Showing posts with label cameron highlands. Show all posts
Showing posts with label cameron highlands. Show all posts

Wednesday, October 25, 2017

Travel: Cameron Highland - Kea Farm, Green View Garden

Assalamualaikum wbt..

Hari ni dah nak balik. Kami check out pun awal dari hotel, nak ke Kea Farm dan juga Green View Garden. Kedua2 tempat ni memang on the way balik je kalau turun di Simpang Pulai.

bergambar di lorong lps check out
Sebab malam kedua kami park di lorong belakang hotel, jadi jalan kaki lah ke kereta. Kami sarapan di Kea Farm ni, kebetulan ada kedai mamak. Apa lagi... roti canai leee haha.

1. Kea Farm

kea farm
3 hari di Cameron ni, banyak kali lah lalu depan Kea Farm ni, tapi tengok susah betul nak parking. Orang parking di kiri dan kanan bahu jalan. Masa kami pergi ni, alhamdulillah ada parking yg betul2 parking, berhampiran hotel. Tak ingat pulak nama hotel huhu...

Mulanya saya ingatkan Kea Farm ni macam pasar malam (tapi siang) je, rupa2nya jika ke dalam lagi, mcm ada mini park.


mini park yg saya maksudkan
ada la jual mainan sikit2 dan bunga2
Tak lama sangat kami di sana. Beli barang sikit2 dan bertolak balik.

pilih2 kaktus
Masa nak ke kereta, nampak pulak orang jual durian. so nak cuba lah kan durian tanah tinggi mcm mana rasanya hehe. sebungkus (5-6 ulas) rm 37. Bolehla... buat rasa je. Dan sama je rasa dengan durian biasa haha

tempat kami parking
2. Green View Garden

Kalau turun ke arah Simpang Pulai, mmg akan nampak tempat ni. ataupun landmarknya Avant Chocolate.

udah sampeee
Sini pun fokusnya pada bergambar. Ada juga cafe kalau nak makan western, chocolate dll. Boleh beli choc juga sebab ada kilang Avant tu di sini. Jom tengok gambar2 kami di sini.





kanak2 boleh lah nak main ni

harga mainan dan makanan haiwan
Kami beli rumput sebungkus tu, bolehla bagi arnab makan.

jemput makan arnab
Tamatlah percutian 3H2M kami di Cameron Highlands. InsyaAllah akan datang lagi suatu hari. Terima kasih sudi baca.







Travel: Cameron Highland - Pasar Malam Golden Hill dan Dinner Steambot

Assalamualaikum wbt...

Entry sebelum ini saya ada share pengalaman kami (sekejap saja) ke Big Red Strawberry. Tapi sebelum tu sebenarnya kami singgah ke Pasar Malam di Golden Hill dulu. Pasar malam dulu di Brinchang, tapi dah bertukar ke Golden Hill. Di Brinchang masih ada, tp lebih kepada gerai2 souvenir.

Kami sampai dalam 2.30 pm, punya la awal... orang tengah pasang khemah haha. Tapi banyak juga yg dah mula berniaga. Jadi kami dapat la banyak diskaun jugak sbb first customer gitu

pasar malam di kawasan perumahan (apartment)

katanya belakang tu perkampungan moden orang asli
Kami balik ke hotel untuk berehat sekejap. Lepas maghrib, jalan kaki jugak cari makan. Kali ni try steambot. Fauzi Steamboat kot namanya.

jalan2 cuaca sejuk, no hal
dinner kami malam tu
Kami ambil set steambot untuk 2 orang, tambah nasik goreng cina dan air. Total dalam RM60++. Dalam perjalanan pergi/balik kedai memang akan lalu kedai2 souvenir. Bolehla menjamu mata disamping menjamu selera.


Ini adalah malam terakhir kat sini huhu...tak puas 3 hari 2 malam kat sini. seronok menikmati cuaca. Apa2 pun sebelum tidur layan strawberry dulu yaaaa

nutella beli sendiri hehe
Terima kasih sudi baca. Next entry saya akan share perjalanan balik kami. Kami singgah di Kea Farm dan Green View Garden.






Travel: Cameron Highland - Butterfly Farm, Big Red Strawberry

Assalamualaikum wbt...

Entry sebelum ini saya telah share perjalanan kami ke Cameron Lavender. Balik dari sana, kami singgah di Butterfly Farm pula. Tempat ni di tepi jalan sahaja.

1. Butterfly Farm

Bayaran RM10 dewasa kalau tak silap. Tapi agak luas Butterfly farm ni. Ada juga spesis2 kumbang dan haiwan2 lain. Kebun sayur pun ada.




ada juga kumbang2

ada la haiwan sikit2 mcm arnab, ayam
dan sayur2an
Di sini gift shop dia kurang menarik la. Tak beli apa pun.

2. Big Red Strawberry Farm

Tempat ni dekat saja dengan hotel kami. Boleh jalan kaki je. Tapi kami drive sebab dari Butterfly Farm tadi. Agak menyesal jugakla drive ke sini sebab tak ada parking. Kena parking di atassssssssssssss sana. Sudahnya kami hanya makan2 kat sini, tak explore pun Strawberry Farm. Sebelahnya pun ada Cactus Valley. Bye-bye jela... tak masuk pun.

jalan masuk utk ke parking
adala tempat nak bergambar sikit2
jom serbu food court
pilihan makanan kami
Disebabkan parking di puncak dunia, nak turun agak curam lah. Masa tu pulak jalan basah, jadi seriau sikit. ALhamdulillah tak ada apa2 yg berlaku.

Sebenarnya sebelum ke Big Red ni, kami ke Pasar Malam dulu. Itu next entry insyaAllah.
terima kasih sudi baca.

Travel: Cameron Highland - Cameron Lavender

Assalamualaikum wbt...
Ok kita sambung aktiviti kami pada hari kedua.

1. Sarapan

Hotel ni memang tak menyediakan sarapan. So saya just bancuh milo dan makan biskut untuk lapik perut. Kami bersarapan sebenar di kedai makan (tak ingat nama). Kedai ni pun terjumpa semalam masa round2. Terletak betul2 di tepi jalan kalau otw turun ke simpang pulai.

sarapan kami
Masa sarapan ni, sikit2 angin bertiup. Perghhhhh sejuk, bahagia rasa.
Lepas makan jom ke destinasi pertama hari ini iaitu Cameron Lavender.

2. Cameron Lavender

Tempat ni memang banyak spot untuk bergambar. Daebak!! Of course lah ada bayaran masuk. Dewasa RM10. Kanak2 RM7. Jom tengok gambar2 kami di sini.

sebelum masuk




Sempat juga makan kek di cafe dia. Try Lavender Cake. Hmmmmm rasa sabun haha.
Sebelum keluar, masuk kedai gift dia yang best. Sempat la beli Lavender Body Scrub RM20++.

kiri strawberry cake, kanan lavender cake
kedai wangi
Balik dari Lavender Garden, kami singgah pula di Butterfly Farm. Saya akan berkongsi di next entry InsyaAllah.

terima kasih sudi baca.

Travel: Cameron Highland - Bharat Tea, Taman Sedia, Cameron Square


Assalamualaikum wbt

Kami bertolak dari Shah Alam lebih kurang 8 pagi. Naik ke Cameron melalui Tapah (menyesal), dan sampai di Bharat Tea lebih kurang 11.30 pagi. Hujan renyai2 masa ni, namun kuredahi jua.

1. Bharat Tea

Di Bharat Tea ni, ada cafe untuk makan2 kek dan mengeteh sambil menikmati pemandangan hijau ladang teh. Kalau nak turun ke ladang teh tu pun boleh, dan ada 2 cara:
cara 1: jalan kaki je. saya tak ingat harga, tp tak sampai RM10/adult. 
cara 2: naik buggy. Mahal la sikit kalau nak naik yang ini.

Buggy tu sejam sekali saja akan beroperasi, sebab perlu dicaj. Masa kami sampai tu, buggy baru nak caj, so malas lah nak menunggu. Kami turun tangga saja. Turun memang seronok, tapi masa nak naik balik, beribu sesalanku huhu.

Buggy tu akan bawa lebih jauh ke ladang ni, sebab ada kawasan macam sungai sikit. Kami taklah jalan sampai ke situ, nampak dari kejauhan saja. Jom tengok gambar kami menikmati kehijauan.
teh itu hijau

Tak lama pun kami spend masa di Bharat Tea. Perjalan diteruskan ke Taman Sedia, cari makan.
Di Taman Sedia ni banyak chalet. Atas sebab yg sama, jadi padat la kawasan ni. Kami ke sini sebab nak tengok penempatan Melayu kat sini, dan cari makan. 

2. Taman Sedia

pintu gerbang ke taman sedia
Banyak deretan kedai kecil di sini, berhadapan dgn chalet2. Antara chalet yang ada ialah Ros Chalet. Kami makan pun di kedai/cafe milik Ros Chalet ni.

makanan ringan2 saja
Selain makan di atas, ada juga maggi dan roti bakar.

kedai yg kami singgah makan

ada souvenir
Selain chalet dan kedai makan, ada juga ladang strawberry. tp sebelah Ros Chalet ni tak boleh dipetik. Memang diorang tanam untuk kegunaan kedai sahaja.

geram tgk strawberry
Taman Sedia ni ada surau besar, tapi tak buat Solat Jumaat. Kena keluar sikit dari kawasan ni. Lepas makan, kami terus ke Cameron Square pulak. Sbb masih awal nak check in pun.

3. Cameron Square

Cameron square ni mcm mall yg ringkas sahaja, tapi ada beberapa attraction jugakla. Antaranya 3D museum dan mini themepark. Kami lepak di mini themepark saja, makan pun di food court situ. Saya agak terkejut juga harga makanan di Cameron ni agak murah.

Cameron Square
Untuk themepark, lebih kurang mcm sunway pyramid dll. Kena beli card, dan isi duit dlm kad tu. Touch je pada mana2 game yg nak dimain. Lebih kurang RM5-RM7 setiap game. 6D movie pun ada, RM10 rasanya. Tak masuk pun lah.

antara mainan yang ada
bumble bee boleh bercakap dan pusing sikit2
Lepas Cameron Square ni, kami check in Snooze Hotel. Saya dah share dalam entry sebelum ni. Kami berehat sekejap. Lepas maghrib, baru lah keluar makan. Yang seronoknya duduk di town ni, kedai makan belakang hotel saja. Sejukkkkk jalan.

jom jalan
Saya lupa apa nama kedai makan ni. Makanannya standard macam kedai makan biasalah. Ada tomyam, goreng2, western... dan ada yong tau fu. 

dinner kami
Perut pun dah kenyang, jom kita round2 town sikit. Lintas jalan depan hotel je. Cari strawberry hihi. Akhirnya zzzzzzzzzzzzzzzzzz

Nantikan kisah kami di hari kedua pada next entry ya. Terima kasih sudi baca.