Monday, March 2, 2015

Travel: Ho Chi Minh

Assalamualaikum wbt...

Perjalanan kami ke Vietnam seperti berikut: (surat rasmi sangat...)
Tarikh: 26 Jan 2015 (Isn) - 29 Jan 2015 (Kha) / 4D3N
Bilangan ahli: 7 orang
Flight: AirAsia (RM350/pax/return)
Itenary:
1. Ben Tanh Market
2. Sg Mekong Tour
3. Bin Thay Market
4. Saigon Square
5. Taka Plaza
6. Diamond Plaza
Kesimpulan: memang pergi nak shopping je


1. Perjalanan Pergi
Flight kami 9.10am dari KLIA 2. So bertolak dengan teksi dari shah alam pukul 6.30am selepas subuh. Since kami 7 orang, 2 teksi diperlukan.
Sampai KLIA 2 terus check in dan boarding. Tak sempat nak sarapan. Alhamdulillah flight tak delay, perjalanana pun smooth je.
Tempoh penerbangan dalam 1jam 45minit.

2. HCM airport
 Waktu vietnam ni lambat 1 jam dari Malaysia. So sampai sana dalam 10.45 waktu Vietnam (11.45 waktu Malaysia). Turun dari flight, kena naik bas untuk ke airport.
Bila turun bas, kami tak terus berlari2 untuk check passport. Biasala pompuan, singgah toilet dulu.... bila sampai ke bahagian pemeriksaan passport, barula nak terkejut tengok manusia ramai.. hehe. tapi disebabkan kami 7 orang, so meriah la kami bersembang. Dok bergelak baca sign2 dalam bahasa vietnam. Baca ikut nada sendiri.
Kat airport ni pun kami tak explore apa2. lepas check passport, terus ke luar airport untuk cari teksi VINASUN. Sepanjang kat sana, ini je teksi yg kami naik. ingat, VINASUN ye... kena keluar airport, pusing kiri, jalan sampai hujung jalan untuk tunggu teksi ni.
fee airport - Saigon Pink 2 hotel: VND150000 (RM26.25)
fee hotel - airport: VND200,000 (RM35)
ps: balik mahal sikit  mungkin sebab ada service charge sebab driver dia tolong angkat beg kami naik dan turun teksi.

Masa pergi dan balik dari airport, kena ambil 2 teksi (innova) sebab beg banyak, Tapi untuk jalan2 kat sana, kami naik 1 pun dah cukup. cukup2 7 orang.


gambar geger2 pulak. Perjalanan yang 1-5km, dalam RM5-10/teksi. So murah sangat la kan.


3. Saigon Pink 2 Hotel
Mengikut pemerhatian saya, kalau setakat sebut nama hotel (walaupun popular), diorang tak dapat fikir kat mana hotel tu. Tunjuk alamat baru ok. Samala dengan tempat2 yang kita nak pergi, sila tunjuk alamat lengkap. Kami bawa je ke mana2 pun card hotel ni.
Hotel ni sangat popular untuk rakyat malaysia. masa saya pergi ni, 100% orang yg menginap di hotel ni orang Malaysia. 


Review hotel ni nanti di special post ye.

4. Ben Tanh Market
Ini spot wajib wanita la kat HCM ni. Saya tanya dulu ahli2 rombongan, nak kemana dulu pagi2 ni. Of course la terus ke ben tanh. Dari hotel kami, masuk melalui pintu 5. 
Pening tengok banyak sangat kain. Sama je nampak semua. So kita ke kedai yang suggested by blogger2 lain iaitu kedai 560. Kedai ni besar (dia ambil banyak kedai). So banyak pilihan. Tauke dia pun ramah ya ampun... cakap melayu 100%. of course la hentam saja melayu dia. tapi kelakar.
Setelah berguni2 kami borong (sebab nak kenduri kawin nanti), dia tolong hantarkan ke hotel. Tapi bukanla terus hantar, keesokan pagi tu baru dia hantar.




atas tu la taukenya, Shen nama, dia minta no hp saya sebab senang nak inform pasal kain. so adala kami whatsapp sikit2. cakap melayu tu yang tak tahannya..... adehla Shen.. Shen.... 

Seriously, kami ke kedai dia saja ok kat ben tanh ni. lepas tu check in hotel dan rest2 sekejap sebelum ke pasar malam.

5. kedai makan Hajah Basiroh (HB)
Sebelum kami ke ben tanh tu kami sempat lunch dulu di HB ni. Dia ada 2 kedai. yang sebelah hotel jual nasik campur (tak banyak pilihan). yang depan hotel jual makanan yg order tu. kedai depan hotel ni la yg kami makan banyak kali. 
Harga sini boleh tahanla. Sekali makan 7 orang dalam VND700000 (RM122.50). So dalam sorang RM20 la kot. Popular food of course mee pho. 
menikmati mee pho
Masa last day kami kat sana, owner kedai a.k.a hjh Basiroh ada. so mari bergambar.

cuba teka mana satu HB? malas nak edit
Pekerja2 sini pun sangat ramah dan cakap melayu. 
salah sorang pekerja, aziz. tapi dia suruh panggil aaron aziz.
Sederet dengan kedai HB ni pun banyak restoran halal. kedai macam 7E pun ada.

6. Sungai Mekong Tour
Sg Mekong ni kami pergi hari kedua. Memang makan masa 1 hari untuk tour ni. Kalau ikut harga yg hotel offer is RM66. Tapi kami ambil dengan kedai HB, VND525000 (RM92) seorang. Tapi dapat breakfast dan lunch, dan private. Maknanya bot dan van tu kami saja. Ini pun special post lah nanti ye.


7. Pasar Malam
Pasar malam ni start pukul7. Betul2 depan pintu 5 ben tanh market. 
Barang2 pasar malam sini tak macam Malaysia ye. Sini jual kain sikit2, souvenir sikit2, baju, dll. Mainan kanak2 tak ada.

memlilih kain. sama je harga dengan dalam ben tanh
Kalau nak cari kopi Trung Nguyen yang murah, pasar malam ni la tempatnya. Bargain kaw2 tau. Memang dapat murah. Tp hati2 jangan dapat dengan pakej penampo sekali hehe....
Saya tak la pandai bargain sangat. Tapi ada beberapa barang tu, tak sengaja dapat lagi murah. Sebab kami plan nak round2 dulu, nanti baru la beli. Tapi style sana, selangkah kita pergi, bertambah murah harganya. Ada 1 handbag PRADA (fake of course|), dia bagi RM280. Kami saja2 la minta RM100, dia terus setuju. rezeki... adik saya pun beli 1 beg tarik kat sini sebab beg dia pecah masa sampai airport 1st day tu.
Sepanjang 3 malam kat sana, tiap2 malam family saya ke pasar malam ni. Saya 1 malam je. Malam lain, tidurrrrr... rupa2nya market ni ada 2 side. Satu depan pintu 5, satu lagi di belakang bangunan ben tanh ni. barang2 sebelah 1 lagi lagi banyak rasanya.

8. Kedai2 di luar Ben Tanh
Kedai2 di luar ben tanh market ni pun banyak. sederet dengan hotel. Tapi harga sama je dengan ben tanh. Kami yang pergi ni pun tak pandai sangat bab material kain ni. Beli je apa yang orang ramai beli hehe...
Ada 1 kedai depan hotel ni kami beli vietnam silk dan baju manik siap. Nama kedai minta maaf la, terlupa nak tengok.
baju sulam ni RM60 kot
memilih vietnam silk di kedai yang sama

9. Saigon Square dan Taka Plaza
SS dan TP ni jual baju2 dah siap. Mainan kanak2 adalah sikit2. Kami round sekejap je di SS, dan terus ke TP. Dari hotel ke SS ni jalan kaki je. Tanya orang keliling. Dalam 15minit. SS ke TP pun jalan kaki je. Di TP adik saya ada beli clutch untuk lelaki. kulit lembu, RM60. TP ni byk aksesori handphone jugak.


SS dari luar
Saigon Square
Taka Plaza
Kat SS la first time saya jumpa kedai yang jual mainan kanak2. Memang cari dari 1st day sebab dah janji dengan anak nak belikan mainan. Itupun 1 kedai (booth) kecil je. Dapat la beli patung elsa dan dinosaur. Barula senang hati mak ni nak berjalan2. Kalau tak, dok teringat janji dengan anak huhu.

10. Diamond Plaza
Kami ke diamond plaza sebab nak cari kedai adidas. Katanya adidas kat HCM ni murah. Tapi bukan rezeki kami kot, tak jumpa pun yang murah. Mula2 kami ke butik Adidas yang dekat dengan hotel. Pekerja butik tu la yang suggest untuk ke Diamond Plaza ni. Naik teksi sebab jarak dari TP 1km. Jalan dengan warga emas, kena la consider tahap kemampuan kaki diorang kan.


Diamond Plaza
Diamond plaza ni tak ada dalam list nak pergi pun. so tak survey la makanan halal dalam ni. Bila dah sampai tu baru la dok menggoogle cari kedai halal. Katanya level 2, tapi tak hado kedai makan pun level 2. adehh...... Round2 food court pun tak nampak logo halal langsung. 
Setelah berbincang, kami makan pizza hut je. Pizza hut pun memang tak serve pork. Ambil set seafood.

fish & chip

nasi goreng seafood
1 lagi kami makan pizza seafood. Tapi gambar tak ada la pulak. Lepas makan dan round2 sikit. Kami pun balik la.

11. Central Post Office dan Notre Dome
Ini haruslah masuk itenary, sebab tarikan pelancongan sana. CPO dan ND ni sebelah2 je, dan depan diamond plaza. CPO tu kami masuk, free. ND tu tak masukla, bergambar sampai lebam je.

kiri tu Notre Dome, kanan tu CPO. Yang biru tengah2 tu Diamond Plaza


12. War Remnant Museum
Lepas balik dari CPO dan ND, kami nak ke WRM pulak. 1 km jugak jarak, so jom teksi. Tapi driver tu tak faham map yang saya tunjuk, so dia hantar ke pekan apa tah. So kami suruh hantar balik hotel dulu. Lepas solat, baru kami keluar. Saya pun print screen siap2 alamat penuh WRM, rugi duit teksi je... huhu
Tiket WRM ni murah je, VND 15k sorang (RM 2.63). Berbaloi sangat2 kot..... 
Mula2 kami masuk museum dia yang 2 tingkat. Banyak tunjuk gambar peperangan. Ada jugak diorang letak senapang sebenar yang digunakan, serpihan jet US dll. Serius mengalir air mata tengok kekejaman US.

arca yang dibuat dari senjata kot

antara senapang yang ada
Tempat paling menarik nak bergambar adalah kat luar museum ni. Ada banyak kereta kebal dan jet pejuang. Mortar pun banyak. 
1 lagi, ada laluan tersembunyi. Tersembunyi sebab tak sangka dalam laluan tu ada mini museum. So saya sempat berlari2 ke sana sebelum ditutup. tutup awal, pukul5.
Mini museum ni adalah mini penjara diorang. Ada la tempat2 penyiksaan sikit.

13. Bin Thay Market
Tertinggal pulak cerita Bin Thay ni. Gambar banyak dalam camera. Tak transfer lagi. 
Kami ke Bin Thay ni balik dari Sg Mekong Tour. Sepatutnya dia hantar balik hotel, tapi kami request nak ke bin thay. dari bin thay nanti kami naik teksi jela.
Bin Thay ni macam pasar payang or yang seangkatan dengannya. Ada jual pinggan mangkuk, makanan2 ringan (kerepek dll), dan vietnam silk. 
Apa yang saya nampak di ben tanh dia jual silk yang gred 1 saja (katanya....). Kat bin tanh ni range dia lebih besar. Ada gred 1,2 dll. Japanese silk pun ada. Telekung pun banyak kat sini.


13. Apa yang nak di shopping
Saya ni bukanlah pandai bab2 nak shopping ni. Beli je apa yang orang kata kena beli hehe. Jom tengok apa yang kami sempat beli.

beg deuter
Beg ni fake la. Tapi katanya yang fake kat Malaysia pun cecah RM180. Kat sana dapat dalam RM28-RM35 untuk yang 5L.



beg tarik
Ini yang adik saya beli kat pasar malam. RM160.

shopping yang standard ialah cotton dan vietnam silk. 
Harga cotton di ben tanh dalam RM20 - RM25. yang RM25 lagi sedap kainnya. Tapi ukuran dia 3.5meter saja, sebab bidang 60".
Harga vietnam silk dalam ben tanh boleh dapat dalam RM55 ke atas. Kalau kat kedai luar, dalam RM42 macam tu. Gred tu saya tak pasti sebab tak mahir bab2 kain ni. Kalau di bin thay, boleh dapat lagi murah, dalam RM30. Mungkin gred dia lebih rendah.  


14. Lain2


rumah di sana yang kurus tinggi


jalan yang sentiasa sesak dengan motor


para pemilik beg


geng beg deuter hehe


kat bawah hotel banyak jual fresh fruit. sedap.....


background ben tanh market 

dah, jom balik malaysia
Itu saja perkongsian saya kali ni. Harap membantu. Terima kasih sudi baca.


P/S: Ramai yg minta no tour guide ni. Yg mana minta melalui email saya dah reply. Tp yg comment di sini saya tak sempat nak tgk. Jadi saya sertakan nombor disini saja ye.
Karim Soleh +841203395509

Boleh juga terus ke kedai Hajah Basiroh di sana

1 comment: