Assalamualaikum wbt....
Lexis dan Grand Lexis ni adalah antara hotel yang popular di Port Dickson. Tapi saya memilih Lexis kali ni sebab anak2 saya kecil lagi nak dibiarkan mandi sendiri di pool Grand Lexis. 1 lagi, saya menginap di water chalet. So saya mengharapkan pemandangan yang romantik.Romantikkah? Jom tengok.
1. Harga
Saya book melalui Agoda. Harga RM420 merangkumi perkara berikut (ayat karangan sangat...):
- Bilik Water Chalet, tp half-sea view sebab berdepan dengan bilik orang lain
- 1 katil king
-1 day bed (boleh tidur 1 dewasa)
- breakfast for 2
deluxe water chalet |
Harga tu biasalah berubah2. Dipendekkan cerita, campur tax dll, total harga dalam RM481 macam tu. Lebih kurang kalau book kat web lexis tu sendiri.
2. Upgrade
Kami check in pada hari raya haji, 5 Oktober 2014 (ahad). Sebab tak dapat balik kampung, so kita gi PD. Tapi boleh tahan ramai yang check in hari tu. Disebabkan hari tu adalah 'buzy day', kami dapat free upgrade bilik ke 'full sea view'. Kalau ikutkan, kena tambah RM150 utk dapat bilik ni. Tapi kami dapat free upgrade. Pihak lexis kata ada beberapa pelanggan yg dapat. Tak tahu lah apa kriteria kan.
So bila dah dia kata free upgrade, terusla saya teruja dan setuju. Tapi agak kecewa sebab dapat bilik tingkat atas. Kalau deluxe water chalet saja, memang 1 tingkat. tp yg full sea view ni 2 tingkat. Saya frust sebab tingkat atas tak ada lantai yg sea through nampak air laut tu huhu....tak terfikir langsung masa check in tu. Kelebihan bilik kami ni ialah full sea view, boleh melepak di balkoni tanpa gangguan.
3. Bilik kami
Kami sampai sana dalam pukul 2 lebih, terus boleh check in. Parking kat dalam bangunan lexis ni, free je. then naik buggy ke hotel.
half-sea view |
Yang atas ni sepatutnya bilik yang kami tempah. Balkoni berhadapan dengan bilik orang lain. So tak ada privacy la kat situ.
buggy |
Bilik kami no. 36, hujung sekali. Sebab nak nampak full sea view kan... Tak naik buggy pun takpe, tak adalah jauh sangat. Kat sampul kunci bilik tu ada peta bilik.
peta bilik. malas nak rotate hehe |
baucer breakfast, dan yg warna kuning tu tiket utk dapatkan towel masa mandi pool nanti |
bilik tingkat atas |
bath tub |
Untuk mandi or membuang,ada bath tub,shower dan toilet berasingan. Disebabkan kami tingkat atas so shower kami boleh open air. sambil mandi sambil tengok kapal terbang lalu. motif sangat....
katil king |
day bed |
full sea view |
open-air shower. boleh tutup |
hair dryer |
4. Kemudahan
Saya tengok lexis ni sediakan banyak aktiviti. Oleh sebab kami 1 malam je kat sini, tak sempat nak explore. Ada brosur aktiviti yg diselit di dalam sampul kunci bilik kami.
aktiviti |
Dari brosur tu, aktiviti di sini bukanla percuma. Kat lobi pun ada nampak movie room. cuma tak pasti apa ada kat dalam tu. Kami sempat buat aktiviti yg free saja. of course swimming... hehe
Budak2 jumpa pool memang lupa diri. Jangan lupa bawa towel card yg diberi dalam sampul tu ye. utk dapatkan towel nanti. Pool ni sebelah lobi je. Buka 8.00am - 8.00pm.
Untuk pool kanak2 tak perlu proper attire pun. Utk pool dewasa kena pakai swimsuit la. Kalau tak, guard dia tegur.
playground |
Playground betul2 sebelah pool. Basah2 pun boleh naik.
Selain pool ni, kemudahan yg ada ialah free wifi. Pada sampul kunci tu diberi password untuk wifi lobby dan jugak room. boleh tahanla kelajuan internet. Pool pun ada wifi, tapi kena minta dari penjaga kaunter towel tu,
5. Makan
Kami sempat breakfast je di hotel. Untuk bilik kami tu dapat complimentary breakfast for 2. Untuk kakak (6 tahun) kena bayar rm17. untuk kembar (4+ tahun) FREE. nasib baik free sebab tak makan langsung budak2 tu. nampak pool je...
luas jugak coffee house ni |
makan sikit je cococrunch tu |
Untuk dinner first day kat sana kami ke medan ikan bakar. Tapi kan cuti raya haji, so 1 kedai je buka.
view dari tempat makan |
ikan udang semua dalam sampan kat belakang tu |
Family saya ni 2 je dewasa. Setiap ikan/udang/sotong tu ada minimum weight. So kami ambil minimum la. Nasi pun untuk 1 orang makan. Banyak betul nasik dia.
Lepas pilih udang dan sotong, kena pilihla nak masak macam mana. so udang masak 3 rasa, sotong goreng tepung. Ada tambah sayur goreng 1. Sekejap je dia masak. Kalau tak silap udang tu RM16/100g. Sotong tu RM8/100g kot. Yang pasti udang lagi mahalla. Hmmmmm.... tak sedap, tawar... huhu. Nama kedai tak ingat la pulak, tapi dalam medan ikan bakar, kedai belakang sekali.
total damage: RM111. Cantekkkk punya nombor |
Selain rasanya yg tak ada rasa tu, area ni toilet tengah renovate. Ngeri nak masuk. Pintu pun tak siap lagi. Mangkuk tandas pun ada dalam tiada. Area hotel tu banyak kedai makan biasa2. Tapi tutupla sebab raya haji kan... Konon2 nak rasa ikan bakar jugak, tapi hmmmmm
6. Random Photos
Itu jela perkongsian pasal cuti2 saya di sana. Tak dapat balik raya haji sebab kekangan masa. So ke hotel la kita. Jom tengok random photos kami di sana.
kat lobi. tak nampak kepala anakku |
OTW pergi breakfast. Jalan kaki je |
sesudah subuh. kakak buat gaya tiram |
aircond bilik besar gabak. patutla sejuk ya ampun |
bot di waktu maghrib |
Sampai ke malam sebenarnya bot tu ada depan bilik kami ni. Menjala ikan kot...
si kembar menjadi dinosaur |
sunset balik dari pool |
bila disuruh berposing |
sunset dari balkoni |
main bot lagi. itu je prop yang ada |
katil kena conquer dek anak2 |
OTW ke sarapan jugak |
zoom in pulau yg nampak dari balkoni kami |
Semoga entry ni dapat membantu. Terima kasih sudi baca...
Jom tengok senarai hotel chalet homestay di Port Dickson
ReplyDelete