Monday, June 8, 2015

Travel: Sabah - Desa Cattle Dairy Farm

Assalamualaikum wbt....
Khamis: 23 April 2015

Pagi2 lagi kami dah check out dari J Residence sebab nak ke Desa Cattle Dairy Farm. Sebelum pkl 8 rasanya kami keluar. Receptionist pun tidur lagi. Tapi diorang tidur dekat tempat check out tu je. Ketuk2 pintu bangunlah diorang.

Sebelum ke Desa Cattle tu, kami sarapan dulu di Pekan Kundasang. Roti canai juga yang dicari hehe.

Mamak Sabah

bergambar sedas sebelum makan

Memang plan awal2 pagi nak ke Desa Cattle ni. Sebab gunung kinabalu ni pemalu ya amat..... Pukul 10 dah menyorok. So kami sampai ke sana dalam pukul 8.30. Rupa2nya pukul 8 dah buka. Dan kalau tekak omputih, boleh je breakfast kat dalam ni. Macam2 jugak jenis makanan yang ada.

Tak ramai orang pun masa kami sampai. So sebelum masuk ambil gambar dulu area luar ni. Then boleh bawa masuk kereta dan bayar tiket di pondok jalan masuk tu.





Sebelah kanan tu pondok tiket

waktu operasi dan harga tiket
Lepas parking, ambil gambar sikit2 kat luar. Then, terus ke cafe untuk pekena ais krim dan waffle.

Kami duduk sebelah tempat mengepam susu. Tapi sesi mengepam dalam pukul 2.30 - 3.00 petang macam tu. Kami tak tunggu la. Sambil makan ais krim, sambil tengok tayangan video berkenaan tempat ni.

berlari berjalan nak ke cafe

tengok cara susu dipack


menikmati aiskrim dan waffle
Lepas makan, kami round2 tengok proses pembungkusan susu. Then, kami ke tempat paling menarik iaitu CALF PEN. Nak suap susu kat anak2 lembu. Saya yang excited sbb dah tahu anak2 mesti enjoy aktiviti ni.

Kat sini ada anak lembu dan kambing. Kalau nak beli susu 1 botol RM1.50, rumput seikat RM1. Mula2 saya beli sorang sebotol je untuk anak, tapi punyala laju lembu tu menyedut. Anak2 saya jadi sangat excited, laju je diorang pergi capai botol susu lain. So sediakanlah duit banyak2 haha. Kalau tak silap anak saya ambil seorang 3 botol susu dan 2 ikat rumput. Lembu dan kambing tu pun nampak lapor bebenor.... Kesian pulak nengok nye... Layankan jela.


  

   



  


  

effect lepas jumpa lembu dan kambing

Lepas dipaksa dipujuk2, barulah anak2 ni berhenti mengusik  menyusu lembu dan kambing ni. Jangan lupa basuh tangan. Risau saya bab2 kencing tikus ni.

Desa cattle ni tak ada apa sangat nak dilawat. Cuma view nya la cantik, dan peluang menyusu lembu tadi. Toilet ada, 30sen termasuk GST hehe.

Dah habis lawat kawasan, kami ke Kinabalu Park. Bersambung....

Terima kasih sudi baca...

Model ladang lembu
Model tua


Model sebenar








No comments:

Post a Comment