Friday, September 2, 2016

Travel: Kuching - Pasar Serikin dan Gua Angin

Assalamualaikum wbt

Flight kami adalah pada hari Ahad 28 Ogos 2016, 8.25 am. Jadi pukul 5 am kami dah bertolak dari rumah ke KLIA2, dan park kereta di sana untuk 4 hari 3 malam.

Sampai saja di KLIA2, kami solat subuh dan drop luggage. Tapi waktu still masih awal, 6.45am. So kami isi perut dulu di Marrybrown. Lepas tu baru kami masuk ke gate yang ditetapkan.

Alhamdulillah selama saya menggunakan servis Air Asia ni, tak pernah lagi flight delay. Jadi jam 8.25am, kami pun terbang dan jam 10.15am kami tiba di Kuching. Saya whatsapp siap2 owner kereta sewa sebelum boarding tadi, dan bila dah sampai. Jadi kami berjanji untuk berjumpa di kawasan parking luar balai ketibaan. Urusan sign borang persetujuan dan bayaran pun sekejap saja. Anak-anak pun excited sbb kereta yang tak pernah naik (avanza). So jomlah kita berkejar ke Pasar Serikin.

singgah isi minyak di Tasik Biru
Pasar Serikin

sampai dah pasar serikin
Dari pembacaan saya, pasar ni buka Sabtu (pagi sampai malam), dan Ahad (pagi - 12 tengahari). Kami sampai di sana dah 12.30 tengahari. Tapi Alhamdulillah masih buka. Kami balik 1.30 petang pun masih buka. Park kereta di medan letak kereta kena caj RM2 (ke RM3 ye? lupaaaaa)

jom start jalan


tikar sarawak

Tikar Sarawak dalam gambar atas dalam RM100 - RM150 untuk saiz kecil. yang besar tak tanya. Asalnya nak beli tikar Sarawak kat sini, tapi tak jadi... Saya beli kain sikit-sikit.

kain corak sarawak dan kalimantan
Saya ni tak pandai bab-bab kain. Katanya ni sutera Sarawak. Yang merah (2 dari kanan) tu, RM55 (4meter). Tiga pasang lagi tu RM46 sepasang.  


songket Sarawak
Songket Sarawak ni pulak 2 meter. Ada kedai jual RM12, ada RM13. Yang saya beli ni RM12.50


bye2 Serikin
Dalam perjalanan pergi dan balik tu nampak gerai2 tepi jalan. Ada jual makanan dan buah2 rasanya. tak singgah pun.



buah limau serikin
limau ni beli di pasar Serikin. 2 kg RM8.00. Tapi tak sedap dan kematu huhu...
Tempat seterusnya kami nak pergi adalah gua. tapi tak decide lagi gua angin atau gua pari-pari.

bertembung dengan gua ni. tapi tak bernama

gua pari-pari
Disebabkan gua pari-pari sangat tinggi, jomlah kita cari gua angin. gua-gua ni tak jauh antara satu sama lain

selamat datang

beli tiket dulu
Tiket kalau tak silap RM2 untuk seorang dewasa. Kanak-kanak free. Kalau plan nak masuk dalam gua, sewalah torchlight.


toilet pun ada. tapi masyaAllah

jom explore gua



Kami tak masuk ke dalam pun. Takut hehe... teringat movie the Descent tengok gua ni. Niatnya nak tunjuk kat anak-anak keadaan dalam gua. 

Selepas mengambil angin di gua angin, kami nak ke Borneo Highland Resort dan bermalam di sana. Jadi marilah tapau KFC dulu untuk dinner. KFC ni di pekan Bau. Dalam 5 minit saja dari gua angin tadi.


pekan Bau

ada pasar tani
KFC betul-betul sebelah pasar tani ni. Tak jenguk pun tengok apa ada. Lepas tapau KFC, kami memulakan perjalanan ke Borneo Highland Resort. Dari bacaan saya, jalan ke sana berliku-liku. Jadi mampukah kami bertahan? ewahhhh... kena tunggu next entry lah ye.

terima kasih sudi baca. Diharap entry ini dapat membantu.

No comments:

Post a Comment