Thursday, October 9, 2014

Travel: Dinoscovery, Discoveria

Assalamualaikum wbt....

Dinoscovery ni terletak di:
Discoveria, Level 4, Avenue K, Jalan Ampang, KL. (Berhadapan dengan Suria KLCC)

Website boleh dilihat disini.

Operation hour: 10 am - 7 pm. (ada hari yangs sampai 8pm).
Kalau tak silap, Dinoscovery ni sampai Feb 2015 sahaja.

Harga Tiket (MyKad): Dewasa RM25
                                   Kanak2 RM35.

Based on harga tiket, of course tarikannya untuk kanak2. 
Saya pernah ke pameran dinosaur di Pusat Maritim, Putrajaya. Tiket RM10. Dino pun boleh gerak2 jugak. Tapi kat sini dinosaurnya bersaiz sebenar. Pergerakan pun ada sikit2. Dan ada juga aktiviti lain.
Jom tengok apa yang ada. 


lif nak ke level 4. 

Anak saya pose macam tu sebab nampak gambar dino kat pintu lif.

dah sampai level 4.

Dalam Avenue K, ada sticker tapak kaki dino (kat lantai). Bolehla baca fakta2 berkenaan dino kat situ.
Kami sampai sana dalam pukul 11, tak ramai orang pun. Anak saya ni walaupun peminat dino, tapi diorang tetap akan cuak bila mula2 nak jumpa dino. Tambah2 kalau bunyi dino kuat.

Aktiviti sebelum masuk
Kat Discoveria ni tak ada toilet. Sementara tunggu ada yg ke toilet (level 3), kami buat dulu aktiviti2 yang ada kat depan kaunter tiket.

kaunter tiket

ambil feel kedinosauran dulu

main puzzle

pilih dino masing2

suaikan. nasib baik ada 3 batang kayu tu. tak ada la peperangan berlaku

ok, jom masuk!

Kalau ikutkan ini la entrancenya. Tapi adik yg jaga tiket tu kata boleh juga masuk dari pintu exit. 
Perjalalanan Dinoscovery tu lebih kurang macam ni:

ENTRANCE- Patung2 Dino - Bergambar dengan Dino (boleh naik) - Cari tulang dino - volcano - 3D movie - art activity - kedai cenderahati - cafe - EXIT 

Apa yang istimewa?
Haaaa... apa yang istimewa sangat dinoscovery ni kan? Meh saya cuba explain sikit. 

1. Group Leader
1 family dikira 1 group, dan seorang akan dilantik group leader. Dalam family saya, anak sulong tu la yg jadi group leader. Leader akan pakai torchlight kat dahi, dan dapat 1 wristband.
Part ni frust jugak sebab si kembar tu tak merasa la pakai torchlight tu. Tiket bayar sama je... Staf situ cakap tak boleh bagi, takut tak cukup untuk group lain. Hmmm...
Semua orang akan dapat vest. Dah rasa macam Diego & Dora pulak.

bergambar dulu
staf dia akan ambilkan gambar sebelum masuk. Rilek je ada Trex kat sebelah. Sebab kita bergambar background hijau je sebenarnya.

2. Dino Quest
Lepas bergambar, kena duduk dulu, tengok tayangan video. Video ni cerita la apa yang kita kena buat dalam tu. 
- Setiap orang akan dapat 1 peta. So kami ada 5 peta yang sama. 
- Kat peta tu ada sticker. So tugasnya adalah tampal sticker2 tu pada tempat yang betul di dalam peta tu.
- Setiap peta yang lengkap ditampal sticker, dapatla sijil....
- Macam mana caranya ni? 
Ok, dalam pameran tu akan ada beberapa touch screen sebelah dino. So leader kena touchkan wristband dia pada screen tu. dan keluarlah gambar sticker yang sepatutnya dilekatkan.
Then, lekatlah sticker yg sepatutnya tu sebelah gambar dinosaur pada peta. Dinosaur tu maksudnya dino yang depan dia ada touch screen tu. 

touch screen, keluarla gambar sticker yg sepatutnya...
study peta
Peta semua sama je. So settlekan 1 peta, nnt peta yang lain tu tiru je la. haha...

3. No camera please.....
No camera sebenarnya... tapi staf dia buat tak tahu je. Kita pun buat2 tak nampak je arahan no camera tu. Ok, staf dia tak ambil gambar kita sepanjang perjalanan ye. Kat lokasi tertentu je diorang ada. So untuk kenang2an, kita bergambar lah sendiri.
Jom tengok gambar kami sikit2.

ko apa khabar?
adik borak dgn bestfriend dia
Adik ni a.k.a umaar, memang suka spinosaurus. Dapat jumpa kat sini, memang seronokla dia. tu yang semacam je tu. Si abang pulak (yusuff), suka Trex. Trex ada di penghujung pameran ni. Spinosaurus tu boleh buka mulut.
Trex!!!
4. Aktiviti terselit
Haaa... kenapa terselit? sebab dalam kita dok tengok2 patung dino sambil tampal2 sticker, bolehla buat beberapa aktiviti:
- pakai ekor dino
- wall climbing
- race a theropod
dll

kalah or menang tak ada sijil pun hehe
wall climbing

Anak saya setiap pagi mesti layan Dinosaur Train (Astro Ceria) sebelum ke tadika. Cerita tu pasal family theronodon, dino yang boleh terbang tu. So wall climbing ni untuk naik ke sarang theronodon la. Anak2 saya taknak naik, dan husband tak bagi saya naik. so tak tahulah apa ada.... huhu

dino tail
 5. Aktiviti Lain
Ok, lepas je patung Trex tu maka berakhirlah pameran dino. Ada beberapa aktiviti lain pulak.

boleh  buka perut dia, dan tengok apa jenis makanan dino tu

kena cukupkan 230kg, baru boleg dengar bunyi Trex ni roarrrr

kami tak cukup 230 kg huhu

bergambar dengan dino

tembak nyamuk

abah yang tukang tembaknya

jumpa mak angkat haha

Itula theronodon yang anak2 suka layan pagi2 tu. Bertemu jugak akhirnya... 

cerita ni haaaa... tapi dalam kartun lagi cute
cari fossil

Saya suka aktiviti cari fossil ni.  Sebab si kakak dah lama minta. Ni pengaruh dinosaur train tu jugakla. Cerita tu bagus, penuh fakta.

main volcano. masukkan bola, nnt meletus la 
ada ruangan mewarna. kertas dan pensel warna diberi percuma
kedai cenderahati
Frust jugakla kat kedai ni. Sebab tak ada fridge magnet!!! Banyak barang2 High-5 je... So saya beli la telur dino 3 biji. RM6 sebiji hehe.. Dalam tu ada la dino halus2.

tu haaaa dino halusnya.

Ada jugak 3D movie. Tapi tak tahulah spec kami rosak ke macam mana kan.. sebab tak berlaku pun 3D effectnya... berbelang2. Suis spec dah on.

 6. Junior Paleontologist
Dino quest yang dah siap tadi, bolehla diserahkan di kaunter kedai cenderahati ni. kami buat 3 peta je, dapatlah 3 sijil. nama tulis sendiri hehe

yeayyyyy kami berjaya

exit
Dino kat pintu exit ni memang tak ada kepala ye. ekor je gerak2...
Itu sahajalah perjalanan kami di discoveria ni. Dalam 2 jam kot kami dalam tu. Berbaloikah harga tiket???? Terserahlah pada mata yang menilai hehe. 
Oh, gambar2 yang staf dia ambil boleh dibeli di kaunter cenderahati tu. sekeping berapa ntah. Tapi 3 keping = RM50. Ok la jugak harga. 
Ok, semoga perkongsian ni membantu...
terima kasih sudi baca
















No comments:

Post a Comment