Monday, June 8, 2015

Travel: Sabah - Menginap di J Residence, Kundasang

Assalamualaikum wbt...
check in: 22 April 2015 (Rabu)
check out: 23 April 2015 (khamis)

Kundasang ni banyak hotel. Tp bukanlah taraf hotel di bandar2 tu. Lama jugak saya buat survey untuk hotel2 di sini. Tapi J Residence ni yang menambat hati. Kami menginap 1 malam saja disini. 1 malam lagi di Kinabalu Pine Resort.

bilik kami sebelah kanan
Nombor bilik: 3A
Katil: 1 queen + 1 super single
Kalau tolak villa, ini la saiz bilik yang paling besar

1 queen + 1 single


berdepan dgn villa

Booking untuk J Residence (JR) ni dibuat melalui website JR sendiri. Dalam Agoda tak ada. Ada 10 bilik je kot di sini. Kami target rumah no 5 sbb view nampak cantik. Tapi masa nak book tu dah ada org book. So kami duduk di rumah 3A. Rumah ni ada 1 katil queen, 1 single. So cukuplah untuk kami berlima. Itu bilik yang kedua terbesar. Yang terbesar adalah villa. Siap ada dapur, mesin basuh dll. Membazir la untuk kami rumah sebesar tu nak duduk dengan 3 budak kecil je.

Bilik kami ni RM99 saja semalam. Kelengkapan yg ada:

1. Toilet dan shower di dalam bilik
Rata2 saya baca review air shower tak panas langsung walaupun ada heater. Tapi melalui pengalaman saya, air Alhamdulillah cukup panas untuk mandi malam dan pagi esok tu. Tak ada masalah. Shower jela yg ada heater. Sinki dan toilet bowl tak adalah heater.
Tekanan air di sinki dan toilet pulak terlebih kuat. Shower je perlahan sikit airnya. Apa2 pun masih boleh diterima la. Dalam toilet pun ada baldi kot2 nak basuh baju hehe.

Sabun mandi disediakan. Towel pun dapat. Kami dapat 3 helai sebab 1 queen + 1 single.

sinki dan paip bowl tu air sejuk

shower ada heater

2. Dapur dan cerek kongsi
Bilik kami 3A, bersambung dengan 3B. memang ada pintu yg menyambungkan 2 bilik ni. Sebelah bilik 3A (bahagian luar) ada dapur comel. Ada meja makan, dapur kecil, cerek air, sinki dan tempat BBQ. Area ni share la dengan 3B. Dalam bilik tak ada cerek, cuma disediakan air  mineral dan serbuk kopi, dan cawan jugak.

pintu sambungkan 3A dan 3B

ini sebelah bilik kami. Yg berbata sebelah sinki tu tempat BBQ

3. DVD player
TV dan DVD disediakan. Siaran TV tak ada. So kami dapat CD Dolphin Tale 2 dan apa ntah cerita perang. Tak tengok sangat pun sebab tidur.

4. Free Wifi
Yang ini best sbb laju wifi dia. Anak2 tgk youtube tak buffering pun.

5. Tak ada kemudahan iron
Perkara di atas adalah dirujuk. So saya siap2 bawa iron dari rumah. Tempat sangkut baju pun tak ada ye. Hanya disediakan almari yang ada dalam 6 laci untuk letak apa yang patut.

6. Selipar bilik tak ada
Info ni pun saya dapat dari blogger lain. So saya beli siap2 selipar jepun dari jepun, eh silap.. beli kat pekan Ranau je hehe. Pakai dalam toilet. Siap tertinggal lagi di hotel tu. Rezeki diorang lah ye.

Rumah ni kayu. Kebanyakan hotel Kundasang ni memang kayu. So cabaran saya ialah nak suruh 3 anak kecil tu jalan jengket2, jangan lompat2 dalam rumah tu. Bukan apa, kesian orang bilik sebelah.

Cuaca di JR ni cukup sejuk especially masa tidurlah. Sebab tu kipas tak disediakan. Tapi waktu kami sampai, petang. So kalau tutup pintu bilik rasa lemaslah sikit sbb tak ada pengudaraan. satu2 nya tingkap/ruang udara keluar masuk is dinding toilet. Menghadap hutan.

1 lagi yang mencabar di JR ni ialah laluan nak masuk ke hotel ni. Signboard hotel tepi jalan je, tapi lepas tu kena turun bukit. Bertafakur jugakla sekejap dok fikir mampu ke nak turun bukit tu hehe, Alhamdulillah ok je... Jalan dia pun dibuat supaya tak licin.

ini lah jalan keluar dan masuk. pondok yang nampak tu rumah kami la

Gambar2 yang sempat captured

dari balkoni kami nampak rumah no 5

si kembar ni mmg penuh aksi. kakak give up terus tido atas lantai
   
versi berlampu
  
sesudah subuh kita photoshoot 

berkabus 
tempat BBQ

Rumah no 1
Untuk dinner malam tu kami dah beli siap2 di pekan Kundasang. Nasi putih 2 bungkus, sup ayam dan chicken wing. chic wing ni katanya fofular sangat di Kundasang. Kedai kami beli ni seketul RM1.50.

Keesokan tu kami check out awal sbb nak ke Desa Cattle Dairy Farm. Sarapan roti canai di Pekan Kundasang. Bersambung....

Terima kasih sudi baca...

3 comments: