Showing posts with label pahang. Show all posts
Showing posts with label pahang. Show all posts

Monday, August 24, 2020

Travel: Genting Highland - Indoor Park Skytropolis

 Assalamualaikum wbt...

Tarikh pergi: 20 Ogos 2020 (cuti awal Muharram)

Kami bertolak dari Shah Alam jam 9 pagi dan sampai di Awana Skyway dalam 10.30 pagi. 

1. Tiket 

Tiket Awana Skyway dan Skytropolis saya dah beli awal2 dari Shopee sebab risau ramai orang. Maklumlah, cuti umum 20 Ogos tu.

Harga cable car sama saja di shopee atau di kaunter iaitu RM16/return/pax. Harga Skytropolis murah sikitlah di Shopee. Saya beli Preview Pass supaya boleh naik ride banyak kali. Harga kalau Walk in RM70, di website genting RM65, shopee RM62.50 sahaja. Saya purchase sehari sebelum pergi, dalam 10 min dah dapat tiket via email. 

Di website https://www.rwgenting.com/Theme_Parks/Skytropolis/ ada banyak lagi pilihan. Boleh ambil pakej VR sekali.

Tiket cable car tu tak print pun takpe sebab boleh scan je dari handphone. Tp tiket Skytropolis tu saya print. Nanti saya cerita di bawah.

2. Cable Car

Kami sampai di cable car ni dah 10.30am. Saya dah risau takut ramai orang. Tapi rupa2nya kosong je hihi... Jadi kami terus lah naik cable car tanpa beratur.


kosongnya.... 



Disebabkan PKP, dia tak campur2 family dalam ni rasanya. Cable car sebelum kami, pakcik tu naik sorang2 je. Sayu nampak... hihi

rujukan pantas


3. Makan

Perjalanan cable car ni dalam 10 - 15 min saja. Di web genting kata Skytropolis buka jam 12pm haritu, so kami pun nak makan lah dulu. Tapi rupa2nya pukul 10am dah buka sebab public holiday. 
Plan asal kami nak makan di DC comic cafe, tapi rupa2nya dah tutup!! Saya baca di tripadvisor bulan Feb haritu masih buka. Hmmmm.... so makan di texas chicken jela. Makan sikit je buat alas perut.


1 lagi kami makan di Subway, tapi ni selepas dah habis main lah sebelum turun ke Gohtong.

First time cuba mac n cheese subway


4. Skytropolis

Kalau naik Awana Skyway, kita akan sampai di level 4. Jadi kenalah turun ke level G untuk ke Skytropolis ni. Terus nampak je park ni bila turun cable car tu.


Tiket saya dah beli sehari sebelum di shopee. Jadi saya ke kaunter untuk tukar tiket kepada wrist band saja. Tapi saya tak pasti kalau tak pakai wrist band, boleh tak naik semua ride ni dengan scan bar code pada kertas saja. Sebab kita kena scan bar code pada wrist band ni setiap kali sebelum naik apa2 ride.

Masa saya nak tukar ke wrist band tu, memang pekerja tu baca betul2 kertas yang saya print tu. Sebab tu saya rasa better print kalau nak tukar ke wrist band.

Park map 

Map ni boleh tengok di website

Rides dalam ni terbahagi kepada 3: kids, family, thrill. Jom tengok kids ride yang kami naik

Loop de loop
Boo Boo Bump

Ada lagi kids ride yang kami tak naik. Sebab anak2 suka sangat bumper car (boo boo bump) ni, berulang2 naik.

Ini pulak family rides yang kami naik.


skycraper


ballon race



Soaring Ship

Soaring ship ni paling lama beratur, lebih kurang 45 minit.

Copper Express

space cadets
tea cups

royale carousel

Untuk thrill rides pulak sempat naik 1 saja iaitu Music Express.

kena buka spec

Ada beberapa thrill rides yg memang tak buka haritu iaitu The Bolt dan Super Glider. Lepas tu pulak, time saya nak naik Disco boleh pula fire alarm bunyi. So thrill ride semua stop operation. Kids ride je boleh naik. Masa tu dah 4 pm ++, so akhirnya malas nak tunggu bila pulak nak on kan. Kami terus ke surau untuk solat dan jalan2 level 4.

5. Surau

Untuk ke surau, boleh exit di sebelah Music Express dan masuk ke Sky Avenue. Then turun sampai level G. Surau opposite dengan medan selera. Telekung bawa sendiri ya sempena PKP ni.

6. Tips Skytropolis/Indoor Park

i. Sentiasa pakai face mask dengan betul. Ada 'polis' yang akan tegur kita supaya pakai mask dan jaga jarak. 
ii. Sanitize tangan sebelum dan selepas naik ride. Yelah, ramai orang sentuh ride tu kan. Alhamdulillah banyak sanitizer yang disediakan di setiap ride. 
iii. Ada ride yang ditutup sekejap dalam 10minit untuk tujuan sanitizing. bagus...
iv. Setiap ride ada min dan max height. Ada juga ride yang perlu dewasa (16 tahun ++) untuk temankan anak2 kecil. Jadi elok lah juga ibu/bapa beli preview pass juga supaya dapat temankan anak.
v. Jika ibu/bapa tak main banyak, bolehlah beli tiket per ride. RM10 atau RM15 per ride, mengikut hari.

7. Ripley's Believe it Or Not dan lain2

Sebenarnya memang dalam plan nak masuk Ripley's ni juga. Dan di shopee sangatlah murah harganya, dah survey pun dari seller yang sama. Cuma tak beli lagi sebab takut tak sempat masuk, sebab anak2 mesti susah nak di ajak keluar dari Skytropolis tu.
Tapi since tiba2 fire alarm, kami keluar lah dalam pukul4 ++ dari Skytropolis dan solat dulu. Konon2 nak beli tiket di shopee on the spot lah, sebab sekejap je prosesnya. Tapi penjaga kaunter tu kata tiket kena beli 1 hari sebelum, kalau tak nanti tak boleh scan. Jadi saya pun tanya lah seller shopee tu, dia kata skytropolis ada je yg beli on the spot dan boleh masuk terus. Tapi saya tetaplah risau sebab Ripley's ni bukan di bawah kelolaan RWGenting, tetapi Only World Group (OWG). Harga walk in RM75/pax ok..... di website genting/shopee baru RM38. Setelah berfikir2 sambil makan subway, kami decide untuk lain kali jelah datang Ripley's ni. Cuma harap2 harga murah lah lain kali pun sbb RM38 ni harga promo merdeka huhu.
Nota padat: RM38 atau RM75 ni harga untuk masuk 5 park. Ripley's, zombie, infinity room, dinosaur, 4D trick art

Level 4 ni ada juga ride2 lain, tapi kami tak naik pun untuk kali ni. Sebelum ni (Oct 2019) kami ada juga ke sini, ride di sini kena beli token. Minimum purchase token masa tu ialah RM50. Tak ingat pula 1 token berapa RM.
Ni gambar2 Oct 2019 ya, tak update blog pula masa tu hihi.





Jadi lepas makan, kami pun decide untuk turun jelah dari Genting tu. Sebab hotel pun tak check in lagi. Kami naik cable car dalam pukul 7.20 malam. Cantik juga view dan environment masa ni.


sejuk keeee... haha





Sampai saja di bawah, kami beli Oden saja di family mart untuk dinner haha. Kebetulan memang nak top up touch n go sebab masuk parking pakai TnG je. Total harga parking harini ialah RM26. Agak murah lah berbanding yg kami pergi pada Oct 2019, rasa2 dalam RM35. Maybe sebab harini di kira sebagai weekday kot walaupun cuti umum.

Lepas keluar parking  kami terus je balik hotel. Tak sabar nak baring, sakit kaki... InsyaAllah next entry ialah berkenaan penginapan kami di Awana Resort. Terima kasih sudi baca dan diharap info ni membantu.






Sunday, July 12, 2020

Travel: Fraser Hill and Shahzan Inn


Assalamualaikum wbt..

Semenjak kerajaan dah benarkan rentas negeri sempena PKP ni, berlumba-lumba semua nak pergi bercuti ya... saya pun termasuklah juga di dalam golongan itu. Tapi percutian kali ni sebab anniversary, alhamdulillah. Kali ini kami pilih Fraser Hill sebab tak pernah pergi lagi, itu je haha.

Ok, jadi kami bertolak Jumaat petang dari Shah Alam. Lebih kurang 2 jam lebih perjalanan, sampai lah kami di puncak Fraser Hill ni. Sampai2 saja kami terus check in. Di sini saya memilih Shahzan Inn sebab agak dekat dengan clock tower tu. Almaklumlah first time sampai sini, jadi takut yg lain2 tu jauh sangat.

1. Shahzan Inn

Lobi

Lobi agak luas. Banyak kerusi untuk menunggu dan proses check in cepat je.

Game

Kalau rasa boring2 menunggu, bolehlah main game dulu. Ni pakai token. RM4/token. Ataupun cuba menaiki beca.

3 penarik beca

Jika terasa sejuk pula, bolehlah memanaskan diri di unggun api.

unggun apikah namanya?

Nampak macam api betul.




Saya book melalui Agoda, RM198/bilik (termasuk tax) yang ada 2 katil single. Saya ambil connecting room. Saya dah call Shahzan Inn ni sehari sebelum check in untuk request connecting room ni. 

1 bilik
connecting room

Kami di sana 2 hari 1 malam, dan sepanjang itu memang lif rosak. saboooo jelaaa.. haha. Bilik kami pulak tingkat 3. Dan masa kami masuk bilik tu, tengok salah satu bilik tu bersepah. Adoiii... call pulak receptionist minta tolong kemaskan. Call guna handphone sebab telefon dalam bilik tu tak tulis pulak nombor receptionist. Saya tekan 0 tak dapat, tekan 1 tak dapat. Rupa2nya tekan 501 untuk receptionist. Ni pun tahu sebab tanya pekerja dia selepas tu. Tapi tidaklah semua ini merosakkan mood percutian saya, dugaan kecil je tu haha.

toilet

Toilet bilik saya ni ok jelah. Tp flush tu pastikan godeh2 sikit, kalau tak memang tak berhenti air tu turun. Toilet bilik 1 lagi tu flush taknak turun air banyak, so tak dapat flush benda yg patut di flush haha.

shower

Shower ada air panas dan sejuk, berfungsi dengan baik alhamdulillah. Towel di sediakan 2 towel mandi setiap bilik, dan 2 towel muka.

toiletries

Ada disediakan sabun, syampu, shower cap. 

tv

TV pun channel boleh tahan, ada HBO. Tapi tidaklah banyak sangat channel.

iron

Iron disediakan di common area. Saya tak cuba guna pun sebab dah bawa iron sendiri. 
Cerek, 3in1 dan mineral water disediakan, alhamdulillah. 

Bilik di sini ada 2 view. Bilik kami ni murah sikit sebab garden view. 1 lagi Golf Club view, mahal dalam rm50-100 macam tu.
Garden view

Hotel ni rate 3 star saja, jadi tak lah tinggi sangat expectationnya. Cuma perkara berikut kalau ada lagi bagus:
1. kipas dalam bilik - memang sini malam2 agak sejuk (tak la sejuk sangat). Tapi bila tak ada kipas tu rasa agak lemas lah. Walaubagaimanapun (skema...), boleh buka tingkap. Tingkap pun dilengkapi dengan jaring nyamuk.
2. Wifi - adoiiii ni memang mencabar. Tak dapat wifi hotel dalam bilik. Dan handphone sendiri pun hilang signal. Almost tak ada signal dalam bilik ya. Berdiri di balcony bilik dapatlah 1 bar. Hmmmm...

Ok, jom tengok sarapan pula. Disebabkan kami ambil 2 bilik, dapatlah 4 tiket sarapan. Jadi saya tambah lagi 2 tiket untuk kanak2 dengan harga RM10/pax. Sarapan seperti biasa 7 - 10am (kalau tak silap). So jom turun tangga (lif rosak).

Ruang Makan

Ruang Makan

Makanan di sini basic saja, tapi mengenyangkan. Ada nasi goreng, roti bakar, sosej dll.

Makanan kami

Yang best nya Shahzan Inn ni, selain dari walking distance ke clock tower, ada juga kedai2 kecil yg attach dengan hotel ni.

deretan kedai

Kedai2 ni terletak di sebelah lobi, betul2 di parking area. Siap ada maybank lagi... Ada kedai mainan, kedai souvenir, kedai runcit kot2 nak beli air ke maggi ke keropok ke.. 

Ok itu sahaja cerita saya berkenaan Shahzan Inn ni. Jom tengok apa aktiviti kami di Fraser Hill ni. 1 malam saja menginap, jadi tak banyak explore sangat.

2. Kedai Makan

Lepas kami check masa first day tu, rehat sekejap dan solat. Kemudian terus keluar untuk dinner. Mula2 kami ke foodcourt sebelah masjid, tapi tutup pukul 6 rupa2nya. Jadi kami dinner di foodcourt sebelah Taman Awam.

makan time

Ada lah beberapa kedai di situ. Disebabkan kelaparan ya amat, kami tak cari2 kedai, terus masuk kedai pertama kami nampak haha.



Kedai makan ni ada lauk campur dan juga lauk panas. Kami order nasi goreng kampung, sup tulang, nasi goreng cina dan mee goreng.

nasi goreng kampung dan sup tulang

Masa sampai kedai ni, tak ada orang. So dalam hati terfikir kedai ni tak laku ke.. Makcik kedai tu pulak suruh cepat2 masuk, nanti maghrib ramai orang. Sekali betul memang org ramai datang lepas tu. Kami sampai kedai dalam pukl 6.30pm. Total harga makanan lebih kurang harga kita makan selalu saja.

Di Fraser ni kami hanya makan di kedai ni, sarapan di hotel, dan kedai strawberry (saya akan cerita kemudian).

3. Night Walk

Wah macam hebat sangat bunyinya tu haha. Lepas makan tadi, kami singgah sekejap di clock tower. Sebab takut esok Sabtu ramai orang. Sambil2 tu jalan2 menghirup angin malam.

Trademark Fraser Hill

Versi wide sikit

Berdekatan clock tower ni ada kedai makan juga. Kami hanya singgah beli aiskrim saja.

aiskrim Fraser Hill


4. Morning Walk

First day tak sempat explore sangat. So pagi2 keesokannya kami pun jalan2 area clock tower tu. Jalan kaki saja dari hotel. Angin pun agak sejuk jadi sedaplah jalan2.

turun tangga dari depan lobi

Shahzan Inn ni betul2 berhadapan dengan Golf Club. Tepi2 jalan tu pula ada 4 5 gerai menjual makanan. Masa kami check out, siap ada jual durian lagi.
Masin menuruni tangga hotel

Golf Club

Ok jom tengok apa yg ada keliling Clock Tower ni. Rasa seperti berada di dalam movie Mister Delaila hihihi.

Pejabat Pos

Ada ceritanya di sebalik pejabat pos ni. Boleh dibaca di board sebelah pagar tu. Rasa macam nak post surat ke dari sini haha.


Balai Polis

Sampai je sebelah balai polis ni, memang teringat Misteri Delaila haha.


Ni berdepan dengan balai polis


bergambar sebelah klinik

Kemudian kami ke taman bunga mini di hadapan Bird Interpretive Center. Sekadar bergambar saja. 


Kemudian kami pun balik ke hotel, dan bersiap untuk check out. Sebelum sampai hotel, saya di paw pulak oleh anak2 nak beli souvenir.

ada budak merajuk haha

Di kedai souvenir ni ada jual souvenir wajib lah untuk tempat2 pelancongan macam ni. Fridge magnet, keychain, tshirts dll.

belakang tu tangga naik ke hotel

jom jom balik hotel

Sebelum dapat masuk bilik, kena paw lagi beli souvenir di hotel pulak.


Kedai souvenir ni saya dengar dia bagi 20% diskaun untuk sesiapa yang menginap di Shahzan Inn. Tapi saya tak beli barang masa tu, jadi tak dapatlah. Saya beli air je di kedai sebelah nya.

Balik bilik tengok movie sekejap dan bersiap2 check out. Check out pun sekejap saja, suami saya pergi sorang. Kami tunggu di parking area atas ni.

menunggu apak nya

Kalau dapat parking atas ni, tak perlu lah mendaki tangga ke tingkat 3 sebab parking ni level 3. Tapi semalam penuh. Pagi ni kami nak check out baru kosong.

5. Aida Daniya Tea House / Strawberry 

Anak2 memang sebut nak makan strawberry. Jadi jomlah kita ke Aida Daniya

lalu masjid dulu



anak2 suka camera hmmmm

Kami pergi sini lepas check out, so agak lambat lah sebenarnya. Cafe dalam agak penuh, jadi kami makan di luar saja. Lagipun kami just nak makan strawberry saja. Aida Daniya ni ada mini garden, bolehlah nak photoshoot sikit2.



kemain semua lepas gian 3 bulan duduk rumah

Kami tak makan makanan berat sini. Tapi saya intai2 la juga menu apa yg ada. 


Kalau sampai awal di sini, boleh cuba kerusi di tepi sana untuk nampak garden di bawah.

dalam cafe
garden

Kami lepak di luar saja, makan strawberry dan aiskrim.

seat kami betul2 sebelah jualan strawberry ni

makan ni je pun haha

Strawberry ni RM12/pek dan aiskrim RM3/cup.

Lepas makan ni kami pun terus bertolak balik ke Shah Alam. Masa ni dah ramai yg naik ke Fraser Hill ni, jadi eloklah kami pulang. Kami pun tak singgah ke mana2 tarikan lain sebab semua tempat dah ramai orang. Antara yang saya plan tapi tak pergi pun
1. Allan's Water
2. The Paddock
3. Bird Interpretive Center
4. Orchid Garden
5. Air Terjun Jeriau


tarikan lain

Senarai tarikan

Setakat itu saja perkongsian saya pada kali ini. Husband rasa macam lambatttt lagi nak ulang trip ni sebab jalan ke atas tu bengkak bengkok. Tapi mujurlah 1 way (start dari pintu masuk Fraser Hill, 20km sebelum sampai puncak rasanya).

ni lepas turun

bye bye

Terima kasih sudi baca perkongsian saya kali ini. Diharap entry ni membantu untuk anda merancang percutian.