundasang. Pekan Kundasang ni kecil saja. Saya tak jumpa pum stesen minyak di sini. Kalau ikut bacaan dari blog orang lain, ada stesen  minyak. So saya isi minyak di Ranau.

Jomlah biar gambar berbicara.

buah buahan di tepi jalan
  
buah2 lagi. Pek kecil2 ni 3 pek RM10 (ke RM5? adoiiiii terlupa)

lagi2 buah. Strawberi ada yang sebungkus rm20 dan lebih murah. Bergantung pada jenis

borongan hari pertama

diriku rambang buah

last stock durian
Dinner untuk first day di sana kami bungkus nasi putih dan sup ayam dari kedai makan yang ada, dan kepak ayam bakar. 1 ketul RM1.50.

gerai kepak ayam tu depan kedai makan yg kami tapau nasik

dinner
ini pulak kedai mamak kami sarapan sebelum ke desa cattle dairy farm
  
gunung kinabalu dari pekan kundasang

Sebelum datang ke Sabah, saya ada terfikir nak masak tomyam di kundasang ni. Maklumlah sayur sini segar2. Tapi masa tu tak pasti kat atas ni ada jual seafood dll ke tak. So tak jadi lah plan nak memasak tu. Jawapannya ialah ada jual ikan, ayam dll. Fishball tak sure sebab tak turun kereta untuk ke  kedai tu.


gerai jual2 makanan basah


 1 lagi pilihan hebat untuk makan di pekan kundasang ni ialah KFC... sedapnya hingga menjilat jari hehe. Sekali jela kami makan KFC tu. 

Ini saja yang saya dapat share berkenaan pekan Kundasang ni. Ada balai polis, tandas awam. Kecil saja pekan ni. Yang saya suka ialah banyak jual buah2an.. Ok, terima kasih sudi baca.







Thursday, June 11, 2015

Travel: Sabah - Kinabalu Pine Resort

Assalamualaikum wbt...

check in: 23 April 2015 (Rabu)
check out: 24 April 2015 (Khamis)

Malam pertama kami di Kundasang ni kami menginap di J Residence. Di akui memang best tempat tu. Tapi nak merasa tempat lain, kami pindah ke Kinabalu Pine Resort (KPR). Ini antara hotel popular di Kundasang. Booking dibuat dari website KPR tu sendiri. Dalam Agoda ada tapi tak ada slot untuk hari Rabu yang kami nak check in tu.

KPR

Harga yg ditawarkan di web KPR tu pun not bad. RM320 termasuk sarapan dan dinner untuk 2 dewasa. Ini bilik paling mahal la, blok S & N. Sebab dari blok ni terus nampak gunung kinabalu. Saya isi borang booking tu di website KPR, dan saya booking melalui emel jugak, Sebab masa tu katanya ada problem dengan sistem di web tu. So lepas bayar via internet banking, dia emel resit. Dia terima kredit kad tapi tak terima debit kad.

gunung Kinabalu di waktu subuh dari balkoni blok N

Bilik kami N3. berkembar dengan N4. Maknanya share balkoni la. Tapi rezeki kami, tak ada penyewa N4 pun masa tu. Sebelah kami N1 & N2 ada 1 family besar sewa. Tapi kami tak share balkoni dengan diorang. So ok la.

bilik kami sebelah kiri. Kereta Alza tu tak tahulah siapa punya.

tangga pemisah antara N1 N2 dan N3 N4
1. Urusan Check in

Tempat check in pada blok pertama masa kita masuk entrance KPR ni.

yang tulis RECEPTION tu, nampak ke?

Gambar atas ni dari arah bertentangan sebab masa ni tengah berjalan2, explore KPR ni. The Pines tu restoran untuk dinner dan breakfast. Kalau dari entrance KPR, jumpa reception dulu baru the Pines ni. 
Urusan check in takdelah cepat mana. Sebab depan saya tu ada pasangan walk-in untuk menginap. so tunggu diorang bincang, pilih bilik bla3 dah makan masa sikit. Sempit je bilik reception tu. Tapi ok la ada kerusi nak duduk2 sambil baca sijil2 yang ada hehe.

Masa check in ni kena bayar deposit RM200 ye (cash only). Dia dah warning siap2 kalau ada kerosakan disebabkan alih perabot, dia akan tolak dari deposit. Saya memang tak berani nak alih perabot langsung hehe. Masa check in ni jugak saya tambah 1 tilam RM30. Nak tambah katil pun boleh. RM45 kot. Tapi cukupla tilam. So RM30 tu akan ditolak dari deposit tu masa check out.

2. Bilik blok N

Jomla tengok bilik kami


balkoni yang sepatutnya share dengan N4

bilik kami. Nampak tak sosok gadis pada tingkap hehe

Kunci bilik tu touch je ye. Receptionist tu pun dah pesan, jangan tertinggal dalam bilik.

KPR ni memang offer 1 katil queen je. So tambahlah tilam/katil
Seperti yang kelihatan dalam gambar, ada cerek disediakan. Dan juga almari baju.
   
KPR ada kipas. TV pun dapat siaran
  


air panas baik punyaaaaa

3. Tarikan dalam KPR 

Kawasan KPR ni luas, Tapi cukup 1 hari untuk explore la. Kami check inn Rabu, tak ada apa2 cuti umum pulak tu. So tak rasa la sesak ke apa.
Antara tarikan dalam KPR ni:
- Rabbit House
- Playground
- Fish Pool


rabbit house tu sebaris dengan blik kami

jemput makan
 

playground. bolehlaaaa....

playground ni sekali dengan tempat BBQ. Anak2 boleh main sambil parents makan,

fish pool. tak nampak pun ikannya. Mcm lama tak maintain je

yg berderet 4 kat belakang tu adalah mangku tandas yang dijadikan pasu. Bagus hotel ni hehe

4. Dinner

Lepas melawat tempat2 ni, kami pun naik mandi dan bersiap untuk dinner. Start pukul 6 kot dinner. 

  
The Pines untuk dinner
   Seperti yang saya cakap tadi, harga bilik RM320 dah termasuk harga dinner untuk 2 dewasa. Yang menariknya KPR ni, kalaua ada tambahan orang, just tambah duit untuk apa yang patut. contohnya kami tambah nasi 1 pinggan, so tambah RM2 saja. Lauk banyak ya ampun... boleh makan 4 dewasa. 

seingat saya dalam menu kami ada sup, ayam goreng, ikan goreng, sayur goreng. Taste dia ok la, sama macam semenanjung jugak.

dia bagi mangkuk kecil2 untuk cedok sup. banyak kan lauk untuk 2 dewasa?

Lepas dinner jomla balik mengeroh di bilik hehe. KPR ni ada wifi  juga tp slownya ya ampun.... Masa di J Residence mmg laju sampai tak ada buffering. Sini baik kita tidur dulu drpd berwifi.

Keesokannya subuh2 dan bergambar. Nak menghadap gunung kinabalu. Rugi bayar hotel ni kalau tak menghadap gunung ni.   

  
tak pernah jemu memandangmu. SubhanAllah 
  
versi matahari terbit sikit
   
versi matahari terbit banyak
turun ke port bergambar yang disediakan KPR
    
jom melawat rabbit lagi. Si adik tu mmg tak suka pakai baju walaupun sejuk ya amat

5. Breakfast 

Pagi tu check out awal jugak sebab nak balik ke KK. 3 malam di Sabah, 3 hotel kau.... Sebab esoknya dah nak balik shah alam. so better dok KK untuk explore sana pulak.
gunung Kinabalu ni cepat je menyorok

Macam dinner jugak, breakfast for 2 dah termasuk dalam harga bilik. Boleh pilih set nak ala kampung ke western ke. Untuk anak2, nak tambah set pun boleh. Dalam RM17++. Tapi kami tambag milo je untuk diorang. 1 cerek RM4. Bayar masa makan tu. 
  
1 set western, 1 mee goreng kampung. Sedap la untuk tekak saya ni
Dalam set western tu ada baked bean, telur, sosej, roti bakar, orange juice. Set kampung tu pulak mee goreng dan air. Cereknya kecik je. Tapi bolehla dapat 2 kali cup kot setiap cerek.

Lepas makan kami terus check out, Lupa nak cakap masa check in dia bagi remote tv. so bawa la masa check out tu. Berdebar2 juga tunggu samada nak kena potong tak deposit hehe. Alhamdulillah tak kena. So jom balik KK dengan senyuman, bye2 KPR...

terima kasih sudi baca.

Monday, June 8, 2015

Travel: Sabah - Desa Cattle Dairy Farm

Assalamualaikum wbt....
Khamis: 23 April 2015

Pagi2 lagi kami dah check out dari J Residence sebab nak ke Desa Cattle Dairy Farm. Sebelum pkl 8 rasanya kami keluar. Receptionist pun tidur lagi. Tapi diorang tidur dekat tempat check out tu je. Ketuk2 pintu bangunlah diorang.

Sebelum ke Desa Cattle tu, kami sarapan dulu di Pekan Kundasang. Roti canai juga yang dicari hehe.

Mamak Sabah

bergambar sedas sebelum makan

Memang plan awal2 pagi nak ke Desa Cattle ni. Sebab gunung kinabalu ni pemalu ya amat..... Pukul 10 dah menyorok. So kami sampai ke sana dalam pukul 8.30. Rupa2nya pukul 8 dah buka. Dan kalau tekak omputih, boleh je breakfast kat dalam ni. Macam2 jugak jenis makanan yang ada.

Tak ramai orang pun masa kami sampai. So sebelum masuk ambil gambar dulu area luar ni. Then boleh bawa masuk kereta dan bayar tiket di pondok jalan masuk tu.





Sebelah kanan tu pondok tiket

waktu operasi dan harga tiket
Lepas parking, ambil gambar sikit2 kat luar. Then, terus ke cafe untuk pekena ais krim dan waffle.

Kami duduk sebelah tempat mengepam susu. Tapi sesi mengepam dalam pukul 2.30 - 3.00 petang macam tu. Kami tak tunggu la. Sambil makan ais krim, sambil tengok tayangan video berkenaan tempat ni.

berlari berjalan nak ke cafe

tengok cara susu dipack


menikmati aiskrim dan waffle
Lepas makan, kami round2 tengok proses pembungkusan susu. Then, kami ke tempat paling menarik iaitu CALF PEN. Nak suap susu kat anak2 lembu. Saya yang excited sbb dah tahu anak2 mesti enjoy aktiviti ni.

Kat sini ada anak lembu dan kambing. Kalau nak beli susu 1 botol RM1.50, rumput seikat RM1. Mula2 saya beli sorang sebotol je untuk anak, tapi punyala laju lembu tu menyedut. Anak2 saya jadi sangat excited, laju je diorang pergi capai botol susu lain. So sediakanlah duit banyak2 haha. Kalau tak silap anak saya ambil seorang 3 botol susu dan 2 ikat rumput. Lembu dan kambing tu pun nampak lapor bebenor.... Kesian pulak nengok nye... Layankan jela.


  

   



  


  

effect lepas jumpa lembu dan kambing

Lepas dipaksa dipujuk2, barulah anak2 ni berhenti mengusik  menyusu lembu dan kambing ni. Jangan lupa basuh tangan. Risau saya bab2 kencing tikus ni.

Desa cattle ni tak ada apa sangat nak dilawat. Cuma view nya la cantik, dan peluang menyusu lembu tadi. Toilet ada, 30sen termasuk GST hehe.

Dah habis lawat kawasan, kami ke Kinabalu Park. Bersambung....

Terima kasih sudi baca...

Model ladang lembu
Model tua


Model sebenar